Pantai Makuau merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah. Pantai Pimping terletak di daerah Lahad Datu iaitu kira-kira 57 km dari Bandar Lahad Datu, Sabah.
PANTAI MAKUAU
Pantai Makuau merupakan salah sebuah pantai di Sabah yang terletak di dalam daerah Lahad Datu. Pantai Makuau terletak dalam daerah Lahad Datu dan boleh dikira agak jauh dari Pusat Bandar Lahad Datu iaitu lebih kurang cuma 57 km atau kira-kira 1 jam perjalanan dan kalau dari Tawau jaraknya lebih kurang 205 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Tawau. Pantai ini juga adalah pantai yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Lahad Datu untuk datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan terutama sekali ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau ketika hujung minggu.
Pantai ini antara yang agak luas di daerah Lahad Datu, terdapat juga pokok-pokok redup yang tumbuh berhampiran dengan pantai, jadi anda bolehlah berlindung di bawah pokok tersebut sekiranya pada masa itu cuaca panas. Dengan lokasi pantai ini yang agak jauh maka pantai ini masih lagi terlihat indah dengan pantainya putih bersih, dan cantik kerana tidak terdedah dengan sampah dihanyutkan. Jika anda berjalan bersiar-siar di pantai ini pastikan anda menggunakan kasut atau selipar. sebaiknya juga anda buat rancangan untuk datang awal sedikit sebab tempat ini jauh jadi mungkin akan mengambil masa untuk sampai dan anda juga boleh memilih untuk datang pada waktu petang sekiranya ingin melihat keindahan pemandangan matahari terbenam di sini yang cukup cantik. Pastikan bateri kamera atau telefon yang anda bawa adalah penuh dan pastikan juga kamera tersebut mempunyai resolusi yang tinggi agar dapat mengambil gambar dengan lebih jelas dan terang.
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung apabila datang ke Pantai Makuau ini iaitu seperti berjalan atau bersiar-siar di tepi pantai, mandi-mana di laut, berkelah, berbasikal, beriadah, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Pantai ini tidak terlalu ramai orang yang datang ke sini pada hari-hari biasa mungkin disebabkan lokasinya yang jauh dari bandar, tetapi apabila musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu pantai ini selalunya akan dipenuhi oleh orang ramai, oleh itu sekiranya anda ingin ke sini sebaiknya datang awal sedikit. Jika anda melakukan aktiviti di pantai atau pun di laut seperti mandi dan lain-lain lagi sentiasalah menjaga keselamatan terutama jika ada bersama anak kecil.
Pantai Makuau ini agak jauh sikit dari Bandar Lahad Datu, oleh itu jika anda merancang untuk ke sini bersiar-siar dan juga beriadah, sebaiknya anda buat beberapa persiapan awal seperti menyediakan barang yang perlu di bawa untuk kegunaan semasa berada di pantai ini iaitu seperti makanan dan juga minuman sebab tempat ni jauh jadi kalau tidak bawa makanan takut pula kalau anda merasa lapar bila di sini. Lain-lain keperluan tu mungkin anda boleh bawa yang mana penting agar bila sudah sampai di sini tidak lah kelam kabut mahu pergi cari kedai untuk memberi barang keperluan lain lagi. Apa pun yang penting kalau mahu mandi sebaiknya pakai pakaian yang menutup aurat khususnya buat yang muslim. Di sini ada juga beberapa kemudahan yang telah disediakan dan yang menariknya pantai ini mempunyai menara penyelamat, kemudahan lain ialah seperti :
Kemudahan :
01. Tandas
02. Menara penyelamat
03. Tempat duduk
04. Gerai makan
05. Surau
06. Tapak letak kereta
Untuk ke sini, kalau anda ada kereta sendiri bolehlah memandu terus ke sini dan kalau tidak ada kereta sendiri boleh menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari pantai ini sekaligus dapat melawat ke tempat menarik lain sekitar daerah Lahad Datu.
Ulasan
Catat Ulasan