Nuluh Pulutan View merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda kunjungi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk beriadah atau melakukan aktiviti berkhemah dengan pemandangan alam semulajadi yang cukup indah dari atas kawasan tinggi yang terletak di dalam daerah kecil Kota Marudu iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu dan kalau dari Pusar Bandar Kudat jaraknya adalah sekitar 90 km yang memakan masa lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke tempat ini. Bagi mereka yang ke sini dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula memang agak jauh iaitu 130 km dengan masa perjalanan lebih kurang selama 3 jam menaiki kenderaan.
NULUH PULUTAN VIEW

Walaupun tempat ini berada jauh sikit dari pekan tetapi anda tidak perlu risau sebab di sini pun ada juga kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak Nuluhan Pulutan View untuk para tamu atau pengunjung yang datang ke sini tidak kira yang datang untuk lawatan harian sahaja atau ada yang mungkin mahu bermalam satu atau beberapa hari di tempat ini. Kemudahan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan juga memudahkan para pengunjung sepanjang mereka ada di sini tidak kira pengunjung itu penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah tempat penginapan atau disebut sebagai walai yang mana penginapan ni ada yang bersaiz besar dan ada yang kecil yang mungkin hanya untuk dura orang sahaja dalam satu masa. Dalam penginapan ada juga disediakan beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam, kipas angin, selimut, bantal, lampu, tandas, beranda, dapur dan beberapa lagi kemudahan lain. Selain itu ada juga walai yang tandas dan tempat memasaknya berada di luar, oleh itu terpulang pada anda mana satu walai yang mahu dipilih untuk dijadikan penginapan bila datang ke sini. Bilangan walai ni tidaklah banyak, maka sekiranya anda bercadang datang ke sini pastikan membuat tempahan terlebih dahulu agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan adanya kekosongan pada tarikh yang anda ingin datang sekaligus mempersiapkan apa keperluan yang perlu disediakan untuk walai yang anda pilih. Sekiranya anda datang sekeluarga dan lebih dari 4 orang rasanya walai potiukan atau walai pomosuon adalah yang sesuai untuk anda sebab walai ni bersaiz besar dengan ada 1 bilik yang mempunyai katil saiz queen serta tempat tidur di bahagian loteng jenis terbuka dengan terdapat 4 tilam bersaiz queen dan 1 tilam bersaiz single, oleh itu rasanya boleh memuatkan lebih 6 orang dalam kedua walai ini, tetapi kalau anda datang berdua boleh pilih walai yang kecil sahaja tetapi tandas dan tempat masak berada diluar.
Selain itu terdapat juga kemudahan tempat berkhemah buat para peminat aktiviti perkhemahan yang mahu berkhemah di tempat ini dengan tapak perkhemahan yang menghadap kearah pemandangan alam semulajadi yang terbentang luas. Tempat berkhemah anda boleh pilih sama ada dikawasan yang terbuka dibahagian luar atau memilih dalam kawasan pondok terbuka yang besar dan mempunyai atap, tetapi kalau di pondok terbuka ini mungkin sukar sikit dapat jika pada masa itu terdapat ramai pengunjung lain yang turut sama datang dan berkhemah kecuali anda telah membuat tempahan awal untuk pondok terbuka tersebut. Kadar bayaran untuk berkhemah juga adalah murah di tempat ini dan bayaran tersebut tidak termasuk bayaran masuk ke Nuluh Pulutan View tetapi tidak perlu risau sebab bayaran masuknya memang sangat murah. Tidak pasti sekiranya pihak pengurusan di sini ada menyediakan khemah untuk disewa, anda boleh buat pertanyaan ketika membuat tempahan sebelum datang, sekiranya mereka tidak ada menyediakan sewa khemah maka anda hendaklah membawa sendiri dari rumah, tetapi rasanya adalah lebih anda membawa khemah sendiri dari rumah agar lebih memudahkan urusan dan juga dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan, lagi pun kalau ada khemah sendiri mungkin akan memberikan anda keselesaan lagi ketika berkhemah sebab takut juga kalau sewa khemah lain tetapi tidak selesa gunakan khemah tersebut maka akan menyukarkan anda berkhemah dalam keadaan tenang. Perlu diingatkan juga sekiranya anda bercadang untuk membuat aktiviti perkhemahan di sini, buatlah tempahan tapak berkhemah lebih awal terutamanya apabila anda datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah bagi memudahkan pihak tempat ini memastikan ada kekosongan tapak pada masa itu dan untuk memudahkan mereka mengatur dan mempersiapkan segala keperluan yang akan diperlukan untuk kumpulan anda berkhemah nanti dan bagi anda yang berkhemah tandas dan tempat masak pun ada juga disediakan di luar jadi anda tidak perlu risau.
Kemudahan lain yang ada di sini kawasan tempat letak kenderaan yang selesa dan anda boleh pandu kereta sendiri ke sini sama ada kereta besar atau kecil, tetapi harus meletakkan kereta anda dengan lebih teratur atau kemas agar pengunjung lain pun dapat meletakkan kereta mereka dengan mudah. Ada juga dewan terbuka di sini yang boleh anda sewa dengan kadar bayaran berbeza antara siang dan malam, anda boleh sewa dewan ini untuk buat majlis seperti majlis harijadi, perkahwinan, makan malam dan sebagainya, seperti biasa anda perlulah juga membuat tempahan dewan terbuka ini lebih awal untuk memastikan tidak ada orang lain menggunakannya pada tarikh dan masa yang anda telah pilih. Selain tu dengan membuat tempahan awal dapatlah juga pihak pengurusan tempat ini menyediakan dan siapkan segala peralatan dan keperluan termasuklah mengemas dan mencatikkan dewan terbuka tersebut untuk majlis anda itu nanti. Terdapat kemudahan tangga untuk turun ke tempat ini yang mana tangga ini telah dihias dengan begitu cantik sesuai juga untuk dijadikan sebagai tempat untuk mengambil gambar sama ada gambar biasa atau gambar perkahwinan. Terdapat banyak lagi kemudahan lain yang ada disediakan di tempat ini termasuklah beberapa arca dan binaan yang telah dibina untuk dijadikan sebagai tempat para pengunjung bergambar dengan binaan tersebut dan berlatarbelakangkan pemandangan yang begitu indah. Semua kemudahan yang disediakan di sini hendaklah sama-sama menjaganya dengan baik dan tidak merosakkan terutamanya walai penginapan dan juga tandas sama ada tandas di luar atau dalam, jangan buang sampah merata tempat termasuk tandas yang mungkin akan menyebabkannya tersumbat seterusnya menyukarkan untuk digunakan oleh anda sendiri atau penggunjung lain, pastikan buanglah sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan dibeberapa lokasi di tempat ini. Di bawah ini ialah beberapa kemudahan yang disediakan pihak pengurusan Nuluh Pulutan View untuk para pengunjung yang datang ke sini :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Tapak berkhemah
03. Tandas di luar
04. Tandas di dalam
05. Dewan terbuka
06. Tong sampah
07. Tempat bergambar
08. Tempat letak kereta
09. Tempat makan
10. Tangga laluan
11. Tempat duduk luar
12. Meja di luar
13. Tempat masak luar
14. Dapur walai
15. Katil saiz queen
16. Katil bertingkat
Ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti ke tempat ini iaitu seperti berkhemah yang mana seperti yang disebutkan di atas tadi tempat ini memang sangat sesuai untuk aktiviti ini sebab ianya menyajikan suasana yang tenang dan aman, udara yang lebih segar dan juga pemandangan yang begitu indah dengan tumbuhan alam semulajadi yang terbentang luas serta lautan biru di Teluk Marudu sudah pasti akan mempersonakan pemandangan anda. Jangan lupa untuk membawa khemah sendiri ke sini agar lebih memudahkan anda tanpa perlu memikirkan untuk menyewa khemah. Selain itu di sini juga anda boleh melakukan aktiviti masak bbq, kalau sudah berkhemah memanglah seronok kalau anda memasak cara bbq bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, cuma untuk memasak bbq tidak pasti jika di sini ada menyediakan semua peralatannya termasuk arang, apa pun anda boleh menghubungi pihak NPV untuk memastikannya, peralatan untuk makan seperti gelas, pinggan dan sudu adalah sebaiknya anda membawa sendiri dari rumah atau boleh juga beli yang jenis pakai buang agar lebih memudahkan dan tidak perlu lagi mencucinya. Aktiviti lain adalah berjalan disekitar tempat ini sambil mengambil gambar di beberapa lokasi yang telah dibina atau disediakan khas untuk anda buat aktiviti bergambar di sini. Sangat cantik bergambar di tempat ini sebab ia terletak di kawasan yang tinggi jadi dapat ambil gambar dengan berlatarbelakangkan suasana alam yang cantik dan indah dibelakang anda, kalau pandai ambil gambar dengan lebih menarik pasti akan dapat memberikan keunikan lagi kepada gambar yang anda ambil. Untuk aktiviti lain mungkin anda boleh bertanya dengan pihak di sini agar mereka dapat memberikan pandangan lagi pun tempat ini di kawasan tinggi oleh itu keselamatan adalah paling utama maka apa juga aktiviti yang anda rancang bolehlah bertanya dengan pihak pengurusan tempat ini untuk memastikannya agar tidak ada masalah yang timbul. Di bawah ni adalah antara beberapa barangan yang mungkin boleh anda bawa ke sini tidak kira sama ada anda datang untuk lawatan sehari saja atau untuk bermalam di penginapan atau berkhemah,
Barang di bawa :
01. Pakaian lebih
02. Makanan basah
03. Minuman
04. Kerusi berkhemah
05. Peralatan makan
06. Khemah sendiri
07. Lampu suluh
08. Duit poket
09. Ubat peribadi
10. Sejadah
11. Tempat makanan basah
12. Telekung
13. Kipas usb
14. Beg tidur
15. Alas tidur
16. Kompas
17. Pisau lipat
18. Powerbank
19. Pemetik api
20. Penghalau nyamuk
21. Peralatan mandi
22. Tisu basah
23. Sunscreen
24. Plastik sampah
25. Peti kecemasan
Di atas ini adalah antara cadangan barangan yang boleh di bawa, kalau ada lagi yang anda rasa perlu di bawa maka bawalah sahaja mengikut keperluan anda. Sebelum terlupa, di sini pun ada tempat makan atau cafe dengan pelbagai menu makanan disediakan, oleh itu terpulang kepada anda sama ada mahu ke sini membawa barang makanan basah untuk di masak atau pun menjamu selera sahaja di cafe yang ada di sini, yang penting bawa duit poket untuk membayar agar lebih mudah.
Waktu operasi :
Ahad - Khamis : 6 am - 8 pm
Jumaat : 6 am - 5 pm
Sabtu : Tutup
Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00
Lihat arnab : RM1.00
Berkhemah : RM5.00 seorang
Penginapan : RM40 - RM250
Waktu operasi dan bayaran masuk di atas ni mungkin boleh berubah mengikut masa dan keadaan, oleh itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai waktu operasi, bayaran masuk atau apa juga yang lain serta ingin membuat tempahan awal bolehlah terus menghubungi pihak Nuluh Pulutan View seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Nuluh Pulutan View
Jalan Simpangan,
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 801 7286
Telefon : +6013 870 4458
Web fb : Nuluhpulutanview

Kredit gambar : Nuluh
Nuluh Pulutan View merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu yang sangat sesuai dijadikan sebagai tempat untuk beriadah dan juga berkhemah bersama keluarga atau pun rakan-rakan khususnya bagi mereka yang tinggal disekitar daerah Kota Marudu dan kawasan sekitarnya. Tempat ini berada di kawasan tinggi yang sudah pasti akan menjanjikan satu pemandangan yang cukup indah dengan dapat melihat tumbuhan alam semulajadi yang terbentang luas, lautan biru di Teluk Kota Marudu dan dapat juga melihat pemandangan Pekan Kota Marudu. Sekiranya anda ada peluang datang ke Kudat atau Kota Marudu untuk bercuti dan ingin mencari tempat sesuai untuk berkhemah atau menginap di penginapan yang santai bolehlah mempertimbangkan untuk memilih tempat ini sebagai lokasi percutian anda yang seterusnya sebab tempat ini jauh dari pekan dan bandar sekaligus menjadikan suasana di sini lebih lagi aman dan tenang yang sudah pasti akan membolehkan anda dapat berehat dengan selesa tanpa sebarang gangguan bunyi bising, lagi pun tempat ini mesra keluarga jadi bolehlah bawa ahli keluarga ke sini agar keluarga pun dapat merasai percutian yang tenang di Nuluh Pulutan View. Tempat ini terletak di dalam daerah Kota Marudu iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan
Kota Marudu dan kalau datang dari Pusar Bandar Kudat jaraknya adalah sekitar 90
km yang mana ianya memakan masa lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan menaiki
kenderaan untuk sampai ke sini. Manakala bagi mereka yang datang dari
Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya memang agak jauh iaitu 130 km dengan
masa perjalanan lebih kurang selama 3 jam menaiki kenderaan, tetapi tidak mengapa sebab biarpun penat memandu boleh juga berehat dengan tenang dan selesa bila sudah sampai ke tempat ini dan melihat pemandangan indah untuk hilangkan penat tersebut. Oleh itu jangan lepaskan peluang anda ke tempat ini sekiranya ada kelapangan masa tidak kiralah anda penduduk di negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara.
Walaupun tempat ini berada jauh sikit dari pekan tetapi anda tidak perlu risau sebab di sini pun ada juga kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak Nuluhan Pulutan View untuk para tamu atau pengunjung yang datang ke sini tidak kira yang datang untuk lawatan harian sahaja atau ada yang mungkin mahu bermalam satu atau beberapa hari di tempat ini. Kemudahan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan juga memudahkan para pengunjung sepanjang mereka ada di sini tidak kira pengunjung itu penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah tempat penginapan atau disebut sebagai walai yang mana penginapan ni ada yang bersaiz besar dan ada yang kecil yang mungkin hanya untuk dura orang sahaja dalam satu masa. Dalam penginapan ada juga disediakan beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam, kipas angin, selimut, bantal, lampu, tandas, beranda, dapur dan beberapa lagi kemudahan lain. Selain itu ada juga walai yang tandas dan tempat memasaknya berada di luar, oleh itu terpulang pada anda mana satu walai yang mahu dipilih untuk dijadikan penginapan bila datang ke sini. Bilangan walai ni tidaklah banyak, maka sekiranya anda bercadang datang ke sini pastikan membuat tempahan terlebih dahulu agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan adanya kekosongan pada tarikh yang anda ingin datang sekaligus mempersiapkan apa keperluan yang perlu disediakan untuk walai yang anda pilih. Sekiranya anda datang sekeluarga dan lebih dari 4 orang rasanya walai potiukan atau walai pomosuon adalah yang sesuai untuk anda sebab walai ni bersaiz besar dengan ada 1 bilik yang mempunyai katil saiz queen serta tempat tidur di bahagian loteng jenis terbuka dengan terdapat 4 tilam bersaiz queen dan 1 tilam bersaiz single, oleh itu rasanya boleh memuatkan lebih 6 orang dalam kedua walai ini, tetapi kalau anda datang berdua boleh pilih walai yang kecil sahaja tetapi tandas dan tempat masak berada diluar.
Selain itu terdapat juga kemudahan tempat berkhemah buat para peminat aktiviti perkhemahan yang mahu berkhemah di tempat ini dengan tapak perkhemahan yang menghadap kearah pemandangan alam semulajadi yang terbentang luas. Tempat berkhemah anda boleh pilih sama ada dikawasan yang terbuka dibahagian luar atau memilih dalam kawasan pondok terbuka yang besar dan mempunyai atap, tetapi kalau di pondok terbuka ini mungkin sukar sikit dapat jika pada masa itu terdapat ramai pengunjung lain yang turut sama datang dan berkhemah kecuali anda telah membuat tempahan awal untuk pondok terbuka tersebut. Kadar bayaran untuk berkhemah juga adalah murah di tempat ini dan bayaran tersebut tidak termasuk bayaran masuk ke Nuluh Pulutan View tetapi tidak perlu risau sebab bayaran masuknya memang sangat murah. Tidak pasti sekiranya pihak pengurusan di sini ada menyediakan khemah untuk disewa, anda boleh buat pertanyaan ketika membuat tempahan sebelum datang, sekiranya mereka tidak ada menyediakan sewa khemah maka anda hendaklah membawa sendiri dari rumah, tetapi rasanya adalah lebih anda membawa khemah sendiri dari rumah agar lebih memudahkan urusan dan juga dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan, lagi pun kalau ada khemah sendiri mungkin akan memberikan anda keselesaan lagi ketika berkhemah sebab takut juga kalau sewa khemah lain tetapi tidak selesa gunakan khemah tersebut maka akan menyukarkan anda berkhemah dalam keadaan tenang. Perlu diingatkan juga sekiranya anda bercadang untuk membuat aktiviti perkhemahan di sini, buatlah tempahan tapak berkhemah lebih awal terutamanya apabila anda datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah bagi memudahkan pihak tempat ini memastikan ada kekosongan tapak pada masa itu dan untuk memudahkan mereka mengatur dan mempersiapkan segala keperluan yang akan diperlukan untuk kumpulan anda berkhemah nanti dan bagi anda yang berkhemah tandas dan tempat masak pun ada juga disediakan di luar jadi anda tidak perlu risau.
Kemudahan lain yang ada di sini kawasan tempat letak kenderaan yang selesa dan anda boleh pandu kereta sendiri ke sini sama ada kereta besar atau kecil, tetapi harus meletakkan kereta anda dengan lebih teratur atau kemas agar pengunjung lain pun dapat meletakkan kereta mereka dengan mudah. Ada juga dewan terbuka di sini yang boleh anda sewa dengan kadar bayaran berbeza antara siang dan malam, anda boleh sewa dewan ini untuk buat majlis seperti majlis harijadi, perkahwinan, makan malam dan sebagainya, seperti biasa anda perlulah juga membuat tempahan dewan terbuka ini lebih awal untuk memastikan tidak ada orang lain menggunakannya pada tarikh dan masa yang anda telah pilih. Selain tu dengan membuat tempahan awal dapatlah juga pihak pengurusan tempat ini menyediakan dan siapkan segala peralatan dan keperluan termasuklah mengemas dan mencatikkan dewan terbuka tersebut untuk majlis anda itu nanti. Terdapat kemudahan tangga untuk turun ke tempat ini yang mana tangga ini telah dihias dengan begitu cantik sesuai juga untuk dijadikan sebagai tempat untuk mengambil gambar sama ada gambar biasa atau gambar perkahwinan. Terdapat banyak lagi kemudahan lain yang ada disediakan di tempat ini termasuklah beberapa arca dan binaan yang telah dibina untuk dijadikan sebagai tempat para pengunjung bergambar dengan binaan tersebut dan berlatarbelakangkan pemandangan yang begitu indah. Semua kemudahan yang disediakan di sini hendaklah sama-sama menjaganya dengan baik dan tidak merosakkan terutamanya walai penginapan dan juga tandas sama ada tandas di luar atau dalam, jangan buang sampah merata tempat termasuk tandas yang mungkin akan menyebabkannya tersumbat seterusnya menyukarkan untuk digunakan oleh anda sendiri atau penggunjung lain, pastikan buanglah sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan dibeberapa lokasi di tempat ini. Di bawah ini ialah beberapa kemudahan yang disediakan pihak pengurusan Nuluh Pulutan View untuk para pengunjung yang datang ke sini :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Tapak berkhemah
03. Tandas di luar
04. Tandas di dalam
05. Dewan terbuka
06. Tong sampah
07. Tempat bergambar
08. Tempat letak kereta
09. Tempat makan
10. Tangga laluan
11. Tempat duduk luar
12. Meja di luar
13. Tempat masak luar
14. Dapur walai
15. Katil saiz queen
16. Katil bertingkat
Ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti ke tempat ini iaitu seperti berkhemah yang mana seperti yang disebutkan di atas tadi tempat ini memang sangat sesuai untuk aktiviti ini sebab ianya menyajikan suasana yang tenang dan aman, udara yang lebih segar dan juga pemandangan yang begitu indah dengan tumbuhan alam semulajadi yang terbentang luas serta lautan biru di Teluk Marudu sudah pasti akan mempersonakan pemandangan anda. Jangan lupa untuk membawa khemah sendiri ke sini agar lebih memudahkan anda tanpa perlu memikirkan untuk menyewa khemah. Selain itu di sini juga anda boleh melakukan aktiviti masak bbq, kalau sudah berkhemah memanglah seronok kalau anda memasak cara bbq bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, cuma untuk memasak bbq tidak pasti jika di sini ada menyediakan semua peralatannya termasuk arang, apa pun anda boleh menghubungi pihak NPV untuk memastikannya, peralatan untuk makan seperti gelas, pinggan dan sudu adalah sebaiknya anda membawa sendiri dari rumah atau boleh juga beli yang jenis pakai buang agar lebih memudahkan dan tidak perlu lagi mencucinya. Aktiviti lain adalah berjalan disekitar tempat ini sambil mengambil gambar di beberapa lokasi yang telah dibina atau disediakan khas untuk anda buat aktiviti bergambar di sini. Sangat cantik bergambar di tempat ini sebab ia terletak di kawasan yang tinggi jadi dapat ambil gambar dengan berlatarbelakangkan suasana alam yang cantik dan indah dibelakang anda, kalau pandai ambil gambar dengan lebih menarik pasti akan dapat memberikan keunikan lagi kepada gambar yang anda ambil. Untuk aktiviti lain mungkin anda boleh bertanya dengan pihak di sini agar mereka dapat memberikan pandangan lagi pun tempat ini di kawasan tinggi oleh itu keselamatan adalah paling utama maka apa juga aktiviti yang anda rancang bolehlah bertanya dengan pihak pengurusan tempat ini untuk memastikannya agar tidak ada masalah yang timbul. Di bawah ni adalah antara beberapa barangan yang mungkin boleh anda bawa ke sini tidak kira sama ada anda datang untuk lawatan sehari saja atau untuk bermalam di penginapan atau berkhemah,
Barang di bawa :
01. Pakaian lebih
02. Makanan basah
03. Minuman
04. Kerusi berkhemah
05. Peralatan makan
06. Khemah sendiri
07. Lampu suluh
08. Duit poket
09. Ubat peribadi
10. Sejadah
11. Tempat makanan basah
12. Telekung
13. Kipas usb
14. Beg tidur
15. Alas tidur
16. Kompas
17. Pisau lipat
18. Powerbank
19. Pemetik api
20. Penghalau nyamuk
21. Peralatan mandi
22. Tisu basah
23. Sunscreen
24. Plastik sampah
25. Peti kecemasan
Di atas ini adalah antara cadangan barangan yang boleh di bawa, kalau ada lagi yang anda rasa perlu di bawa maka bawalah sahaja mengikut keperluan anda. Sebelum terlupa, di sini pun ada tempat makan atau cafe dengan pelbagai menu makanan disediakan, oleh itu terpulang kepada anda sama ada mahu ke sini membawa barang makanan basah untuk di masak atau pun menjamu selera sahaja di cafe yang ada di sini, yang penting bawa duit poket untuk membayar agar lebih mudah.
Waktu operasi :
Ahad - Khamis : 6 am - 8 pm
Jumaat : 6 am - 5 pm
Sabtu : Tutup
Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00
Lihat arnab : RM1.00
Berkhemah : RM5.00 seorang
Penginapan : RM40 - RM250
Waktu operasi dan bayaran masuk di atas ni mungkin boleh berubah mengikut masa dan keadaan, oleh itu sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai waktu operasi, bayaran masuk atau apa juga yang lain serta ingin membuat tempahan awal bolehlah terus menghubungi pihak Nuluh Pulutan View seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Nuluh Pulutan View
Jalan Simpangan,
89100, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 801 7286
Telefon : +6013 870 4458
Web fb : Nuluhpulutanview



Ulasan
Catat Ulasan