Pantai Manis Papar merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah. Pantai ini terletak di dalam daerah Papar iaitu lebih kurang 5.5 km dari Pekan Papar, Sabah.
PANTAI MANIS PAPAR
Credit Gambar : xploresabah
Pantai Manis Papar merupakan salah sebuah pantai menarik yang terletak di dalam daerah Papar iaitu lebih kurang 5.5 km atau kira-kira 10 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Papar dan lebih kurang 43 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Pantai bukanlah jenis pantai yang berpasir tapi ia tetap menjadi pilihan yang selalu dipenuhi setiap hari oleh penduduk tempatan khususnya penduduk daerah Papar pada waktu petang sebab lokasinya dekat saja dengan pekan, jadi mudah saja untuk ke sini untuk beriadah atau lepak-lepak bersama rakan untuk tenangkan fikiran setelah penat berkerja seharian.
Pantai ini adalah pantai yang telah ditambak dengan meletakkan batu-batu besar di tepinya, oleh itu ia tidak sesuai untuk aktiviti mandi atau berenang di laut, namun pantai ini masih menjadi tempat yang menjadi pilihan untuk beriadah kerana kedudukannya dan lokasinya yang sangat trategik, sambil tu bolehlah melihat keindahan pemandangan laut yang terbentang luas. Sekiranya anda merancang untuk datang ke sini bolehlah datang awal pagi dalam jam 6 pagi hingga 8 pagi sebab waktu ni matahari masih tidak panas, atau anda boleh sebelah petang sekitar jam 5 petang kerana waktu ni cuaca sudah agak redup dan anda boleh menunggu matahari terbenam yang akan menyajikan satu pemandangan yang pasti cukup indah. Perlu diingatkan ditebing pantai ini banyak batu-batu besar jadi sebaiknya anda jangan pergi ke batu-batu tersebut yang licin dan boleh menyebabkan anda jatuh dan cedera.
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke Pantai Manis ini iaitu seperti berjalan bersiar-siar di laluan yang disediakan, berbasikal, berjoging, beriadah, memancing, mengambil gambar pemandangan, dan lain-lain lagi. Tapi kalau anda bawa basikal pada waktu petang harus hati-hati sikit sebab ramai orang, takut anda terlanggar orang lain pula. Apabila cuti di hujung minggu tempat ini sememangnya akan betul-betul dipenuhi orang ramai pada waktu petang, oleh itu ruangan tempat letak kereta dan kawasan tempat untuk duduk pun mungkin akan sukar untuk anda dapat jadi pastikan datang awal sikit dan bawalah barang-barang keperluan yang utama contohnya seperti tikar untuk duduk dan makan. Anda boleh membawa makanan atau membeli saja digerai-gerai yang banyak menjual makanan berhampiran pantai ini.
Berhampiran dengan pantai ini terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan iaitu seperti tandas pondok rehat dan gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman, tempat letak kereta, laluan konkrit untuk pejalan kaki, joging serta berbasikal dan lain-lain lagi kemudahan. Oleh kerana pantai ini juga berhampiran dengan beberapa bangunan kedai maka amat mudah untuk anda mendapatkan kemudahan lain jika diperlukan yang penting anda bawa duit lebih saja. Tembok yang ada di dekat tebing tu anda boleh gunakan sebagai tempat untuk duduk tapi jangan conteng dinding tembok tersebut dan hati-hati jangan sampai terjatuh
Untuk ke sini, anda yang datang dari luar daerah Papar menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju Papar, selepas itu boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu itu untuk hantar anda ke Pantai Manis. Pilihan terbaik ialah dengan memandu kereta sendiri dan kalau tidak ada kereta sendiri boleh menyewa kenderaan untuk pandu sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan