Pantai Dandulit Sandakan merupakan salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah dan pantai ini terletak di daerah Sandakan iaitu kira-kira 34 km dari Pusat Bandar Sandakan.
PANTAI DANDULIT SANDAKAN
Pantai
Dandulit merupakan salah sebuah pantai yang terdapat di Sandakan dan terletak di
Batu 12, Jalan Labuk iaitu lebih kurang cuma 34 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Sandakan. Dahulu jalan raya untuk ke sini masih tidak elok yang mana menyukarkan untuk orang ramai ke sini, namun sekarang ni jalan raya sudah pun berturap yang sudah pasti akan memudahkan perjalanan pada pengunjung yang ingin ke sini, maka sebab tu pantai ini mula dibangunkan atau dimajukan semula oleh penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan lokasi pantai. Oleh kerana pantai ini dimajukan sendiri orang penduduk yang tinggal berhampiran maka untuk masuk ke sini akan dikenakan bayaran tetapi jangan risau sebab bayaran masuk tidaklah mahal, cuma diingatkan pasir di pantai ini bukanlah seperti pantai yang lain ya.
Walaupun pantai ini tidaklah seperti pantai-pantai lain kerana keadaan pasirnya yang tidak putih dan terdapat batu-batu besar barhampirannya, namun jika hujung minggu atau cuti sekolah pantai ini tetap ramai dikunjungi oleh orang ramai yang akan menjadikan ini sebagai tempat mereka untuk beriadah sambil melihat keindahan laut yang terbentang luas. Selain itu pengunjung juga memilih tempat ini untuk beriadah kerana keadaannya persekitarannya yang tenang tanpa bunyi bising seperti di kawasan bandar. Biasanya orang ramai akan datang ke sini pada waktu petang kerana ingin melihat keindahan pemandangan pada waktu petang lebih-lebih lagi apabila waktu matahari terbenam. Tetapi anda boleh datang lebih awal sikit sebab lokasi pantai ini yang agak jauh. Kalau datang awal anda tidak perlu risau sebab bayaran masuk sekali saja lepas tu anda boleh berada di sini berapa lama pun yang anda suka.
Di pantai ni tidak berapa sesuai untuk aktiviti mandi di laut atau bersukan di pantai ini, sebab keadaan pasirnya yang tidak sesuai untuk aktiviti tersebut. Namun tidak perlu risau sebab di sini anda boleh buat beberapa aktiviti lain seperti berjalan di tepian pantai, berkelah, bbq, memancing, mengambil gambar, berkhemah pada waktu malam dan lain-lain lagi. Tempat ni ada 2 kawasan letak kereta, satu di luar pagar masuk dan satu lagi di dalam kawasan yang berhampiran saja dengan pantai, jadi terpulang pada anda mahu letak kereta di mana, cuma rasanya lebih baik letak di dalam pantai sebab bayarannya boleh dikira sesuai dan anda boleh lihat-lihat kereta anda. Apa pun sebelum datang ke sini pastikan bawa barang keperluang yang ingin digunakan sebab tempat ni jauh, antara barang yang mungkin anda boleh bawa ialah seperti makanan dan minuman, selipar, kipas angin, pengecas telefon dan lain-lain lagi.
Pantai ini masih lagi baru dimajukan dan dibuat penambahbaikan, jadi mungkin kemudahan dan juga aktiviti belum berapa banyak lagi yang boleh dilakukan. Tapi anda tidak perlu risau sebab tempat ini memang ada menyediakan beberapa kemudahan yang boleh digunakan pengunjung apabila datang ke sini iaitu seperti tandas, pondok rehat, khemah untuk disewa, tempat letak kereta, tempat memasak bbq dan surau (ada sejadah dan telekung). Oleh kerana tempat ini agak jauh jadi adalah baiknya jika anda boleh memandu kenderaan sendiri ke sini agar perjalanan pergi dan balik anda dari lebih mudah dan lancar serta mudah untuk membawa barang-barang lain.
Bayaran masuk :
Bayaran masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak : RM1.00
Kanak-kanak : RM1.00
Sewa pondok : RM30.00
* Jika mahu bawa masuk kereta untuk parking di dalam kawasan pantai bayaran adalah RM20.00 dan tidak lagi dikenakan bayaran masuk untuk dewasa dan kanak-kanak di atas.
* Jika mahu bawa masuk kereta untuk parking di dalam kawasan pantai bayaran adalah RM20.00 dan tidak lagi dikenakan bayaran masuk untuk dewasa dan kanak-kanak di atas.
Ulasan
Catat Ulasan