Pantai Payang merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah. Pantai ini adalah salah satu pantai cantik yang terletak di daerah Lahad Datu iaitu kira-kira 21 km dari Bandar Lahad Datu.
PANTAI PAYANG
Pantai Payang merupakan salah sebuah pantai cantik yang terletak di dalam daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang 21 km atau kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Lahad Datu. Pantai ini adalah salah satu pantai yang sememangnya menjadi pilihan penduduk tempatan di sekitar daerah ini untuk beriadah bersama keluarga ataupun rakan-rakan ketika musim cuti sekolah atau pada hujung minggu. Selain daripada penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Lahad Datu, pelancong dari dalam dan luar negara juga biasanya akan menjadikan tempat ini sebagai tempat beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan ketika mereka datang ke daerah ini sama ada dengan tujuan melancong ataupun tujuan berkerja.
Pantai ini baru lagi dibangunkan oleh itu pantai di sini sangat cantik dengan pasirnya yang putih dan pantainya yang bersih kerana sentiasa terjaga oleh pihak pengurusan Pantai Payang ini. Di sepanjang pantai ini juga ditanam beberapa batang pokok yang membolehkan anda berteduh dan berehat di bawah pokok tersebut, jadi kalau tidak ada khemah pun tidak mengapa sebab boleh duduk di bawah dahan pokok ini sambil melihat pemandangan ke arah laur yang terbentang luas. Sekiranya anda mahu datang ke sini bolehlah datang pada hari-hari biasa sebab masa itu pengunjung adalah kurang, tetapi jika anda mahu datang ketika musim cuti sama ada cuti sekolah atau hujung minggu pastikan datang awal untuk dapat tempat letak kereta dan tempat untuk duduk di tepi pantai ini sebab ketika musim cuti pantai ini akan sentiasa dipenuhi oleh orang ramai untuk beriadah dan terutama sekali untuk melihat keindahan matahari terbenam yang pasti cukup cantik dan menawan untuk dijadikan kenang-kenangan.
Biasanya orang ramai datang ke pantai ini untuk berkelah, beriadah dan mandi, aktiviti lain adalah seperti memancing, namun tidak ramai yang melakukan aktiviti memancing. Lokasi pantai ini yang tidak dekat dan tidak jauh membolehkan anda mudah untuk ke sini, tetapi sebaiknya jika ingin ke sini buat persiapan awal seperti sedia barang apa yang perlu di bawa agar ianya dapat memudahkan anda sepanjang berada di pantai ini. Anda boleh bawa apa saja yang anda rasa perlu di bawa tetapi jika anda ingin mandi pasti kan bawa pakaian mandi yang menutup aurat sebab ia adalah kawasan terbuka dan ramai orang awam akan di kawasan pantai ini, jadi sebaiknya pakailah pakaian mandi yang tutup aurat terutama sekali bagi yang muslim. Dan yang penting juga adalah jagalah keselamatan anda dan keluarga anda ketika mandi di air laut atau berada di kawasan pantai ini.
Untuk ke sini, anda yang dari luar daerah Lahad Datu boleh menaiki bas yang menuju ke daerah ini, selepas itu bolehlah menyewa perkhidmatan e-hailing di sekitar bandar Lahad Datu sebab tidak ada bas awam yang menuju ke pantai ini dan pastikan anda memberitahu pemandu perkhidmatan e-hailing tersebut untuk hantar anda ke pantai iini, kalau mahu senang boleh beritahu terus dengan pemandu itu ambil semula anda selepas selesai aktiviti di pantai. Tetapi sekiranya anda ada kereta sendiri bolehlah memandu terus ke sini dan kalau tidak ada kereta sendiri boleh juga menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini sekaligus dapat melawat ke tempat menarik lain sekitar daerah Lahad Datu.
Ulasan
Catat Ulasan