Langkau ke kandungan utama

Nulinau Glamping Garden

Nulinau Glamping Garden adalah salah satu lagi tempat menarik di Sabah untuk dijadikan sebagi lokasi percutian dengan pelbagai pilihan penginapan seperti rumah penginapan, gampling dan juga berkhemah sambil berekreasi, beriadah dan berkelah, lagi pun tempat ni adalah mesra keluarga jadi anda bolehlah datang ke sini bersama ahli keluarga tidak kira tua atau muda dan boleh juga kalau mahu datang ke sini bersama rakan-rakan. Tempat ini terletak di daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 29 km atau kira-kira 37 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan kira-kira 76 km atau lebih kurang 1 jam 35 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

NULINAU GLAMPING GARDEN


Kredit Gambar : Nulinau


Kredit Gambar : Nulinau


Kredit Gambar : Nulinau


Kredit Gambar : Nulinau


Kredit Gambar : Nulinau

Nulinau Glamping Garden merupakan salah satu lagi tempat menarik di Kota Belud yang boleh anda jadikan sebagai lokasi percutian anda yang seterusnya apabila ada masa lapang dengan beberapa pilihan penginapan seperti rumah penginapan, gampling atau boleh juga sekiranya mahu berkhemah di tempat ini sambil melakukan aktiviti menarik seperti berkelah, beriadah berekreasi dan termasuklah mandi di sungai berhampiran. Landskap tempat ini cantik dan bersih dan dipenuhi dengan tanaman pelbagai jenis bunga sesuailah dengan nama tempat ini yang menggunakan garden atau taman, udara di sini pun segar dan bersih dan yang paling menarik bercuti di sini adalah tempatnya yang jauh dari kesibukan bandar menjadikan suasana di sini lebih tenang dan juga aman membolehkan anda dapat berehat dengan lebih selesa tanpa sebarang ganggu seperti bunyi bising kenderaan. Sebenarnya di sini anda ada pilihan juga iaitu sama ada mahu menginap dan bermalam di tempat ini atau sekadar datang untuk lawatan harian seperti datang pagi dan balik petang untuk pergi beriadah di sungai yang terletak berhampiran tempat ni tetapi sekiranya anda datang dari jauh sebaiknyalah mencuba untuk menginap di rumah penginapan dan gampling atau berkhemah di sini. Oleh itu jika anda datang bercuti ke Kota Kinabalu atau Kota Belud dan ingin mencari tempat bercuti yang mempunyai tempat tinggal bolehlah mempertimbangkan untuk menjadikan Nulinau Glamping Garden ini sebagai lokasi percutian anda, lagi pun tempat ni menyajikan satu pemandangan yang juga cukup indah dan menawan yang mana anda dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari kejauahn dengan begitu jelas terutamanya jika cuaca pada masa itu adalah cerah. Tempat ini terbuka kepada semua orang ramai tidak kira anda adalah penduduk tempatan negeri ini atau pun pelancong yang datang dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya mereka yang datang bercuti daerah ke Kota Belud dan Kota Kinabalu serta daerah lain yang berhampiran.

Memang seronok apabila dapat datang bercuti ke tempat ini terutama sekali jika datang bersama ahli keluarga tidak kira tua atau muda sebab tempat ini adalah mesra keluarga dari segi tempat tempat dan aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Pemilik dan semua kakitangan pengurusan tempat ini semuanya peramah dan sangat mesra dengan para tetamu mereka jadi anda tidak perlu risau atau segan sekiranya ada sebarang pertanyaan yang ingin dikemukakan kepada pihak pengurusan di sini sebab sudah pastilah mereka akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda. Dengan kemudahan yang banyak disediakan di tempat ini ianya akan dapat menarik lagi minat orang ramai memilih untuk datang bercuti ke sini pada bila-bila masa sahaja tidak kira pada hari biasa mahu pun ketika cuti seperti cuti umum atau cuti hujung minggu, kemudahan ini disediakan adalah bertujuan supaya ianya dapat memudahkan para tetamu yang datang untuk menggunakan kemudahan tersebut apabila memerlukannya sekaligus akan dapat berikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di sini siang dan malam. Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah seperti penginapan yang mana anda boleh pilih sama ada mahu menyewa penginapan jenis rumah atau bilik penginapan dan boleh juga kalau mahu sewa penginapan jenis gampling, dalam penginapan ini semua dilengkapi juga pelbagai kemudahan lain iaitu seperti katil, tilam bantal, selimut, kipas angin, penyaman udara, elektrik, lampu, tandas, bilik mandi meja dan lain-lain lagi termasuklah  peralatan untuk memasak dan peralatan untuk makan. Kalau anda menginap gunakan gampling tidak perlu risau tentang tempat memasak, tandas dan bilik mandi sebab ini semua puna ada juga disediakan oleh pihak pengurusan di sini agar dapat memastikan semua tetamu mereka sentiasa berpuas hati bila datang bercuti ke tempat ini. Jumlah penginapan adalah terhad jadi kalau anda bercadang datang ke sini ketika musim cuti sama ada cuti umum atau hujung minggu sebaiknyalah membuat tempahan awal agar pihak pengurusan di sini dapat menyimpankan penginapan tersebut untuk anda.


Penginapan seperti rumah penginapan dan gampling sentiasa dengan baik dari segi kemudahan dan juga kebersihannya, oleh itu apa juga kemudahan yang disediakan dipenginapan tersebut haruslah anda jaga dengan sebaik mungkin dan jangan menconteng atau merosakkannya, berjimatlah ketika menggunakan kemudahan yang disediakan contohnya seperti penggunaan elektrik dan air dengan mematikan suis bila tidak menggunakan kemudahan seperti kipas angin dan penyaman udara serta tutuplah pili air dengan rapat
setelah menggunakannya, sekiranya anda menginap di rumah atau bilik penginapan pastikan tidak membuang sampah ke dalam lubang tandas sebab ianya mungkin akan menyebabkannya tersumbat dan seterusnya menyebabkan tandas itu tidak dapat digunakan. Pilihan lain anda untuk bermalam di tempat ini adalah dengan menggunakan khemah, tidak pasti sekiranya pihak pengurusan di sini ada sediakan khemah untuk disewa tetapi untuk menjimatkan lagi kos perbelanjaan adalah lebih baik anda membawa sendiri khemah dari rumah, lagi pun kalau ada khemah sendiri ianya akan lebih memudahkan anda bila ingin berkhemah di sini sebab tidak perlu lagi risau tentang kemungkinan ketidakcukupan kemudahan khemah yang disediakan di tempat ini. Untuk berkhemah pun anda sebaiknya membuat tempahan awal lebih-lebih lagi kalau anda mahu datang dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah agar pihak taman ini dapat memeriksa sekira ada kekosongan tapak berkhemah pada tarikh dan masa yang anda cadang untuk datang dan dengan membuat tempahan lebih awal untuk perkhemahan ianya membolehlahkan pihak di sini mengatur dan menguruskan apa juga keperluan lain yang mungkin perlu disediakan untuk kumpulan anda jika ingin berkhemah di sini nanti. Memang seronok bila bermalam di tempat ini sama ada 1 malam atau pun lebih dan tidak kira sama ada anda bermalam di bilik penginapan, glamping atau dengan hanya berkhemah sahaja di sini sebab semua kemudahan telah disediakan, suasana pun tenang dan aman dan antara yang penting adalah tempat ini bersih serta dipenuhi tumbuhan yang menghijau termasuklah bunga yang menjadikan udara di sini pun sangat bersih.

Kemudahan lain yang ada disediakan di sini adalah bilik mandi dan tandas buat mereka yang menginap dan bermalam di tempat ini sama ada guna glamping atau khemah, kemudahan bilik mandi dan tandas ini dalam keadaan yang sangat bersih, oleh itu jika anda menggunakan kemudahan pastikan sentiasa jaga kebersihannya dan kalau ada sampah sila buang ke dalam tong sampah yang telah pun disediakan dibeberapa lokasi sekitar taman ini termasuklah berhampiran tandas tersebut, ini adalah untuk pastikan  orang ramai atau pengunjung lain dapat menggunakannya dengan lebih selesa sepanjang mereka berada di sini bercuti. Dalam bilik mandi juga ada disediakan kemudahan air panas yang boleh anda gunakan jika ingin mandi air panas sebab tempat ini memang akan sejuk pada waktu malam atau awal pagi, oleh itu dengan adanya kemudahan air panas ini ia akan memudahkan tetamu yang ingin menggunakannya. Dapur pun ada juga disediakan di tempat ini yang mana dapur ini dilengkapi dengan peralatan memasak dan juga peralatan untuk makan seperti sudu, gelas dan pinggan, tetapi peralatan untuk makan tu boleh juga kalau mahu bawa sendiri seperti beli yang jenis pakai buang itu pun jika anda malas mahu mencuci peralatan untuk makan yang disediakan pihak pengurusan. Pilihan lain memasak di sini ialah masak menggunakan kemudahan tempat masak bbq yang turut ada disediakan di tempat ini buat mereka yang lebih suka untuk masak bbq dan untuk memastikan peralatan apa sahaja yang disediakan untuk bbq ni sebaiknyalah anda hubungi terlebih dahulu pemilik atau pengurusan taman ini termasuklah jika mereka ada sediakan arang untuk memasak, sekiranya arang tidak ada disediakan maka anda perlulah membeli atau membawanya sendiri dari rumah. Untuk memasak di sini anda perlulah menyediakan sendiri bahan mentah untuk dimasak dan anda boleh pilih sama ada beli dan bawa dari rumah atau pun boleh juga jika beli sahaja dari pasar mini yang terletak berhampiran tempat ini.

Selain itu di taman ini ada menyediakan binaan atau arca untuk anda jadikan sebagai tempat bergambar yang mana ianya berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dengan dari jauh apabila cuaca dalam keadaan cerah pada masa itu. Selain itu terdapat juga beberapa buah pondok yang dibina untuk digunakan oleh para tetamu duduk santai sambil minum dan melihat pemandangan alam semulajadi seperti bunga yang ada disekitar taman ini, hutan yang tumbuh subur menghijau serta mengelilingi taman ini dan yang menarik untuk dilihat ketika duduk di pondok ini sudah pastilah iaitu pemandangan dan menakjubkan Gunung Kinabalu yang berdiri megah di kejauhan sana. Ada beberapa tapak untuk menghidupkan unggun api yang disediakan di sini termasuk beberapa tempat duduk yang mengelilingi tapak unggun api tersebut tetapi kalau mahu guna tanyalah terlebih dahulu pengurusan di tempat ini untuk meminta kebenaran sebab tidak baik juga kita memasang api di tempat ini tanpa ada kebenaran dari pemilik dan pihak pengurusan Nulinau Glamping Garden. Terdapat banyak kemudahan lagi yang ada disediakan, namun begitu anda juga boleh membawa beberapa barangan keperluan yang dirasakan akan diperlukan bila datang bercuti ke sini dan dengan membawa beberapa barang keperluan ianya akan membuatkan percutian anda tempat ini berjalan dengan lacar dan dapat juga menjimatkan kos perbelanjaan sepanjang berada di sini. Senarai di bawah ini adalah antara barangan yang boleh anda bawa bila bercuti ke Nulinau Glamping Gaden, tetapi terpulanglah pada anda sendiri mahu bawa yang mana satu barang keperluan ianya ikut keperluan anda sama ada ke sini berkhemah atau sewa gampling dan rumah sewa :

Barang di bawa :

01.
Baju lebih
02. Baju mandi
03. Peralatan mandi
04. Khemah
05. Makanan mentah
06. Kamera
07. Sejadah
08. Telekung
09. Lampu suluh
10. Baju lebih
11. Duit poket
12. Ubat peribadi
13. Kerusi khemah
14. Tali jika perlu
15. Beg kalis air
16. Beg tidur
17. Bantal
18. Selimut
19. Baju sejuk
20. Powerbank
21. Tuala mandi
22. Penghalau nyamuk
23. Tempat makanan basah

Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang berkunjung ke sini iaitu mandi di sungai yang berhampiran tempat ini dan sekiranya anda ingin mandi sebaiknya beritahu terlebih dahulu kakitangan atau pihak pengurusan tempat ini agar mereka tahu ke mana anda pergi dan ia juga adalah untuk memastikan sungai tersebut sesuai anda kujungi untuk mandi manda sebab kalau waktu itu baru habis hujan atau musim hujan biasanya air sungai agak kabut dan alirannya mungkin sangat deras dan tidak berapa sesuai untuk mandi. Manakal jika sungai dalam keadaan dan anda dibenarkan melakukan aktiviti di sungai maka haruslah sentiasalah berhati-hati, kalau ada jaket keselamatan atau pelampung yang disediakan di sini untuk disewa adalah lebih baik anda sewa saja terutamanya jika ada membawa anak anda bersama. Selain itu sekitar kawasan sungai pun banyak batu yang bersaiz kecil serta besar dan mungkin juga batu itu dalam keadaan licin, oleh itu sentiasalah menjaga keselamatan diri sepanjang anda berada di kawasan sungai atau di sekitar kawasan tepi sungai dan jangan biarkan anak anda main di sungai atau tepi sungai tanpa pengawasan daripada anda sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri. Satu lagi apabila mandi sungai sebaiknya pakailah pakaian mandi yang sopan, bagi yang muslim pula pakailah pakaian mandi yang menutup aurat sebab sungai ini adalah kawasan terbuka jadi mungkin akan ada ramai orang yang turut sama mandi di sungai ini. Aktiviti lain ialah berkhemah dan jika mahu berkhemah lebih baik bawa khemah sendiri dari rumah untuk menjimatkan lagi kos anda di sini dan jangan lupa membuat tempahan lebih awal untuk aktiviti perkhemahan agar tidaklah terlepas peluang untuk melakukan aktiviti tersebut di tempat ini. Melakukan aktiviti perkhemahan di lokasi ini sememangnya sangatlah menarik disebabkan ia menyajikan satu landskap yang begitu cantik dan bersih serta pemandangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Seterusnya ialah di taman ini juga anda boleh melakukan aktiviti memanggang atau bbq, tempat untuk masak bbq ni ada disediakan tetapi jika tidak pasti atau ragu-ragu boleh saja hubungi pihak pengurusan untuk memastikan sama ada pihak mereka ada menyediakan semua keperluan untuk aktiviti memasak bbq, kalau malam selepas masak bbq tu bolehlah menjamu selera bersama ahli keluarga atau rakan anda yang turut sama datang ke sini lepas itu boleh minta dengan pihak pengurusan di sini untuk anda buat aktiviti memasang unggun api agar dapatlah anda berbual dan bercerita bersama keluarga atau rakan di bawah sinaran bulan yang terdang dan bintang yang indah berkerdipan. Antara aktiviti popular di sini yang biasa pengunjung buat adalah mengambil gambar kenangan di beberana binaan atau arca serta di sekitar kawasan tempat ini yang sudah sememangnya cantik, kemas dan mempunyai keunikannya yang tersendiri dan yang paling menariknya bila bergambar di sini ialah pemandangan latarbelakangnya iaitu pemandangan Gunung Kinabalu serta alam semulajadi yang terbentang luas. Apa pun juga aktiviti yang anda lakukan di sini pastikan utama keselamatan terlebih dahulu sama ada diri sendiri, keluarga ataupun rakan-rakan dan sila ikut semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik serta pihak pengurusan di sini agar keselamatan anda lebih terjaga dan terjamin. Selain keselamatan utamakanlah juga kebersihan tidak kiralah di dalam penginapan atau pun disekitar kawasan taman sebab kebersihan adalah salah satu aspek penting untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke tempat menarik tersebut seperti di Nulinau Glamping Garden sendiri, lagi pun pemilik dan semua pihak pengurusan di sini termasuk juga kakitangan mereka sudah menjaga tempat ini dengan baik dan sentiasa memastikannya dalam keadaan bersih setiap masa, oleh itu kita sebagai tetamu haruslah menghargai usaha yang telah dilakukan pihak pengurusan tempat ini.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut seperti jika ingin membuat tempahan, bertanyakan kadar harga sewa penginapan yang terkini boleh terus sahaja menghubungi pemilik dan pihak pengurusan Nulinau Glamping Garden di alamat berikut :

Alamat :
Nulinau Glamping Garden
Jln. Kg. Melangkap,
Kg. Melangkap Baru
Kota Belud, Sabah.
Telefon : +6013 886 7170
Web fb : Nulinau

Ulasan