Pantai Bavang Jamal merupakan salah satu pantai yang terdapat di negeri Sabah. Pantai ini adalah pantai yang sangat cantik serta putih bersih dan terletak di dalam daerah Kudat, Sabah.
PANTAI BAVANG JAMAL
Kredit Gambar : Bavang
Pantai Bavang Jamal merupakan salah satu pantai yang terdapat di Sabah. Pantai ini terletak di Daerah Kudat Pantai iaitu lebih kurang 185 km atau kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 27 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Bandar Kudat. Pantai ini tidak juga jauh dengan Tanjung Simpang Mengayau, jadi bolehlah melawat sekali ke Simpang Mengayau kalau datang ke sini. Pantai ini mempunyai kepanjangan pantai sekitar 1 km dan memang sesuai untuk anda seisi keluarga datang ke sini meluangkan masa di waktu cuti seperti berkelah atau beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Pengunjung yang datang ke sini akan dapat melihat keindahan pantai yang cukup indah dan panjang di samping pasirnya yang putih bersih. Dari sini juga pengunjung boleh melihat keindahan pemandangan matahari terbenam yang pasti akan membuatkan anda lebih teruja. Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh anda lakukan bila ke pantai ini iaitu seperti mandi di tepi pantai, berkelah, snorkeling dan lain-lain lagi. Pantai ini tidak begitu ramai yang ke sini mungkin sebab kedudukannya yang jauh tetapi ia amat sesuai bagi yang suka suasana yang aman dan tenteram kerana tidak ramai orang. Dengan itu bolehlah anda ke sini bersama keluarga bercuti sambil menenangkan fikiran tanpa gangguan sebarang bunyi bising seperti di kawasan bandar.
Di sini selain daripada melakukan aktiviti seperti yang disebutkan tadi, anda juga boleh menyewa bot untuk pergi bersiar-siar di laut dan juga juga untuk memancing. Yang mahu menyewa bot tersebut untuk bersiar-siar di laut atau memancing biasanya ada had bilangan penumpang yang boleh naik dalam satu-satu masa untuk menjaga keselamatan. Bagi yang mahu memancing tu biasanya ia dilakukan pada waktu malam iaitu dari jam 4 petang sampai 8 pagi keesokan harinya, jadi anda mungkin akan memancing semalaman atau tidur di laut. Penyewaan bot untuk bersiar-siar atau memancing biasanya akan disediakan jaket keselamatan untuk kegunaan anda semasa menaiki bot. Tapi jangan lupa bawa sarung telefon kalis air agar telefon anda tidak terkena air laut yang masin.
Bagi pengunjung yang mahu datang ke pantai ini dari luar daerah Kudat seperti dari Kota Kinabalu, anda naik bas dari pusat bandar Kota Kinabalu yang menuju ke Kudat yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam, kemudian dari Bandar Kudat anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing yang lain ke sini. Tapi adalah lebih baik sekiranya anda ada kereta sendiri untuk lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik dari sini dan melawat ke tempat menarik lain di sekitar Daerah Kudat. Kalau yang datang dari jauh jangan risau sebab berdekatan dengan pantai ini ada penginapan yang berbentuk seperti rumah panjang, penginapan tersebut di panggil Lupa Masa Longhouse, jadi bolehlah anda pilih untuk bermalam di situ.
Nota :

1. Apa yang penting kalau ke pantai Bavang Jamal ini sentiasa berhati-hati apabila bermain atau berada di tepi pantai atau mandi sebab kadang kala arus atau ombaknya boleh jadi kuat jadi jaga keselamatan diri anda dan juga keluarga terutamanya jika ada membawa anak-anak kecil.
Ulasan
Catat Ulasan