Langkau ke kandungan utama

Pantai Bak-Bak

Pantai Bak-Bak merupakan salah satu pantai yang terdapat di negeri Sabah. Pantai Bak-Bak yang cantik ini terletak di dalam daerah Kudat, iaitu lebih kurang 21 km dari Bandar Kudat, Sabah.

PANTAI BAK-BAK

Credit Gambar : Wikipedia

Pantai Bak-Bak merupakan salah satu pantai di Sabah yang terletak di daerah Kudat. Pantai ini terletak kira-kira 21 km dari Bandar Kudat atau 175 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Pantai ini merupakan salah satu pantai yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar daerah Kudat untuk beriadah ketika cuti atau hujung minggu.

Pengunjung yang datang ke pantai ini sudah pasti akan dapat menikmati satu pemandangan yang cukup indah sambil menghirup udara yang segar dan dapat melihat keindahan air laut yang jernih dan terbentang luas sekaligus dapat memberikan ketenangan kepada para pengunjung. Selain itu di sini juga anda akan berpeluang melihat keindahan suasana matahari terbenam.


Berhampiran dengan Pantai Bak-Bak ini terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk kemudahan para pengunjung yang datang ke sini untuk beriadah iaitu seperti gerai-gerai makan, laluan berbasikal, laluan berjalan kaki dan beberapa pondok rekreasi untuk para pengunjung berehat untuk menikmati juadah sambil menikmati keindahan Pantai Bak-Bak.  

Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang akan memakan masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke daerah Kudat. Kemudian dari Bandar Kudat boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke pantai ini yang akan memakan masa kira-kira 10-15 minit. Tapi kalau ada kereta sendiri atau menyewa kenderaan dan pandu sendiri (yang penting anda ada lesen) akan lebih memudahkan perjalanan disamping dapt melawat tempat menarik sekitar daerah Kudat.

Ulasan