Langkau ke kandungan utama

Pangapuyan Campsite

Pangapuyan Campsite merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk aktiviti berkhemah yang berhampiran dengan sungai. Tempat ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai pilihan untuk beriadah bersama keluarga ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah dan ia terletak di dalam daerah Kota Marudu iaitu jaraknya cuma lebih kurang 4.8 km sahaja dari Pekan Kota Marudu.

PANGAPUYAN CAMPSITE


Kredit gambar : mdkotamarudu


Kredit gambar : Xploresabah


Pangapuyan Campsite merupakan sebuah kawasan tapak perkhemahan yang menarik di Kota Marudu untuk mereka yang berminat dengan aktiviti berkhemah bersama keluarga atau pun rakan taulan. Tapak perkhemahan ini terletak berhampiran dengan Sungai Pangapuyan yang terletak di dalam daerah Kota Marudu iaitu lebih kurang 4.8 km atau kira-kira 9 minit sahaja perjalanan menaiki kenderaan kalau dari Pekan Kota Mardudu, tapi kalau anda datang dari Kota Kinabalu memang jauh yang mana ianya akan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan jarak sejauh kira-kira 70 km bila dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Tempat ini sememangnya sangat menarik untuk aktiviti perkhemahan sebab ia berada jauh dari kesibukan bandar serta pekan, oleh itu suasana di sini sangat tenang yang mana hanya kedengaran bunyi aliran sungai yang mengalir, selain itu dengan lokasinya yang terletak berhampiran dengan sungai yang jernih dan diliputi hutan dan juga alam semulajadi yang subur menghijau sangatlah menyegarkan udara di sekitar kawasan ini. Tapak perkhemahan ni sudah terkenal dikalangan penduduk tempatan yang tinggal dalam daerah ini serta daerah lain yang berhampiran
seperti Pitas dan Kudat, jadi kalau hujung minggu memang ramai penduduk dari daerah-daerah tadi yang datang ke tempat ini untuk beriadah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain sambil menenangkan fikiran setelah sibuk berkerja beberapa hari.dalam seminggu.

Di sini hanyalah sebuah kawasan tapak perkhemahan jadi kemungkinan kemudahan tu tidaklah banyak dan kemudahan yang disediakan juga adalah asas saja yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai atau pengunjung yang datang ke sini tidak kira sama ada untuk berkhemah atau pun untuk lawatan sehari beriadah sahaja. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak Pangapuyan Campsite ialah seperti tandas dan bilik persalinan yang bertujuan untuk memudahkan pengunjung yang ingin gunakan tandas atau menyalin pakaian kering setelah mandi di sungai. Bila ada kemudahan tandas dan bilik mandi ni maka tidak perlulah para pengunjung risau untuk mencari kemudahan tersebut di tempat lebih jauh yang mungkin akan menyukarkan dan menyusahkan mereka lagi. Kemudahan lain ialah di sini ada juga disediakan kemudahan tempat untuk memasak BBQ, tapi apa yang perlu anda sediakan ialah bawa makanan basah yang ingin di masak nanti, kalau kurang barulah pergi ke Pekan Kota Marudu untuk beli barang makanan tambahan sebab tidak juga jauh betul tempat ni dari pekan. Oleh kerana tempat ni adalah kawasan tapak perkhemahan maka sudah tentulah ada kemudahan tapak untuk berkhemah yang telah disiap sediakan oleh pengurusan di sini buat mereka yang mahu berkhemah tetapi pastikan buat tempahan awal agar pihak Pangapuyan Campsite dapat memastikan ada kekosongan ruang tempat anda berkhemah terutama sekali sekiranya anda memilih datang ke sini sewaktu hujung minggu atau pada musim cuti sekolah, untuk kemudahan khemah tidak pasti kalau pihak pengurusan ada menyediakan khemah tapi anda boleh bertanya terlebih dahulu dengan pihak di sini, kalau anda ada khemah sendiri maka adalah lebih baik bawa khemah sendiri untuk jimatkan lagi kos.


Kemudahan seterusnya ialah di sini juga ada pengawal yang bertugas untuk menjaga keselamatan anda terutamanya bila berkhemah dan bermalam di tempat ini, pegawal ni adalah dari kalangan kakitangan dan pihak pengurusan Pangapuyan Campsite, apa pun anda mestilah juga menjaga keselamatan diri sendiri iaitu ketika mandi di sungai sebab banyak batu yang timbul di tepi dan dalam sungai. Tempat letak kereta juga turut disediakan di sini agar dapat memudahkan mereka yang datang ke sini dengan menaiki kereta untuk meletakkan kereta mereka berhampiran dengan kawasan tapak perkhemahan agar mudah untuk dilihat dan dijaga lebih-lebih lagi pada waktu malam. Kemudahan restoran memang tidak ada di tapak perkhemahan ni tapi kalau anda mahu makan di restoran bolehlah memandu ke pekan yang terletak cuma 4.8 km sahaja dari sini dan boleh terus beli barang makanan ringan jika mahu untuk anda makan pada waktu malam hari sekiranya terasa lapar semasa berkhemah. Sebaiknya juga sebelum anda datang ke sini buatlah persediaan mengenai barang apa yang dirasakan perlu untuk di bawa bila ingin berkhemah di tempat ini sebab dengan adanya persediaan ini tidak perlulah anda berulang alik terus ke pekan untuk mencari barangan keperluan. Antara beberapa barangan yang rasanya boleh anda bawa jika datang ke tempat ini ialah seperti :

Barang di bawa :

01. Khemah
02. Selimut tebal
03. Baju tebal
04. Sembur halau nyamuk
05. Lampu suluh
06. Tempat simpan makanan
07. Makanan/minuman
08. Beg tidur kalis air
09. Bahan masakan
10. Tali (jika perlu)
11. Pemetik api
12. Powerbank
13. Peti kecemasan
14. Kipas usb rechargeable
15. Meja & kerusi
16. Dapur gas kecil (jika perlu)
17. Pisau lipat

Di atas ni adalah beberapa barangan yang mungkin boleh di bawa bila berkhemah, bagi yang muslim pula selain daripada senarai di atas ni, anda mungkin boleh tambahkan beberapa barang keperluan lain seperti kompas untuk lihat kiblat, sejadah, telekung solat bagi muslimah dan pakaian mandi di sungai yang menutup aurat sebab sungai ni adalah kawasan terbuka jadi sebaiknya anda menyediakan pakaian yang sesuai untuk mandi. Anda juga boleh memilih untuk bersolat di Masjid Pekan Kota Marudu yang mana lokasinya adalah tidak jauh dan cuma memakan masa lebih kurang 10 minit perjalanan sahaja dengan menaiki kenderaan dari tempat tapak perkhemahan. Sekiranya ada lagi barangan lain yang anda rasa tidak tersenarai dalam senarai di atas bolehlah bawa sahaja mengikut apa yang anda rasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan lagi sepanjang percutian anda di sini.

Aktiviti di sini tidak terlalu banyak tetapi ianya sangat berbaloi bila datang ke sini sebabnya anda dapat merasai dan melihat keindahan alam semulajadi yang indah dengan suasana yang tenang, antara yang boleh anda buat bila berada di sini ialah yang pertama aktiviti berkhemah yang mana tapak berkhemah ni terletak berhampiran sahaja dengan Sungai Pangapuyan yang mengalir begitu jernih dan di sungai ini juga anda boleh buat aktiviti mandi manda bersama keluarga dan rakan-rakan, tetapi perlu diingatkan bahawa sepanjang sungai ini batu yang ada di tebing dan di dalam sungai adalah besar jadi pastikanlah jaga keselamatan anda sepanjang berada di dalam sungai atau pun ketika berada di tepi sungai sebab kemungkinan batu-batu tersebut adalah licin yang boleh menyebabkan anda terjatuh terutamanya bila ada membawa bersama kanak-kanak. Sepanjang anda mandi di sungai ni juga sila ikut segala peraturan yang diberikan atau ditetapkan, ini adalah agar dapat menjamin keselamatan anda dan keluarga lebih terjaga sepanjang berada di sungai. Aktiviti seterusnya ialah di sini anda boleh juga memasak BBQ di tempat yang telah disediakan khas untuk aktiviti tersebut, memang seronok bila dapat buat aktiviti ini bersama keluarga dan rakan-rakan, memasak bersama kemudian duduk dan makan bersama di hadapan khemah dan unggun api sambil melihat keindahan malam diterangi bulan dan bintang yang sudah pasti akan memberikan satu pengalaman yang cukup berharga buat anda. Aktiviti lain ialah pergi melawat tempat menarik sekitar Kota Marudu iaitu seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Pantai Mandawang
02. Sarayo Campground
03. Mendaki Bukit Mundan
04. Taman Rekreasi Pampang
05. Walai Rabbit & Tunggung
06. Walai Tobilung
07. Pantai Ria Ulu Kanarom
08. Sulap Tokou Serinsim
09. Marudu Park
10. Pekan Kota Marudu

Untuk
ke sini, bagi anda yang datang dari luar daerah Kota Marudu bolehlah naik bas yang menuju ke Kota Marudu, lepas tu boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk bawa anda ke sini sebab tidak jauh juga jadi tambang pun tidaklah mahal, tetapi sangat-sangat digalakkan jika dapat memandu kereta sendiri untuk datang ke tempat ini agar dapat dapat memudahkan anda pergi dan balik dari sini dan membeli barang keperluan lain sekiranya ada kekurangan terutama sekali bila anda datang ke sini untuk berkhemah. Selain itu kalau ada kereta sendiri bolehlah pergi melawat tempat menarik di seperti disebutkan di atas tadi sebab Kota Marudu adalah jauh jadi bila lagi dapat peluang melawat tempat yang menarik di daerah kecil ini.


Ulasan