Pantai Pimping merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah. Pantai Pimping terletak di daerah Membakut iaitu kira-kira 9 km dari Pekan Membakut, Sabah.
PANTAI MERINTAMAN
Credit Gambar : Pantai Pimping
Pantai Pimping merupakan salah sebuah pantai di Sabah yang terletak di dalam daerah Sipitang dan berada di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Pantai ini terletak lebih kurang cuma 9 km atau kira-kira 11 minit perjalanan dari Membakut dan lebih kurang 85 km atau kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Pantai Pimping adalah pantai yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Membakut untuk datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan terutama sekali ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau ketika hujung minggu. Selain daripada penduduk tempatan di daerah ini, ada juga terdapat penduduk tempatan negeri ini yang datang dari luar daerah Membakut yang datang ke sini untuk lihat keindahan pantai ini termasuklah juga pelancong dari dalam dan luar negara.
Pengunjung atau pelancong yang datang dari luar daerah Membakut tidak perlu risau jika datang ke sini sebab pantai ini semmangnya sangat cantik dan panjang iaitu adalah sejauh 15 km. Dengan pantainya yang putih bersih dan panjang, maka anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan juga rakan-rakan dan sambil menghirup udara segar yang bertiup dari laut. Jika anda berada di daerah Membakut anda bolehlah datang bila-bila masa sebab pantai ini dekat dengan Pekan Membakut, tetapi jika anda datang dari luar daerah, sebaiknya rancang perjalanan anda sebaik mungkin untuk datang lebih awal ke sini terutama sekali ketika musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu masa tersebut memang ramai orang di pantai ini jadi mungkin anda akan sukar untuk mendapat tempat letak kereta yang lebih dekat. Rugi rasanya kalau tidak mengambil lebih banyak gambar di sini sebab tempat ini jauh dan tidak pasti bila lagi anda akan dapat datang semula ke sini untuk bergambar.
Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bila datang berkunjung ke ke Pantai Pimpin ini iaitu seperti berjalan atau bersiar-siar di tepi pantai, mandi di laut, berkelah, berbasikal, beriadah, mengambil gambar dan lain-lain lagi. Pantai ini tidak terlalu ramai orang yang datang ke sini pada hari-hari biasa, tetapi ketika musim cuti atau pada waktu hujung minggu pantai ini memang akan dipenuhi oleh orang ramai, oleh itu jika anda ingin mendapat lokasi beriadah atau berkelah yang sesuai sebaiknya datang pada hari-hari biasa. Jika anda melakukan aktiviti di pantai atau pun di laut seperti mandi dan lain-lain lagi pastikan yang menjadi keutamaan ialah menjaga keselamatan diri serta keluarga terutama sekali jika anda ada membawa bersama kanak-kanak.
Bagi mereka yang memang berasal dari Membakut mungkin agak mudah untuk membuat persiapan barang apa yang mahu di bawa ke pantai ini, tapi bagi yang datang daripara luar daerah ni seperti dari Kota Kinabalu sebaiknya anda buat persiapan awal barang keperluan apa yang ingin di bawa dan digunakan di sini agar dapat menjimatkan kos perbelanjaan, sebab pantai ni jauh dan mengambil masa yang lama untuk sampai. Sentiasa ingat barang keperluan yang penting iaitu seperti pakaian mandi dan pakaian ganti, makanan dan minuman, duit dan juga kamera. Yang lain-lain tu mungkin anda boleh sedia atau beli di daerah ini nanti bila sudah sampai. Bagi yang muslim jangan lupa bawa pakaian untuk mandi yang menutup aurat.
Di kawasan berhampiran dengan pantai ni terdapat banyak kemudahan ya, antaranya adalah seperti tandas, pondok rehat, tempat duduk, surau, tempat letak kereta dan juga tempat makan, jadi kalau anda tidak ada membawa makanan dari tempat anda pun tidak mengapa sebab anda boleh pilih mana-mana kedai makan yang terdapat di sini untuk mengisi perut yang lapar. Bagi sesiapa yang datang dari luar daerah seperti dari Kota Kinabalu, adalah lebih baik untuk memandau kereta sendiri terus ke sini memandu terus ke sinitapi kalau tidak ada kereta boleh naik bas yang menuju ke daerah ini kemudian cari perkhidmatan e-hailing untuk hantar anda ke sini.
Ulasan
Catat Ulasan