Pantai Ria Kampung Tangkol merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di Bahagian Kudat Sabah iaitu di daerah Kota Marudu, kira-kira 28 km dari Pekan Kota Marudu.
PANTAI RIA
Kredit Gambar : Pantai Ria
Pantai Ria Kampung Tangkol adalah salah satu tempat menarik di Kota Marudu, tempat ini terletak di Kampung Tangkol, Kota Marudu iaitu lebih kurang 28 km atau kira-kira 30 minit perjalanan dari Pekan Kota Marudu melalui Jalan Marak Parak dan lebih kurang 148 km atau kira-kira 2 jam 37 minit jika perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Kota Belud-Kudat. Walaupun nama tempat ini menggunakan nama Pantai Ria tetapi ia bukanlah seperti pantai yang terdapat ditepi laut, tetapi ia adalah sebuah kawasan rekreasi seisi keluarga yang sangat menarik di daerah ini yang juga dikenali dengan nama D'Lutung Ecotourism Pantai Ria, Selain itu terdapat juga nama untuk tempat ini, iaitu nama Pantai Ria Ulu Kanarom. Semua sama juga mungkin terdapat perbezaan dari segi panggilan untuk nama tempat ini.
Di sini tedapat sebatang sungai iaitu Sungai Kanarom yang menjadi tempat aktiviti mandi manda orang ramai yang datang berkunjung ke tempat rekreasi ini. Air sungai di sini sangat jernih dan sejuk serta tidak terlalu dalam, jadi memang sesuai untuk sesisi keluarga termasuk kanak-kanak, tetapi ibu bapa haruslah sentiasa memastikan anak-anak yang mandi atau bermain di tepi sungai ini sebab kadang kala air sungai boleh menjadi deras atau dalam dan batuan di tepi sungai pun biasanya adalah dalam keadaan yang licin. Sebaiknya juga pakaikan anak-anak pelampung dan jaket keselamatan agar lebih selamat begitu juga dengan orang dewasa yang tidak berapa pandai berenang bolehlah pakai pelampung atau jaket keselamatan. Pastikan juga air sungai tidak terlalu deras sebelum anda turun mandi bersama anak-anak anda di dalam sungai tersebut.
Walaupun mungkin tempat ini jauh di Bahagian Kudat iaitu di daerah Kota Marudu, tetapi ianya pasti akan membuatkan anda rasa berbaloi apabila datang ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan untuk mandi, beriadah atau pun berkelah. Mungkin tidak banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini tapi anda boleh juga membuat permainan seperti sukaneka dan lain-lain lagi selain daripada mandi sungai. Selain itu, jika datang ramai-ramai bolehlah membawa barang masakan barbeque jadi bolehlah makan atau masak ramai-ramai sambil menghirup udara yang segar di tepi rungai. Secara ringkasnya antara aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah :
Walaupun mungkin tempat ini jauh di Bahagian Kudat iaitu di daerah Kota Marudu, tetapi ianya pasti akan membuatkan anda rasa berbaloi apabila datang ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan untuk mandi, beriadah atau pun berkelah. Mungkin tidak banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini tapi anda boleh juga membuat permainan seperti sukaneka dan lain-lain lagi selain daripada mandi sungai. Selain itu, jika datang ramai-ramai bolehlah membawa barang masakan barbeque jadi bolehlah makan atau masak ramai-ramai sambil menghirup udara yang segar di tepi rungai. Secara ringkasnya antara aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan apabila berada di sini ialah :
Aktiviti :
01. Mandi sungai
02. Beriadah
03. Berkelah
04. Sukaneka
05. Barbeque
06. Sukaneka
07. Hari Keluarga
08. Kerja berkumpulan
09. Perkhemahan
09. Perkhemahan
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Pantai Ria, Kampung Tangkol ini, biarpun tidak terlalu banyak aktiviti tempat ini cukup sesuai untuk anda beriadah dan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan kerja serta kesibukan kebisingan di bandar sebab di sini anda akan rasa lebih tenang, yang hanya terdengar adalah kicauan burung, suara anak-anak bermain dan bunyi air sungai yang mengalir sahaja. Di Pantai Ria ini terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai yang datang berkunjung ke sini, dan antara kemudahan yang ada di sini ialah seperti :
Kemudahan :
01. Pondok rehat
02. Tempat duduk
03. Pelampung tiub
04. Tempat barbeque
05. Tandas
06. Tempat letak kereta
07. Jaket keselamatan
08. Laluan berjalan
09. Tempat beriadah
10. Tempat berkelah
Sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini, sebaiknya anda membuat beberapa persiapan, sebagai contoh bawa makanan untuk dimasak dan minuman, bawa khemah sendiri jika ada agar lebih jimatkan kos anda, bawa lampu suluh untuk digunakan pada waktu malam jika mahu berkhemah dan bermalam di sini, anda juga boleh membawa penyembur nyamuk supaya tidak digigit, dan jangan lupa untuk bawa pakaian ganti jika mahu mandi di sungai berhampiran. Mungkin ada lagi yang tidak tersenarai, jadi anda boleh bawa apa saja yang dirasakan perlu. Semua persediaan ni adalah untuk memudahkan perjalanan dan percutian anda apabila telah sampai ke sini nanti tanpa sebarang gangguan atau masalah.
Untuk ke tempat ini pelancong atau pengunjung boleh menaiki bas ekspress dari Kota Kinabalu atau Kudat yang yang menuju ke Kota Marudu, kemudian dari Pekan Kota Marudu anda bolehlah menyewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu tersebut untuk hantar anda ke Pantai Ria ini. Selain itu adalah lebih baik sekiranya anda dapat memandu kenderaan sendiri atau boleh menyewa kenderaan untuk dipandu, ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda.
Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 malam
Bayaran masuk :
Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM2.00
Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut serta membuat tempahan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Pantai Ria Kampung Tangkol seperti alamat di bawah :
Alamat :
MTPD Kota Marudu
Pejabat Daerah Kota Marudu,
Peti Surat No. 128,
89100, Kota Marudu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +60 88 661 416
Telefon : +60 10 951 4412
Ulasan
Catat Ulasan