Langkau ke kandungan utama

Pammos View

Pammos View merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat menarik ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tenom, lebih kurang 23.8 km dari Pekan Tenom.

PAMMOS VIEW


Kredit gambar : Pammos View

Pammos View merupakan salah satu tempat menarik di Tenom yang boleh dikunjungi orang ramai seperti penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah terutamanya ke daerah Tenom. Tempat ini terletak di Kampung Pamilaan, Tenom iaitu lebih kurang 23.8 km atau kira-kira 25 minit perjalanan dari Pekan Tenom melalui Jalan Tenom-Keningau dan lebih kurang 132 km atau kira-kira 2 jam 15 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Keningau-Kimanis. Pammos View adalah taman rekreasi yang berkonsepkan suasana perkampungan dan kebanyakkan landskap ditaman ini adalah dari alam semulajadi seperti sungai dan lain-lain lagi. Tempat ini sememangnya amat sesuai untuk beriada bersama keluarga atau rakan-rakan ketika cuti iaitu seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu, oleh itu tidak hairanlah tempat ini sering dipenuhi oleh orang ramai pada musim cuti terutamanya pengunjung dari sekitar daerah Tenom.

Bagi anda yang mahu mencari tempat bercuti sambil menenangkan fikiran dari kesibukan di bandar, bolehlah cuba untuk datang ke sini dengan membawa anak-anak bersama atau datang bersama rakan-rakan yang akan membuatkan anda, rakan atau anak-anak anda merasa gembira dan apabila dapat lihat anak-anak gembira tentunya hati ibu bapa pun akan turut sama gembira. Walaupun taman rekreasi ini tidak terlalu besar namun ianya sudah cukup cantik dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan juga terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini. Sekiranya anda datang dari jauh iaitu dari luar daerah Tenom, anda tidak perlu risau tentang penginapan sebab di sini pun ada disediakan penginapan untuk disewa dengan kelengkapan yang baik dan memuaskan jadi anda bolehlah pilih penginapan di sini atau boleh juga kalau mahu pergi balik dari sini.


Sekiranya anda tidak mahu menginap di penginapan, bolehlah bawa khemah dan berkhemah di tempat atau tapak perkhemahan yang telah disediakan di sini. Kalau anda tidak mempunyai khemah sebaiknya anda bertanya pada pihak pengurusan Pammos View sekiranya mereka ada khemah yang boleh disewa. Walaupun mungkin tempat ini jauh iaitu terletak di Bahagian Pedalaman Sabah Beaufort, tetapi ianya pasti akan membuatkan anda rasa teruja dan berbaloi apabila datang bercuti serta beriadah bersama rakan atau keluarga di sini. Antara yang menarik dan menjadi pilihan orang ramai datang ke Pammos View adalah adanya sungai yang mengalir jernih dan bersih, jadi anda boleh mandi manda di sungai ini dengan bebas tetapi sentiasa jaga keselamatan anda apabila mandi di sungai. Selain itu pemandangan di sini juga cukup indah serta cantik dengan udara yang segar kerana taman rekreasi ini berkonsepkan perkampungan yang sudah semestinya mempunyai udara yang bersih.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah seperti :

 Aktiviti :

01. Mandi di sungai
02. Agro-pelancongan
03. Perkhemahan 
04. Berkelah
05. Barbeque
06. Sukaneka
07. Hari keluarga
08. Mendaki
09. Kerja berkumpulan
10. Seminar (di dewan) 
11. Meredah hutan

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Pammos View ini, biarpun jauh tetapi kemudahan pun banyak juga disediakan di sini, jadi anda tidak perlu risau sekiranya ingin ke sini. Kemudahan yang ada di sini sebaiknya anda buat tempahan lebih awal agar anda tidak terlepas peluang ke sini seperti tempahan penginapan, tempat barbeque, perkhemahan dan lain-lain lagi. Lagi pun sekiranya anda buat tempahan lebih awal, bolehlah pihak pengurusan Pammos View menyediakan apa yang anda mahukan. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Pammos View ialah :

Kemudahan :

01. Penginapan 
02. Kedai runcit
03. Tapak perkhemahan
04. Tempat solat (surau)
05. Tempat barbeque
06. Pondok rehat
07. Tandas
08. Tempat letak kereta
09. Pelampung mandi
10. Kipas penginapan
11. Penghawa dingin
12. Tong sampah
13. Tempat duduk
14. Gerai buah-buahan
15. Plug point

Sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini sama ada lawatan sehari atau pun bermalam, anda boleh juga untuk membuat beberapa persiapan atau persediaan agar ia lebih memudahkan perjalanan dan juga percutian anda ke sini. Persiapan ini adalah seperti apa yang perlu anda bawa untuk kegunaan anda bila sudah berada di tempat ini nanti. Antara yang anda boleh bawa adalah seperti :

Barang di bawa :

01. Payung/topi
02. Baju hujan
03. Barang masakan (barbeque)  
04. Kaca mata hitam
05. Kamera/video kamera
06. Sejadah solat
07. Makanan ringan
08. Minuman
09. Tuala mandi
10. Peralatan mandian
11. Pakaian lebih
12. Pakaian mandi tutup aurat
13. Pakaian mendaki/meredah hutan
14. Lampu suluh
15. Khemah (jika ada)
16. Ubat (jika ada sakit)
17. Duit lebih (penginapan dan makan)

Untuk ke tempat ini pelancong atau pengunjung boleh menaiki bas ekspress dari Kota Kinabalu yang terletak di Jalan Padang, Bandaran Berjaya dan biasanya bas bertolak sekitar jam 8 sehingga 6 petang. Selepas sampai di Tenom anda bolehlah menyewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu tersebut untuk hantar anda ke Pammos View. Selain itu adalah lebih baik sekiranya anda memandu kenderaan sendiri atau boleh menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik sekaligus membolehkan anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Tenom.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Seorang : RM3.00
Bawah 5 tahun : Percuma

Harga penginapan :
Family Chalet : RM280.00 /malam
Studio Chalet : RM120.00 /malam

Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Pammos View di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Pammos View
Kampung Pamilaan, Batu 15.5, 
Jalan Tenom Keningau,
89907, Tenom
Sabah, Malaysia.
Telefon : 019-534 1000
Website : Pammos View

Nota :

01. Sungai di sini memang tenang tetapi ada beberapa bahagian yang mungkin arusnya agak laju, selain itu batuan di tebing sungai juga adalah dalam saiz yang besar, jadi anda perlu sentiasa berhati-hati bila berada di sungai atau berhampiran kawasan sungai.


Ulasan