Pakalangan Bay merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang boleh anda kunjungi oleh anda seisi keluarga apabila datang beramai-ramai apabila berada di daerah Semporna. Tempat ini terletak di daerah Semporna, iaitu lebih kurang 20 km atau kira-kira 28 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Semporna.
Pakalangan Bay merupakan salah satu tempat menarik
di daerah Semporna, tempat ini adalah sebuah tempat rekreasi atau riadah seisi keluarga yang boleh anda kunjungi sekiranya berada di daerah ini, tidak kira sama ada anda penduduk daerah ini, penduduk yang datang dari daerah lain atau pelancong dari dalam dan luar negara yang dattang ke Semporna. Tempat ni terletak di Kampung Pakalangan iaitu lebih kurang 20 km atau kira-kira 28 minit perjalanan daripada Bandar Semporna, tidaklah juga terlalu jauh jadi anda boleh ke sini pada bila-bila masa sahaja hari biasa atau pun ketika musim cuti seperti cuti hujung minggu dan ketika musim cuti sekolah dengan membawa keluarga serta anak-anak ke sini yang sudah pasti akan menggembirakan mereka apabila datang ke sini. Pemandangan di sini sememangnya cantik lebih-lebih lagi pemandangan ke arah laut yang terbentang luas dan boleh kelihatan beberapa pulau kecil yang berada dilautan, landskap di sini pun di susun dan dihias dengan begitu indah, selain itu suasana di sini juga amatlah menenangkan fikiran terutama sekali apabila anda datang pada waktu yang tidak ramai orang, tapi kalau ramai orang tu mungkin akan bunyi bising jugalah dengan orang ramai bercerita tetapi apa pun ianya tidak akan mengganggu ketenangan percutian anda ke sini. Oleh itu sekirany anda tidak mahu ke sini ketika ramai orang maka sebaiknya rancang perjalanan dengan baik dan carilah satu hari yang sesuai untuk datang bersama keluarga yang anda rasa tidak ramai orang pada waktu tersebut, contohnya pada hari-hari biasa yang biasanya tidak terlalu ramai orang pada waktu itu, tapi apa pun ia terpulang pada anda sendiri bila mahu datang, yang penting adalah percutian anda ke sini berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
Jadi pastikan anda datang ke sini bila berada di daerah Semporna sebab rugi rasanya tidak datang ke tempat ini sebab lokasinya pun tidak jauh juga dari bandar dan bayaran masuk juga sangatlah murah dan sangat berbaloi. Bagi anda yang ingin mencari tempat riadah atau berkelah bersama keluarga dan sambil mengambil gambar atau berselfie dengan pemandangan yang cantik untuk dimasukkan dalam media sosial, rasanya tempat ini adalah sesuai untuk anda. Yang menariknya juga di sini ialah walaupun bayaran masuk ke sini adalah murah tetapi para pengunjung dapat menggunakan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Pakalangan Bay, kemudahan yang disediakan ni semua adalah bertujuan untuk memudahkan para pengunjung sepanjang mereka berada di tempat ini sekaligus dapatlah memberikan kegembiraan dan kepuasan hati kepada mereka bila datang bercuti ke sini. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah ketika mendaftar masuk anda akan diberikan air minuman percuma, selain itu kemudahan tempat letak kereta juga ada disediakan secara percuma berhampiran dengan pintu masuk, cuma kalau waktu tu hujan mungkin kawasan tempat letak kereta agak berlumpur sedikit, tapi tidak jadi masalah juga dan tidak menjejaskan kenderaanm, mungkin masa akan datang dapat diperbaiki lagi seperti membuat simen atau cuma gunakan batu untuk tutup kawasan berlumpur tersebut agar ianya dapat memudahkan lagi para pengunjung apabila datang ke sini khususnya ketika musim hujan. Tandas dan bilik persalinan juga ada disediakan di sini secara percuma, jadi kalau anda sudah habis mandi di laut tu bolehlah berbilas dan salin pakaian di bilik persalinan tersebut dan kalau boleh jangan buang sampah di tandas atau bilik mandi sebab pengunjung lain pun mahu gunakan.
Kemudahan yang lain ialah di sini juga disediakan cafe untuk anda menjamu selera sama ada makan atau minum, ada banyak minuman yang dijual di sini termasuklah air kelapa muda dan juga cendol untuk anda nikmati setelah penat bersiar-siar di tempat rekreasi ini. Sekiranya ingin berjimat boleh juga membawa makanan dan minuman sendiri dari rumah untuk menjamu selera di sini sambil melihat keindahan laut yang terbentang luas, pilihan lain untuk menjamu selera di sini ialah dengan memasak sendiri menggunakan kemudahan BBQ yang ada disediakan oleh pihak pengurusan secara percuma, anda boleh beli makanan basah di pasar raya berhampiran tempat ini atau pun membeli siap-siap dari Bandar Semporna sebelum berjalan menunju ke sini, kemudahan BBQ ni terhad oleh itu sekiranya anda datang ketika waktu puncak atau musim cuti seperti hujung minggu memang susah sikit dapat kemudahan ni sebab selalu penuh. Apa pun itu semua adalah pilihan anda sama ada mahu menjamu selera di sini atau datang ke sini untuk bersiar-siar dan juga beriadah sahaja sambil melakukan aktiviti yang lain lagi. Kemudahan meja dan kerusi juga banyak disediakan di tempat ini termasuklah beberapa buah pondok rehat yang berhampiran dengan laut, kemudahan ni juga disediakan secara percuma buat semua para pengunjung yang datang tapi macam biasa kalau masa tu ramai orang memang susah sikit anda dapat tempat pondok rehat tersebut, jadi kalau anda datang ketika cuti terutama sekali hujung minggu maka sebaiknya datang awal sikit ke sini agar mudah untuk mendapatkan kemudahan yang ada di sini. Kalau datang awal pun tidak jadi masalah sebab bayaran masuknya tu cuma sekali bayar sahaja dan bagi yang muslim sekiranya datang awal ke sini anda boleh gunakan kemudahan surau untuk solat jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang atau mencari tempat lain untuk solat.
Sekiranya kamera atau telefon anda habis cas, atau mungkin anda mahu menggunakan kipas angin serta apa-apa lagi peralatan lain yang memerlukan penggunakan elektrik maka bolehlah cuba tanya dengan petugas atau kakitangan di sini nanti mereka yang akan mengaturkan kemudahan tersebut untuk anda, tapi kemudahan elektrik ini bukan percuma ya, ianya akan dikenakan bayaran sedikit iaitu bayar dalam RM10.00 itu pun jika betul-betul memerlukan. Jambatan ke laut juga ada disediakan di sini sekiranya anda mahu berjalan bersiar sambil mengambil gambar dengan lebih menarik, cuma perlu ingat bahawa jambatan tu atas laut dan walaupun jambatan tu berpagar tetapi perlu juga sentiasa pastikan menjaga keselamatan diri anda dan keluarga terutama sekali jika ada membawa anak yang masih kecil. Sesiapa yang mahu beri makan kepada ikan yang ada di kolam ikan bolehlah beli makanan ikan tersebut yang ada dijual di sini dan jangan beli makanan ikan daripada luar sebab makanan dari luar tidak dibenarkan beri makan kepada ikan di sini. Banyak lagi sebenarnya kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Pakalangan Bay buat anda semua para tetamu, walaupun mungkin ada kemudahan yang mungkin anda rasa tidak berapa baik tapi pihak pengurusan di sini akan cuba untuk menambahbaik dan peringkatkan lagi mutu kemudahan dan perkhidmatan yang ada. Untuk lebih ringkas di bawah ni adalah beberapa kemudahan yang ada disediakan di sini :
Kemudahan :
01. Surau
02. Tandas
03. Bilik persalinan
04. Tempat letak kereta
05. Tempat BBQ
06. Tempat duduk
07. Meja
08. Pondok rehat
09. Jambatan ke laut
10. Kemudahan elektrik
11. Makanan ikan
12. Air minuman
13. Cafe/restoran
14. Pasar raya
15. Kedai cenderahati
Aktiviti di sini tidak banyak sebab biasanya orang ke sini lebih kepada berehat dan beriadah bersama keluarga sambil mengambil gambar keindahan pemandangan laut, tapi aktiviti yang boleh anda lakukan di sini boleh dikira menarik juga sebab dapat dilakukan bersama-sama dengan keluarga atau rakan bila berkunjung ke sini iaitu seperti aktiviti memasak BBQ, bila anda datang cuti ke sini bersama sesisi keluarga atau mungkin dengan satu kumpulan yang ramai memang seronok bila lakukan aktiviti BBQ sebab dapat masak bersama kemudian ramai-ramai duduk di pondok rehat dan menjamu selera sambil melihat keindahan alam semulajadi dan bercerita kenangan masing-masing yang sekaligus dapat jalin dan eratkan lagi tali silaturrahim antara satu sama lain. Seperti yang diterangkan di atas tadi, aktiviti BBQ ni kemudahannya adalah terhad jadi kalau mahu buat BBQ pastikan anda datang awal sedikit ke sini agar anda dapat kemudahan tersebut tanpa perlu menunggu lama. Aktiviti lain ialah mandi di laut, untuk aktiviti mandi laut ni anda adalah sangat diharapkan dapat menjaga keselamatan masing-masing semasa mandi atau pun ketika berada di tepi pantai terutama sekali jika bersama anak yang masih kecil dan pastikan bertanya dahulu dengan kakitangan di sini sekiranya dibenarkan untuk mandi laut. Aktiviti seterusnya ialah dengan memberikan makan kepada ikan atau pun boleh juga memancing ikan di kolam yang ada di sini, cuma tidak pasti lagi sama ada memancing ni ada dikenakan bayaran atau tidak tetapi anda perlulah membawa pancing sendiri dari rumah. Selain itu adalah aktiviti beriadah dan berjalan dan bersiar di sekitar Pakalangan Bay ni sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan percutian ke sini dan dikongsikan kepada keluarga dan rakan lain di luar sana.
Untuk ke sini anda boleh kalau dari Bandar Semporna boleh naik teksi atau e-hailing untuk hantar anda ke sini tapi bayaran mungkin mahal sikit, jadi adalah lebih baik sekiranya anda dapat memandu kereta sendiri ke sini. Kalau anda datang dari luar daerah seperi Kota Kinabalu atau Sandakan, bolehlah naik bas express yang menuju ke Semporna lepastu kalau ada lesen memandu boleh sewa kereta untuk lebih mudahkan perjalanan anda, tapi kalau tiada lesen boleh sewa teksi sahaja atau perkhidmatan e-hailing lain. Kalau dari luar daerah naik kapal terbang maka anda akan mendarat di Tawau, lepas tu bolehlah naik bas saja dari Tawau ke Semporna untuk lebih jimat, selepas tu boleh sewa kereta di Semporna atau naik teksi dan e-hailing.
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 10 malam
Bayaran masuk :
RM2.00 : Dewasa
RM1.00 : Kanak-kanak bawah 12 tahun
RM1.00 : Kanak-kanak bawah 12 tahun
Percuma : Bayi & OKU
Bayaran elektrik :
Bayaran elektrik :
RM10.00 (jika perlu)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pengurusan Pakalangan Bay di alamt seperti di bawah :
Hubungi :
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi pengurusan Pakalangan Bay di alamt seperti di bawah :
Hubungi :
Pakalangan Bay
Telefon : +6019 869 7597
Telefon : +6019 869 7597
Ulasan
Catat Ulasan