Pantai ODEC UMS merupakan salah satu pantai yang terletak di negeri Sabah. Pantai yang cantik ini terletak di daerah Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang 18.7 km dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
Pantai ODEC UMS ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pantai Zon A, Zon B dan Zon C dan mampu untuk memuatkan seramai 300 orang dalam satu-satu masa. Pantai ini sememangnya menjadi pilihan para jurugambar yang ingin mengambil pemandangan keindahan alam semulajadi, laut yang terbentang luas dan yang paling ditunggu ialah pemandangan suasana ketika matahari terbenam. Oleh itu tidak hairanlah anda boleh lihat beberapa pelancong dari luar negara yang datang ke sini untuk mengambil gambar pemandangan kerana suasana pemandangan matahari terbenam di pantai ini merupakan antara yang tercantik di Negeri Sabah.
Sekiranya anda mahu ke datang pantai ini, anda disarankan untuk membuat pandaftaran masuk terlebih dahulu melalui laman web UMS dan pastikan beritahu bila tarikh dan masa anda mahu datang ke sini, dan bagi yang mahu buat aktiviti laut anda dikehendaki membuat pemberitahuan lebih awal kepada pihak bahagian keselamatan ODEC UMS untuk pemantauan. Antara peraturan yang anda dikehendaki ikut sekiranya datang ke sini adalah seperti berikut :
PANTAI ODEC UMS
Credit Gambar : UMS
Pantai ODEC UMS merupakan salah satu pantai menarik di Kota Kinabalu. Pantai ini terletak di daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 18.7 km atau kira-kira 28 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Pantai. Pantai ini merupakan Pusat Pembangunan Luar (ODEC) bagi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan lokasinya berhampiran dengan UMS. Pantai ini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda datang bersama keluarga atau rakan-rakan mengambil gambar kenangan dan ia juga menjadi salah satu pantai yang menjadi pilihan orang ramai atau penduduk tempatan untuk datang beriadah atau berkelah di sini terutama sekali bagi warga UMS itu sendiri.
Pantai ODEC UMS ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pantai Zon A, Zon B dan Zon C dan mampu untuk memuatkan seramai 300 orang dalam satu-satu masa. Pantai ini sememangnya menjadi pilihan para jurugambar yang ingin mengambil pemandangan keindahan alam semulajadi, laut yang terbentang luas dan yang paling ditunggu ialah pemandangan suasana ketika matahari terbenam. Oleh itu tidak hairanlah anda boleh lihat beberapa pelancong dari luar negara yang datang ke sini untuk mengambil gambar pemandangan kerana suasana pemandangan matahari terbenam di pantai ini merupakan antara yang tercantik di Negeri Sabah.
Sekiranya anda mahu ke datang pantai ini, anda disarankan untuk membuat pandaftaran masuk terlebih dahulu melalui laman web UMS dan pastikan beritahu bila tarikh dan masa anda mahu datang ke sini, dan bagi yang mahu buat aktiviti laut anda dikehendaki membuat pemberitahuan lebih awal kepada pihak bahagian keselamatan ODEC UMS untuk pemantauan. Antara peraturan yang anda dikehendaki ikut sekiranya datang ke sini adalah seperti berikut :
Peraturan :
01. Maklumkan kepada Pengurusan ODEC sehari sebelum tarikh anda mahu datang ke pantai ini jika ingin pihak ODEC membuat persiapan yang perlu.
02. Sila bawa bersama surat kelulusan atau kebenaran berserta resit pembayaran untuk pemeriksaan pengawal keselamatan dan pelepasan masuk di pintu utama.
03. Penggunaan pantai ini mestilah mengikut butiran seperti yang diminta oleh penyewa/pengguna dan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.
04. Tiada aktiviti yang berunsurkan isu negatif serta perkara yang bertentangan dengan nilai dan etika sosial, agama dan budaya masyarakat Malaysia.
05. Jika dan ke sini untuk menganjurkan atau membuat program, anda dikehendaki mengamalkan nilai-nilai murni dalam program yang dianjurkan.
06. Sebarang pembakaran terbuka dan pemasangan unggun api di kawasan pantai adalah DILARANG sama sekali dan tidak dibenarkan.
07. Sebarang kemudahan yang ada di pantai ini mesti digunakan dengan betul dan berhati-hati. Pihak penganjur akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan pada kemudahan.
08. Bila di sini dan melakukan aktiviti, anda mestilah pastikan kawasan ODEC bebas daripada sebarang kerosakan, kekotoran, sampah sarap.
09. Aktiviti melibatkan penggunaan air (laut) hendaklah memaklumkan dan membuat permohonan kepada bahagian keselamatan untuk tujuan pemantauan dan keselamatan.
Terdapat banyak kemudahan yan disediakan di sini antaranya adalah seperti tandas, bilik air, pondok rehat, jambatan dan sebagainya. Sekiranya anda memandu kereta ke sini, bolehlah letak kereta anda di tempat letak kereta UMS. Bagi yang muslim pula anda mungkin boleh ke Masjid UMS untuk solat jadi tidak perlu risau. Sekiranya anda mahu membawa apa-apa barang keperluan seperti makanan dan juga minuman pastikan sisa plastik dan makanan tersebut tidak di buang ke pantai atau laut yang mungkin akan menyebabkan pencemaran
Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas dari pusat bandar Kota Kinabalu yang melalui jalan UMS tetapi adalah lebih baik jika memandu kenderaan sendiri bagi memudahkan lagi perjalanan pergi dan balik anda dari sini dan seterusnya boleh melawat ke tempat lain disekitar daerah Kota Kinabalu.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan ODEC UMS di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Pengarah
Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS,
84000 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Telefon : 088-329 032
Website : ODEC UMS
Ulasan
Catat Ulasan