Langkau ke kandungan utama

Nulu Gundi Keningau

Nulu Gundi merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk mereka yang minat aktiviti mendaki dan aktiviti berkhemah dengan satu pemandangan yang cukup indah dan menawan dari satu kawasan bukit atau tanah tinggi yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di kawasan Kampung Ponindukan Agudon, Keningau iaitu lebih kurang 10 km atau pun kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, manakala sekiranya anda datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalanannya adalah sekitar 108 km iaitu mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke sini.

NULU GUNDI


Kredit gambar : Nulu Gundi


Kredit gambar : Nulu Gundi


Kredit gambar : Nulu Gundi


Kredit gambar : Nulu Gundi

Kredit gambar : Nulu Gundi

Nulu Gundi merupakan merupakan salah satu tempat menarik di Keningau buat mereka yang sangat berminat dengan aktiviti mendaki dan terutama sekali aktiviti berkhemah di kawasan tanah tinggi atau bukit yang mana ia menyajikan satu pemandangan dan suasana yang begitu cantik dan mengagumkan. Sekiranya anda mencari lokasi percutian untuk aktiviti perkhemahan boleh cuba untuk pertimbangkan Nulu Gundi ini sebagai tempat percutian anda akan datang dan kalau mahu ke sini pun bolehlah datang bersama ahli keluarga sama ada tua atau muda sebab jalan raya sudah dinaiktaraf dengan bersimel jadi boleh pandu kereta juga ke sini, anda juga boleh datang bersama dengan rakan-rakan untuk berkhemah di sini seperti aktiviti perkhemahan persatuan, pertubuhan sekolah dan sebagainya. Tempat ini terletak di kawasan Kampung Ponindukan Agudon iaitu iaitu lebih kurang 10 km atau pun kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, manakala sekiranya anda datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalanannya adalah sekitar 108 km iaitu mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke sini. Kalau ke sini anda boleh pilih sama ada ingin melawat sahaja atau boleh juga kalau mahu bermalam di bilik penginapan atau berkhemah di tempat ini, tetapi kalau berkhemah rasanya lagilah menyeronokkan khususnya bagi yang memang suka aktiviti berkhemah. Oleh kerana tempat ini memang agak jauh jadi digalakkanlah untuk anda hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk memastikan mereka buka pada tarikh serta masa yang anda cadang untuk datang, ini juga untuk memastikan ada kekosongan tapak berkhemah atau bilik penginapan pada waktu tersebut terutamanya pada waktu cuti seperti cuti umum dan cuti hujung minggu sebab tempat ni kini telah mula dikenali ramai jadi memang akan ada ramai yang datang ke sini bila ada cuti khususnya mereka yang tinggal disekitar daerah Keningau ini dan kawasan sekitarnya. Jangan lepaskan peluang ke sini bersama ahli keluarga atau rakan untuk melihat pemandangan alam semulajadi yang mengagumkan dan merasai sendiri suasana percutian yang lebih tenang di tempat ini.

Memang seronok bila dapat bercuti di sini tidak kira anda datang melawat sahaja atau bermalam sebab di sini lokasinya jauh dari kesibukan bandar, pemandangan juga cukup cantik dan indah dengan dapat melihat pemandangan alam semulajadi termasuklah pemandangan Bandar Kenigau terutama sekali bila waktu malam yang menampakkan cahaya yang terang dan indah dari kejauhan sana. Pada waktu pagi atau dalam keadaan tertentu seperti hujan anda akan dapat melihat kabus tebal yang meliputi kawasan sekeliling yang begitu mengagumkan apabila melihatnya. Selain itu dengan lokasi tempat ini yang jauh bandar menjadikan suasana di sini lebih tenang dan aman membolehkan anda berehat dengan nyaman tanpa sebarang gangguan bunyi bising. Untuk memberikan keselesaan kepada para tetamu yang datang ke sini terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan pihak pengurusan tempat ini agar pengunjung dapat bercuti sert berehat dengan selesa dan berpuas hati sepanjang berada di sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik penginapan dan buat masa ini bilik cuma ada 3 sahaja dengan beberapa lagi kemudahan lain yang telah pun disediakan di bilik tersebut seperti katil, tilam, bantal, kipas angin serta ada lagi beberapa yang lain. Sekiranya anda ingin ke sini dan menginap di bilik penginapan ini adalah lebih baik untuk menghubungi terlebih dahulu pihak di sini untuk memastikan masih ada kekosongan bilik pada tarikh dan masa yang anda bercadang untuk datang sebab jumlah bilik adalah terhad, oleh itu jika anda cadang datang ketika musim cuti memang agak susah sikit dapat sebab waktu tu memang ada banyak orang datang ke sini termasuk yang bermalam. Bila sudah hubungi pihak di sini maka adalah sebaiknya anda terus membuat tempahan lebih awal agar dapat memudahkan pihak pengurusan tempat ini untuk menyimpankan bilik tersebut untuk anda. Bilik penginapan ni memang sesuai untuk mereka yang mahu ke sini bermalam tetapi tidak mahu atau tidak biasa berkhemah di luar jadi boleh memilih untuk sewa sahaja bilik penginapan tersebut
.


Kemudahan lain yang ada ialah pihak pengurusan di sini juga ada menyediakan pengangkuan pacuan empat roda untuk ambil dan hantar anda tetapi tidak pasti sama ada lokasi ambil dan hantar tu adalah dari Bandar Keningau ke tempat ini atau pun dari Kampung Ponindukan ke sini, apa pun anda boleh hubungi pihak di sini untuk bertanya dan harga kemudahan pengangkutan ini adalah RM10 seorang, tapi kalau anda ada kereta sendiri rasanya tidak perlulah sewa lagi pengangkutan. Seterusnya ialah di sini juga ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa buat para pengunjung yang datang ke sini dan ingin berkhemah.
Sekiranya anda mahu datang berkhemah di sini digalakkan juga untuk membuat tempahan lebih awal sama ada tempahan khemah dan juga tempahan tapak perkhemahan, ini agar dapat memudahkan pihak pengurusan tempat ini mengatur lokasi tapak untuk perkhemahan anda nanti lebih-lebih lagi kalau anda datang dalam satu kumpulan yang ramai. Selain itu tempat ini juga ada disediakan kemudahan asas seperti air bersih, singki, tandas dan bilik mandi yang boleh digunakan para pengujung sepanjang berada di sini dan kemudahan ni memang penting agar dapat memudahkan pengunjung bila ingin menggunkannya untuk mencuci, mandi dan sebagainya. Air bersih tu kalau boleh berjimat ketika menggunakannya seperti menutup rapat selepas selesai menggunakan paip tersebut dan jangan buang sampah merata tempat pada kemudahan ini terutama sekali jangan buang sampah atau sisa makanan di singki dan ke dalam lubang tandas sebab ianya mungkin akan menyebabkan singki dan tandas tersebut tersumbat sekaligus menyukarkan anda atau orang lain menggunakan lagi kemudahan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk menggunakan kemudahan tong sampah yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di beberapa lokasi dalam kawasan Nulu Gungi agar tempat ini sentiasa kelihatan bersih dan cantik untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung.

Dapur gas pun turut ada disediakan bagi pengunjung yang bermalam dan ingin memasak di sini dengan kadar bayaran pada masa kini adalah RM30 semalam, tetapi semua barang mentah atau barang masakan perlulah anda bawa sendiri dari rumah seperti beras, sayap ayam dan sebagainya untuk dimasak nanti. Tidak pasti sekiranya ada peralatan untuk makan seperti pinggan, sudu, gelas disediakan di sini, oleh itu anda boleh bertanya terlebih dahulu sebelum datang ke sini, sekiranya pihak di sini tiada menyediakan peralatan untuk makan ni maka anda bolehlah bawa sendiri dari rumah atau beli sahaja yang jenis pakai buang agar tidak perlu lagi penat mencuci. Kemudahan lain yang ada disediakan adalah seperti lampu solar, plug elektrik untuk cas telefon sahaja, beberapa buah kerusi dan meja serta beberapa lagi barang kemudahan lain untuk kegunaan pengunjung termasuklah platform kayu yang dibina yang boleh anda naik untuk lebih mudah melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang luas dan indah. Platform ni kira besar juga cuma kalau boleh jangan melompat atas tu agar keselamatan anda lebih terjaga dan juga agar tidaklah platform tu rosak, dan yang penting ialah kalau anda datang beramai-ramai pastikan tanya dulu pihak pengurusan di sini berapa orang yang boleh naik atas platform tu dalam satu masa, ini untuk elakkan daripada berlaku perkara tidak diingini. Banyak lagi kemudahan yang disediakan di sini dan di bawah ini adalah antara ringkasan apa juga kemudahan yang ada disediakan, kalau ada lagi yang anda mahu bertanyakan tentang kemudahan bolehlah buat pertanyaan terus dengan pihak pengurusan sama ada melalui telefon atau laman sosial mereka

Kemudahan :

01. Bilik penginapan
02. Khemah sewa
03. Platform kayu
04. Pengkutan
05. Lampu solar
06. Kerusi dan meja
07. Air bersih
08. Tandas
09. Bilik mandi
10. Singki
11. Dapur gas
12. Plug untuk telefon
13. Lain-lain lagi

Memang banyak lagi kemudahan yang telah pun ada disediakan di sini, tetapi anda juga boleh bawa apa juga barangan keperluan yang mungkin diperlukan apabila berada di sini nanti tidak kiralah anda ke sini bermalam atau pun tidak. Dengan adanya barangan keperluan yang anda bawa sendiri maka ianya akan dapat lebih memudahkan anda sepanjang berada di sini bercuti seperti tidak perlu lagi keluar dari sini untuk menjadi keperluan tersebut dan dengan ada keperluan yang anda bawa ini maka ianya juga akan dapat menjimatkan kos peberlanjaan anda. Berikut di bawah ini adalah antara barangan keperluan yang boleh anda bawa jika datang ke sini, tapi ini cuma cadangan sahaja sebab ia ikut keperluan anda sendiri sama ada ke sini bermalam atau pun tidak, yang mana anda rasa sesuai boleh bawa sahaja ikut seperti senarai di bawah ini :

Barang dibawa :

01. Pakaian lebih

02. Khemah

03. Makanan basah

04. Minuman

05. Barang masakan

06. Beg tidur

07. Selimut

08. Baju tebal

09. Lampu suluh

10. Bantal

11. Kamera

12. Duit poket
13. Powerbank
14. Ubat peribadi
15.
Sejadah
16. Telekung
17. Duit poket
18. Kerusi khemah
19. Kipas usb
20. Lampu usb
21. Beg kalis air
22. Tempat makanan basah

Tempat ini adalah lebih kepada tempat berkhemah jadi tidak begitu banyak aktiviti yang boleh dibuat, tapi dengan melakukan aktiviti berkhemah di sini pun sudah cukup memuaskan hati anda sebab di sini menyajikan satu pemandangan dan suasana yang begitu indah dan mengagumkan, anda boleh melihat pemandangan matahari terbit dan terbenam, kalau bermalam di sini anda akan dapat lihat pemandangan Bandar Keningau yang dipenuhi dengan sinaran cahaya lampu dan cukup memukau mata melihatnya. Tapi kalau anda bermalam dan berkhemah Nulu Gundi ini atau menginap di bilik penginapan mungkin anda akan berpeluang untuk melihat satu pemandangan yang cukup mengagumkan iaitu kabus tebal di sekitar kawasan tempat ini sudah pasti akan membuatkan anda terpesona terutama sekali ketika waktu pagi. Aktiviti lain di sini adalah mengambil gambar kenangan, memang sungguh cantik bergembar di sini tidak kira pagi, tengahari, petang dan siang atau pun malam sebab ianya berlatarbelakangkan satu pemandangan yang indah dan suasana yang tenang. Apa pun aktiviti yang anda buat di sini sentiasalah berhati-hati dan utamakan keselematan terlebih dahulu terutama sekali jika ada membawa anak ke sini sebab tempat ini adalah kawasan tanah tinggi atau bukit, jadi jangan biarkan anak anda bermain sendiri di kawasan tepi bukit ini tanpa pengawasan daripada anda. Yang penting juga ialah seperti yang sudah disebutkan di atas tadi sentiasalah menjaga kebersihan kawasan tempat ini dan jangan buang sampah merata tempat agar Nulu Gundi sentiasa dalam keadan bersih dan kelihatan cantik untuk dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang pada masa akan datang.

Bayaran masuk :
RM3.00 : seorang
Percuma : bawah 12 thn

Yuran berkhemah :
RM10.00 : seorang

Sewa khemah :
RM10.00 : 1 malam

Sewa dapur gas :
RM30.00 : 1 malam

Bilik penginapan :
RM50.00 : 1 bilik

Bayaran di atas mungkin akan berubah mengikut masa, keadaan dan keperluan pemilik tempat ini, oleh jika anda ada sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut anda bolehlah terus menghubungi pihak Nulu Gundi Keningau dan boleh buat pertanyaan terus melalui telefon atau laman sosial mereka seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Nulu Gundi

Kg. Ponindukan Agudon
89000, Keningau,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 982 4267
Web Fb : Nulugundi


Ulasan