Kalau datang ke Negeri Sabah sudah pasti anda ingin membawa ole-ole dari Sabah, jadi di bawah ni adalah antara senarai ole-ole yang boleh anda beli sekiranya datang ke negeri ini tidak kira atas tujuan apa seperti melancong, berkerja atau pun sekadar datang melawat kawan dan keluarga. Barang-barang ni adalah yang selalu menjadi pilihan bagi mereka-mereka yang datang ke negeri ini khususnya dari negeri lain di Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak. Ole-ole tersebut adalah seperti cenderahati, makanan dan lain-lain lagi.
OLE-OLE DARI SABAH
![]() |
|---|
Udang Kering Sabah Kalau
mahu beli boleh pergi cari di pasar besar mana-mana daerah yang anda
pergi, Biasanya anda ada pilihan iaitu mahu beli sudah siap dibungkus
tapi ada di tulis harganya di situ atau pun kalau tidak mahu yang ada
harga boleh minta tolong bungkuskan yang baru. |
![]() |
|---|
Udang halus Sabah Yang
ini ada juga yang sebut udang kering halus, udang geragau dan udang
bubuk. Udang ni pun boleh anda beli di pasar-pasar besar setiap daerah
di Sabah dan seperti biasa anda
boleh buat pilihan kalau mahu beli iaitu yang sudah siap dibungkus tapi ada di tulis
harganya di situ atau pun kalau tidak mahu yang ada harga boleh minta
tolong bungkuskan yang baru. |
![]() |
|---|
Ikang Kering Sabah Ikan
kering ni disebut juga ikan masin oleh penduduk tempatan dan boleh di
beli di pasar besar, kedai runcit dan kadang kala ada juga penjual tepi
jalan yang menjualnya. Kalau di pasar besar boleh pilih bungkus yang
baru tiada tanda harga tapi kalau di kedai runcit atau gerai tepi jalan
tidak boleh. Kalau bawa naik kapal terbang pastikan bungkus elok-elok supaya baunya tidak keluar. |
![]() |
|---|
Mutiara Sabah Sabah terkenal dengan mutiara berkualiti jadi
tidak hairan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang beli
mutiara daripada negeri ini. Tempat beli mutiara ni adalah di kedai
cenderahati atau di pasar besar bahagian perhiasan dan kraftangan seperti pasar besar Kota Kinabalu dan Sandakan. Tapi kalau mahu beli di pasar besar pastikan bawa kawan dari kalangan penduduk tempatan yang sudah biasa dengan mutiara Sabah agar anda tidak tersalah beli. |
![]() |
|---|
| Kopi Tenom Sabah Antara
kopi yang mempunyai rasa yang sedap dan sangat terkenal di kalangan
penduduk negeri ini. Kopi ni banyak di jual di kedai runcit,
supermarket, hypermarket, online dan lain-lain lagi. Biasa ada dua
pilihan iaitu yang jenis kasar dan juga jenis halus, tapi lebih ramai
yang memilih yang kasar sebab rasa kopi kalau yang jenis kasar ni lebih
harum dan sedap. |
![]() |
|---|
| Amplang Sabah Amplang
adalah antara makanan ringan jenis keropok yang sangat popular di Sabah
dan sekarang ni ada dua jenis untuk anda pilih iaitu satu yang jenis
biasa seperti gambar di atas dan satu lagi yang pedas sikit dan warnanya
juga berbeza. Kalau mahu beli keropok ni mudah saja sebab banyak jual
di pasar besar, pasar minggu, gerai tepi jalan, supermarket, online dan
sebagainya. |
![]() |
|---|
Kuih Cincin Antara
kuih yang sangat popular di Sabah dan juga kini ramai rakan-rakan di
semenanjung yang minat dengan kuih ini. Bagi anda yang datang ke Sabah
dan ingin mencari kuih ni bolehlah ke pasar besar atau pasar minggu dan
kadang kala ada sesetengah supermarket yang menjualnya. |
![]() Kredit gambar : mysabah |
|---|
Kraftangan Bakul Kraftangan
Bakul Sabah ni banyak jenis sebenarnya iaitu seperti seperti bakul,
tudung saji dan lain-lain lagi dan boleh beli di mana-mana kedai
cenderahati seluruh Sabah, kalau hujung minggu pula boleh beli di pasar
minggu atau pasar tamu iaitu seperti Tamu Kota Belud, Pasar Minggu Jalan
Gaya Kota Kinabalu dan lain-lain lagi. |
![]() |
|---|
| Ikan Bilis Mata Biru Ikan
bilis mata biru adalah antara ikan bilis yang popular di Sabah dan juga
Malaysia secara amnya. Ramai yang suka makan ikan bilis jenis ini
kerana ia lebih rangup lagi pun kecil mudah untuk di makan berbanding
yang lain. Tempat beli pula, boleh beli di pasar-pasar besar setiap
daerah di Sabah dan ada sesetengah tempat yang mungkin ada jual di pasar
minggu dan pasar tamu. |
![]() |
|---|
| Ikan Bilis Kopek Ikan
bilis kopek ialah ikan bilis yang telah dibuang kepalanya dan dibelah
dua, ini adalah bertujuan agar dapat memudahkan pembeli untuk tidak
perlu lagi membersihkannya dan ikan itu juga nanti dapat digoreng dengan
lebih rangup. Ikan bilis kopek ni juga boleh beli di pasar besar yang
dijual sama tempat dengan makanan kering lain seperti udang kering. |
![]() |
|---|
| Keychain & Cenderhati Keychain
dan cenderaharti seperti patung banyak dijual di kedai-kedai
cenderahati dan juga kadang kala di tamu mingguan. Biasanya keychain dan
patung yang dijual ni adalah yang berkaitan dengan Negeri Sabahseperti
gambar orang utan, monyet proboscis, gambar gunung kinabalu dan
sebaainya. |
![]() |
|---|
Durian Merah Durian
merah adalah antara durian yang popular di Sabah khususnya dikalangan
penduduk tempatan negeri ini dan durian ini banyak digunakan untuk
membuat sambal dan anda boleh beli durian ini di gerai tepi jalan atau
pasar minggu dan pasar tani tetapi jarang-jarang ada dijual sebab ikut
musim. |
![]() |
|---|
| Buah Bambangan Sabah Buah
bambangan ni bentuknya seperti mangga tapi saiz buah ni adalah lebih
besar dan rasanya sangat manis serta mempunyai banyak kebaikan. Kalau
anda mahu cari buah ni boleh cuba singgah ke gerai tepi jalan yang
menjual buah-buahan, pasar tani dan juga pasar minggu. Seperti juga
buah-buah lain, buah ini juga ikut musim untuk dijual. |
![]() Kredit gambar : mysabah |
|---|
| Kraftangan hiasan Kraftangan
hiasan tempatan adalah seperti Beg, scarve, selendang dan lain-lain
lagi dan biasanya ia di jual di pasar besar bahagian pakaian dan juga di
kedai cenderahati seluruh negeri ini. Tapi kalau mahu mudah sebaiknya
pergi di kedai cenderahati sahaja sebab lebih banyak pilihan cenderahati
yang ada di jual di kedai tersebut. |
![]() Kredit gambar : mysabah |
|---|
| Teh Sabah Teh Sabah adalah teh yang popular di kalangan penduduk tempatan Negeri
Sabah dan mempunyai ladang sendiri yang terletak di daerah Ranau, untuk
beli Teh Sabah boleh beli di kedai cenderahati, supermarket dan
kedai-kedai runcit tertentu. Tetapi kalau mahu lebih menarik bolehlah
terus melawat ke Ladang Teh Sabah di Ranau dan beli teh tu di sana dan
boleh cuba rasa beberapa menu makanan dan minuman berasaskan teh yang
ada di jual di sini. |















Ulasan
Catat Ulasan