Pantai Sarina merupakan salah sebuah pantai menarik yang terdapat di
Negeri Sabah, ia juga dikenali sebagai Pusat Rekreasi Pantai Sarina kerana kawasan ini juga adalah satu kawasan rekreasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai dan terletak di dalam daerah Kunak iaitu lebih kurang 11 km atau kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kunak.
Pantai Sarina atau juga disebut Pusat Rekreasi Pantai Sarina merupakan salah sebuah pantai menarik dan memang sudah cukup dikenali oleh penduduk sekitar daerah ini. Nama pantai ni diambil sempena nama Lagenda Puteri Sarina yang begitu sinonim dengan masyarakat atau penduduk daerah Kunak. Jadi tidak hairanlah sekiranya tempat ini sering dikunjungi oleh orang ramai terutama sekali mereka yang berasal dari sekitar daerah ini yang selalunya datang pada waktu cuti hujung minggu atau pun pada waktu musim cuti sekolah untuk beriadah serta menikmati keindahan lautan yang terbentang luas, serta suasana pemandangan ketika waktu matahari terbit dan juga matahari terbenam yang begitu indah, lagi pun tempat ini tidak jauh dari Pekan Kunak iaitu jaraknya cuma lebih kurang 8 km yang mana ia memakan masa kira-kira 11 minit saja untuk sampai dengan menaiki kenderaan. Dengan lokasi pantai ini yang tidak jauh dari pekan maka ianya dapat memudahkan untuk orang ramai mendapatkan khidmat pengangkutan ke sini sekiranya mereka tidak ada kereta sendiri. Oleh itu Bagi anda yang datang untuk melancong atau lawatan sambil kerja ke daerah ini tidak kira anda penduduk tempatan Negeri Sabah atau pun pelancong dari dalam dan luar negara jangan lupa untuk singgah walaupun sekejap sahaja ke Pantai Sarina ini untuk beriadah bersama keluarga atau rakan sambil melihat sendiri betapa indahnya pemandangan suasana alam dari tempat ini, tempat ni pun yuran masuknya murah sahaja jadi tidak ada masalah dan tidak rugi pun jika singgah sekejap ke sini untuk menggembirakan keluarga terutamanya anak-anak yang suka lihat keindahan di pinggir pantai.
Pantai di sini tidaklah seperti pantai-pantai yang lain sebab tepi pantainya bukanlah jenis berpasir putih dan terdapat banyak batuan di tepiian, namun kalau mahu mandi pun boleh juga cuma harus menjaga keselamatan sebab takut sekiranya batu yang ada ditepi tu dalam keadaan licin dan menyebabkan anda tergelincir jatuh terutama sekali bagi kanak-kanak. Sebenarnya jarang juga orang dewasa yang datang ke sini mandi sebab yang datang kebanyakkan lebih kepada untuk beriadah dan melihat keindahan alam sekitar serta tenangkan fikiran di tempat ini. Oleh kerana tempat ni adalah jug satu kawasan rekreasi maka terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan buat para pengunjung, antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah cafe atau kedai makan dengan beberapa meja yang diletakkan di kawasan lapang dan berhadapan dengan pemandangan laut yang membolehkan anda menjamu selera sambil lihat pemandangan laut yang terbentang luas. Terdapat pelbagai hidangan yang disediakan di kedai makan ni dari sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam, kalau mahu membawa makanan sendiri pun boleh tapi sekali sekala bagus juga menjamu selera di kedai makan ini untuk rasa masakan yang ada di sini. Selain daripada itu terdapat juga kemudahan jambatan yang dibina memanjang ke arah laut dengan kepanjangan jambatan tu lebih kurang 200 meter, jadi anda boleh ke jambatan tersebut untuk berjalan dan bersiar di atas laut sambil melihat keindahan laut yang terbentang indah serta menghirup udara segar yang bertiup dari lautan, apa pun kalau perlu diingat bila berada di atas jambatan sentiasa pastikan keselamatan diri anda dan keluarga terutama sekali sekiranya anda ada membawa anak kecil ke atas jambatan tersebut termasuklah juga barang penting seperti telefon, dompet dan lain-lain lagi.
Selain itu di sini juga ada kemudahan tapak perkhemahan bagi mereka yang ingin berkhemah di tempat ini, kawasan tapak perkhemahan ni di atas bukit sikit jadi memang sangat menarik pemandangan yang disajikan kerana dapat melihat lautan dan beberapa buah pulau kecil di laut, tapi tapak berkhemah ni ada bayarannya iaitu RM10 seorang dan untuk berkhemah anda sebaiknya membawa khemah sendiri dari rumah sebab tidak pasti lagi pada masa kini sekiranya mereka sini ada menyediakan kemudahan khemah atau tidak. Tempat letak kereta pun ada di sini dan luas tetapi tidak dekat dengan pantai sebab anda perlu berjalan kaki lagi untuk ke pantai ini yang terletak lebih kurang 50 meter dari tempat anda letak kereta. Kemudahan seterusnya ialah pada waktu malam juga ada lampu yang dipasang disekitar tempat makan dan juga laluan ke jambatan yang akan menerangkan tempat ini sekaligus mencantikkan lagi tempat ini pada waktu malam, tapi terpulanglah pada anda sekiranya mahu berada di sini sehingga pada waktu malam atau pun tidak, cuma sebelum ini belum ada disediakan tempat solat oleh itu bagi yang muslim mungkin boleh bawa sejadah untuk solat di khemah atau pun boleh bertanya kepada staff atau kakitangan di sini sekiranya ada tempat untuk solat yang telah disediakan. Tandas awam juga tidak ada sebelum ni, tapi mungkin boleh guna tandas restoran yang ada di sini, anda diharap pada masa kini sudah ada kemudahan tandas yang disediakan agar dapat memudahkan para pengunjung yang mahu gunakannya. Tempat duduk di tepi tebing bukit pun ada juga disediakan yang telah disimen jadi mudah untuk pengunjung duduk disitu berehat sambil melihat suasana sekeliling.
Ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan datang berkunjung ke pantai ini, antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah seperti mandi atau berenang di laut tapi seperti yang dijelaskan di atas tadi yang mana di tepi pantai ni kawasannya adalah jenis berbatu jadi anda perlu berhati-hati ketika mandi atau ketika berada di tepi pantai dan jangan biarkan anak anda mandi sendiri di laut. Aktiviti lain ialah memancing ikan atau mengambat sotong di jambatan pada waktu pagi, petang atau pun malam dan anda haruslah membawa pancing sendiri jika ingin memancing di sini serta harus berhati-hati juga bila memancing di jambatan ni terutamanya bila ramai pengunjung yang berada di jambatan tersebut. Selain itu aktiviti perkhemahan juga boleh dibuat di sini dengan berkhemah di kawasan yang telah dikhaskan untuk berkhemah, seronok rasanya bila berkhemah di sini bersama keluarga atau rakan-rakan terutama sekali pada waktu malam yang cukup indah pada dengan diterangi oleh lampu yang banyak di pasang dan juga kilauan bulan dan jutaan bintang di langit yang mana ianya sudah pasti akan memberikan satu pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan. Tapi untuk berkhemah ni sebaiknya anda membuat tempahan awal dengan pihak pengurusan pantai agar mereka dapat menyimpan tapak berkhemah untuk kumpulan anda nanti, boleh tanya juga terus sekiranya mereka ada sediakan khemah untuk disewa, jika mereka tidak ada sediakan maka anda perlulah bawa khemah sendiri, tapi rasanya adalah bagus lagi bawa sendiri khemah dari rumah sebab dapat juga jimatkan kos. Anda juga boleh buat aktiviti bersiar di jambatan sepanjang 200 meter tersebut sambil mengambil gambar berlatarbelakangkan lautan dan juga pulau kecil yang ada di laut
Bayaran masuk :
Bayaran masuk :
RM2.00 : seorang
RM10.00 : seorang (jika berkhemah)
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Pantai Sarina di alamat seperti berikut :
Alamat :
Sarina Beach Pangi,
91100, Kunak,
Sabah, Malaysia.
Telefon : + 6010 266 6696
RM10.00 : seorang (jika berkhemah)
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Pantai Sarina di alamat seperti berikut :
Alamat :
Sarina Beach Pangi,
91100, Kunak,
Sabah, Malaysia.
Telefon : + 6010 266 6696
Ulasan
Catat Ulasan