Pantai Sabandar merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Sabah. Pantai ini terletak di sebelah Pantai Barat Sabah iaitu di daerah Tuaran, lebih kurang 40 km dari Bandar Kota Kinabalu.
PANTAI SABANDAR
Pantai Sabandar merupakan salah sebuah pantai cantik yang terletak di dalam daerah Tuaran iaitu lebih kurang 40 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Pantai ini adalah salah satu pantai yang sememangnya menjadi pilihan penduduk tempatan terutama sekali yang tinggal di sekitar daerah Tuaran untuk datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Pantai ini juga merupakan antara yang menjadi pilihan kepada para pelancong sama ada dari dalam dan luar negara yang datang ke sini kerana pantai ini terletak di dalam kawasan Sabandar Cowboy Town yang merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang terletak di daerah Tuaran ini. Jadi para pelancong boleh melawat ke bandar koboi kemudian boleh terus ke pantai yang cantik ini.
Pantai Sabandar sememangnya mempunyai pantai yang cantik serta putih bersih, Keindahan pantai dan pemandangan ke arah laut yang cukup menarik akan membuatkan anda merasa teruja apabila datang ke pantai ini lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu pemandangan ketika matahari terbenam yang akan membuatkan anda rasa terpegun. Walaupun untuk ke pantai ini anda perlu membuat bayaran masuk tetapi ianya akan membuatkan anda terasa sangat berbaloi apabil dapat datang ke pantai ini melihat keindahannya sambil melakukan pelbagai aktiviti sama ada aktiviti pantai ataupun aktiviti di laut. Pantai ini sememangnya antara pantai yang dikatakan cukup terkenal di Kota Kinabalu dan Kota Belud khususnya, hinggakan ia menjadi tempat pilihan orang ramai selain daripada Pantai Tanjung Aru untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam, oleh itu pastikan anda membawa kamera atau video kamera yang boleh menangkap gambar dengan jelas dan terang bila datang ke sini.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung apabila datang ke Pantai Sabandar ini dan antara aktiviti yang menarik iaitu seperti berjalan kaki di tepian pantai, menunggang kuda di tepi pantai (kuda boleh disewa), berkelah, berenang, bersukan seperti main bola pantai (pantai di sini luas), naik ATV dan lain-lain lagi. Kalau anda bercadang untuk datang ke pantai ini jangan lupa untuk membawa barang keperluan yang dirasakan perlu di bawa untuk kegunaan sepanjang berada di sini terutama sekali jika anda mahu melakukan aktiviti laut mandi, berenang, luncur air dan sebagainya.
Kalau ada yang anda rasa tidak tersenarai bolehlah bawa saja agar ia lebih memudahkan anda apabila berada di pantai ini tanpa perlu rasa risau. Pakaian mandi sebaiknya yang menutup aurat sebab ia adalah kawasan terbuka yang mana ramai orang awam akan datang di pantai ini, maka pakailah pakaian mandi yang tutup aurat terutama sekali bagi yang muslim. Yang penting juga jagalah keselamatan anda dan keluarga anda ketika mandi di air laut atau berada di kawasan pantai ini.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan berhampiran dengan pantai ini untuk kegunaan pengunjung yang datang ke sini agar lebih memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengunjung apabila berada di pantai atau tempat ini :
Kemudahan :
01. Tandas
02. Bilik salin pakaian
03. Pondok rehat
04. Kerusi
05. Restoran bambu
06. Penginapan
07. Tempat letak kereta
08. ATV (sewa)
09. Kuda (sewa)
10. Laluan ke pantai
11. Dan lain-lain lagi
Untuk ke sini anda menaiki bas dari Bandar Kota Kinabalu ke Tuaran, lepas itu boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain untuk menuju ke tempat ini. Kalau tidak mahu naik bas dari Kota Kinabalu, boleh juga ambil saja terus perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain dari Kota Kinabalu dan terus ke Sabandar Cowboy Town. Tetapi sekiranya anda ada kereta sendiri adalah lebih baik sebab boleh memandu terus ke sini dan kalau tidak ada kereta sendiri boleh juga menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu), kalau ada kereta akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini sekaligus dapat melawat ke tempat menarik lain sekitar daerah Tuaran.
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 5 petang
(boleh sewa penginapan di sini kalau mahu bermalam)
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM10.00
Warganegara kanak-kanak : RM5.00
Bukan warganegara dewasa : RM20.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM10.00
Bayaran sewa kuda ke pantai :
Dewasa : RM25.00 (pergi & balik pantai)
Kanak-kanak : RM12.50 (pergi & balik pantai)
Bayaran naik ATV :
1 pusingan : RM10.00
3 pusingan : RM25.00
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sabandar Cowboy Town di alamat seperti berikut :
Alamat :
Sabandar Cowboy Town
Jalan Pantai Sabandar,
P.O.Box 896,
89200, Tuaran,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 012-824 8739
Website : Sabandar
Nota :
01. Kalau anda ke Pantai Sabandar pastikan anda sentiasa berhati-hati dan tanya juga pengurusan pantai ini sekiranya anda dibenarkan untuk mandi air laut atau tidak sebab kalau cuaca tidak begitu baik hari tu adalah lebih baik untuk tidak melakukan aktiviti mandi di laut.
Ulasan
Catat Ulasan