Langkau ke kandungan utama

Pantai Merintaman

Pantai Merintaman Sandakan merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah. Pantai ini terletak di daerah Sipitang iaitu kira-kira 6.2 km dari Pekan Sipitang, Sabah.

PANTAI MERINTAMAN

Credit Gambar : Don & Cris

Pantai Merintaman juga dikenali sebagai Taman Negara Pantai Merintaman. Pantai ini merupakan salah sebuah pantai yang terletak di dalam daerah Sipitang iaitu lebih kurang cuma 6.2 km atau kira-kira 12 minit perjalanan dari Pekan Sipitang dan lebih kurang 143 km atau kira-kira 2 jam 45 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Pantai ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Sipitang untuk datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan terutama sekali ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau ketika hujung minggu. Selain daripada penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Sipitang, terdapat juga penduduk tempatan negeri ini yang datang dari luar daerah Sipitan yang datang ke sini termasuklah juga pelancong dari dalam dan luar negara .  

Pasir di Pantai Merintaman ini semamangnya antara pantai yang cukup halus, putih bersih dan cantik yang terdapat di daerah Sipitang. Jika anda berjalan di pantai ini tanpa memakai selipuar pun tidak apa sebab pantainya bersih dan tidak banyak batu atau karang di sepanjang pantai ini. Di belakang pantai ini pula terdapat batu-batuan jadi berhati-hati jika anda mahu berehat atau memasang khemah berdekatan dengan batu-batu ini sebab takut serpihak batu tersebut jatuh dari atas. Tapi jangan risau sebab kawasan pantai ini luas, oleh itu anda boleh membuat pilihan untuk berehat atau meletakkan khemah di kawasan yang lebih selamat. Dari Pantai Merintaman ini anda akan dapat melihat keindahan pemandangan laut yang membiru dan terbentang luas yang sudah pasti akan membuatkan anda terpesona terutama sekali pada waktu petang iaitu pemandangan ketika matahari terbenam
.


Di Pantai Merintaman ini anda boleh melakukan pelbagai  aktiviti sama ada aktiviti di darat mahupun di laut iaitu seperti berjalan dan bersiar-siar di tepian pantai, mandi di laut, berkelah, memancing, beriadah, berbasikal, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Jika anda datang dari luar daerah Sipitang pastikan anda datang pada hari-hari biasa kerana tidak terlalu ramai orang yang datang ke sini, tetapi jika anda pilih untuk datang ketika musim cuti sebaiknya anda rancangan perjalanan untuk datang awal ke sini sebab lokasinya yang jauh iaitu memakan masa kira-kira 2 hingg 3 jam jika dari Kota Kinabalu dan memerlukan kenderaan untuk ke sini. Jadi kalau anda datang ramai-ramai ke sini boleh juga buat sukan pantai seperti bola sepak atau lain-lain lagi sukan termasuk sukaneka sebab pantai di sini luas. Tetapi anda harus sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di sini terutama ketika mandi di laut.

Oleh kerana pantai ini agak jauh buat anda yang datang dari luar daerah, adalah lebih baik anda buat beberapa persiapan awal sebelum berangkat datang ke sini agar dapat mengurankan kos perbelanjaan seperti membuat persiapan barang apa yang perlu di bawa ke sini. Pastikan bawa yang penting dahulu seperti pakaian mandi, pakaian gantian, tuala dan duit lebih. Makanan dan minuman tu terpulang pada anda jika mahu bawa dari tempat anda ataupun singgah makan ditempat yang anda inginkan apabila sudah berada di daerah Sipitang ini nanti sebab banyak juga tempat makan yang menarik di daerah ini. Lain daripada tu yang penting adalah pakaian yang sesuai sebab pantai ini adalah pantai awam yang terbuka jadi mungkin pada masa tersebut telalu ramai orang yang datang.

Berhampiran dengan pantai ini cuma terdapat beberapa kemudahan saja yang telah disediakan iaitu seperti tandas, pondok rehat dan tempat duduk. Sebenarnya belum banyak lagi kemudahan yang ada dibina di sini, ini mungkin disebabkan kurangnya promosi tentang pantai ini, jadi tidak tidak ramai yang datang kecuali penduduk disekitar daerah ini saja sekaligus ianya menyebabkan penambahbaikan kemudahan ini agak perlahan sedikit berbanding dengan beberapa kawasan pelancongan lain di daerah ini. Tapi yang pastinya pantai di sini memang cukup cantik dan diharapkan kemudahan di sini akan terus dapat dimajukan ditambah baik pada masa akan datang.

Untuk ke Pantai Merintaman adalah baik kalau anda ada kereta sendiri sebab boleh memandu terus ke sini dan kalau tidak ada kereta sendiri boleh menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari pantai ini sekaligus dapat melawat ke tempat menarik lain sekitar daerah Sipitang.

Ulasan