Langkau ke kandungan utama

Nohutu Eco-Tourism

Nohutu Eco-Tourism merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pusat eko pelancongan yang cantik ini terletak di Daerah Kota Belud, Sabah iaitu lebih kurang 77 km dari Kota Kinabalu.

NOHUTU ECO-TOURISM

Kredit Gambar : Nohutuecotourism

Nohutu Eco-Tourism adalah salah satu tempat menarik di Kota Belud yang boleh anda semua kunjungi sekiranya datang melancong ke daerah Kota Kinabalu khususnya di daerah Kota Belud. Tempat ini merupakan kawasan perkhemahan yang cantik dan sudah pasti ia sesuai untuk sesisi keluarga bercuti sambil berkhemah dab beriadah di sini. Tempat ini terletak di dalam Daerah Kota Belud iaitu kira-kira 78 km atau lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu dan kira-kira 30 km atau 40 minit perjalanan dari Pekan Kota Belud. Yang suka pada aktiviti perkhemahan (camping) tempat ini adalah yang sesuai untuk anda sebab di sini boleh memuatkan sehingga 100 orang yang berkhemah.

Kawasan perkhemahan ini menyajikan satu pemandangan yang menakjubkan, ini kerana di sini bukan saja anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu, namun anda akan dapat melihat 2 lagi puncak gunung iaitu Gunung Nopungguk dan Gunung Nungkok. Ianya sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan apabila datang ke sini dan perjalanan atau perkhemahan anda di sini sudah pasti amat berbaloi dengan suasana pemandangannya. Bukan saja melihat pemandangan gunung tetapi di sini juga anda boleh lakukan pelbagai aktiviti yang menarik iaitu seperti BBQ, mandi air Sungai Panataran yang sejuk dan segar, berkelah ditepi sungai, meredah hutan, bermain ayunan atau buaian yang menghadap pemandangan puncak gunung dan lain-lain lagi.


Kalau anda datang ke sini memang patut untuk anda bermalam, sebab anda boleh berkhemah ditepi sungai sambil melihat pemandangan waktu malam yang cukup indah lebih-lebih lagi apabila cuaca pada masa itu terang dengan diterangi bulan dan juga bintang yang berkedipan di samping pemandangan puncak gunung yang kelihatan dari sini sudah pasti akan membuatkan anda lebih tertarik dan ianya akan menjadikan percutian anda ke sini paling manis yang sukar dilupakan. Di sini juga ada peralatan untuk buat BBQ yang boleh di sewa, jadi bolehlah beramai-ramai bersama keluarga atau rakan memasak BBQ kemudian menjamu selera diluar khemah sambil sambil menikmati udara dan angin yang segar di bawah sinaran cahaya bulan dan bintang yang cukup cantik, dan jangan lupa sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk BBQ lebih awal. 

Bagi yang tidak mempunyai peralatan perkhemahan, tidak perlu risau sebab anda boleh sewa peralatan perkhemahan dan kalau tidak pandai pasang boleh minta petugas di sini untuk tolong pasangkan. Andainya anda tidak biasa tidur didalam khemah, boleh juga untuk menyewa penginapan atau chalet yang ada dan penginapan di sini pun ada beberapa jenis iaitu seperti yang dibuat dari bambu dan ada juga yang bentuk seperti rumah hobbit, penginapan semua lengkap dengan tilam dan selimut yang disediakan untuk memberikan anda keselesaan sepanjang malam. Soket dan lampu pun ada yang boleh digunakan untuk mengecas telefon, kamera atau laptop agar dapat menambahkan lagi koleksi penggambaran. Pakej penginapan biasanya sekali dengan makanan tradisional yang di masak sendiri, tapi kalau anda mahu bawa makanan yang dibeli sendiri lepas itu masak di sini pun boleh juga.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan alam semulajadi yang begitu indah dengan datang berkunjung ke sini berkhemah serta lakukan aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan anda sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan yang indah. Kemudahan di sini pun lengkap jadi anda boleh datang ke sini dengan mudah tanpa perlu bawa banyak barang. Antara kemudahan yang percuma, beli atau sewa ada di sini ialah seperti 
:

Kemudahan :

01. Penginapan / Chalet
02. Khemah 
03. Alat BBQ 
04. Tandas
05. Bilik mandi
06. Ayunan / Buaian
07. Kedai makanan ringan
08. Tapak perkhemahan
09. Dapur
10. Elektrik

Untuk anda yang berasal dari luar Daerah Kota Kinabalu bolehlah naik bas yang menuju ke Kota Kinabalu, selepas itu boleh pilih naik bas yang menuju ke Kota Belud kemudian bila sampai bolehlah sewa perkhidmatan e-hailing dan menuju ke sini. Tapi kalau ada kereta sendiri adalah lebih baik,sebab mudah untuk pergerakan pergi dan balik anda dari sini dan membeli barang keperluan seperti makanan basah yang mahu dimasak nanti

Waktu operasi :
Setiap hari : Setiap masa

Bayaran masuk :
Dewasa : RM8.00 seorang
Kanak-kanak 7-12 tahun : RM3.00 seorang
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : Percuma

Harga bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Harga ini juga tidak termasuk harga untuk sewa peralatan lain seperti khemah, alat BBQ, sewa penginapan dan lain-lain lagi.

Untuk Maklumat lanjut atau pun sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Nohutu Eco Tourism seperti alamat di bawah :

Alamat :
Nohutu Eco-Tourism
Sabah, Malaysia.

Telefon : 013-803 4382
Website : facebook.com/nohutuecotourism

Nota :

01. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Nohutu Eco Tourism untuk kebaikan dan juga keselamatan anda semasa berada di sini.

02. Kalau berkhemah boleh bawa seperti lampu, beg tidur, selimut, tikar, baju sejuk dan lain-lain barang keperluang yang anda rasa perlu di bawa untuk tidur di khemah

03. Jangan lupa bawa makanan untuk dimakan bila berada di sini, terutamanya bagi mereka yang mahu ingin bermalam atau berkhemah di tapak perkhemahan di sini.

04. Sedia bajet lebih sikit untuk memudahkan anda menyewa apa-apa peralatan yang disediakan di sini untuk kegunaan anda sepanjang berada di sini.

Ulasan