Pantai Telinting merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Negeri Sabah. Pantai Telinting terletak di daerah Papar iaitu lebih kurang 6.7 km dari Pekan Papar, Sabah.
Pantai Telinting merupakan salah satu pantai yang terletak di dalam daerah Papar dan pantai ini adalah pantai awam jadi siapa-siapa pun boleh datang berkunjung ke sini. Pantai ini terletak tidak jauh dari Pekan Papar iaitu lebih kurang cuma 6.7 km atau kira-kira 15 minit perjalanan perjalanan dari Pekan Papar dan lebih kurang 52 km atau kira-kira 54 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Pantai ini tidak jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu, jadi ia adalah pantai yang menjadi salah satu pilihan oleh penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Kota Kinabalu dan juga daerah Papar untuk datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan tidak kira sama ada hari-hari biasa atau ketika musim cuti.
Pengunjung atau pelancong yang datang ke pantai tidak akan menyesal apabila datang ke sini kerana pantai di sini sangat bersih, putih serta pasirnya yang halus. Anda boleh berjalan bersiar-siar di sepanjang pantai tanpa memakai selipar pun sebab ianya bersih, tapi kalau pakai selipar pun tidak ada masalah juga. Sekiranya anda merancang untuk datang dan beriadah di pantai ini sebaiknya datang pada waktu petang untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam yang memang cukup menawan dan indah. Berhampiran pantai ini ada sebuah bukit iaitu Bukit Kinandukan yang biasanya akan di daki oleh orang ramai sebelum mereka berehat dan atau mandi di pantai ini. Jadi kalau anda berminat dengan aktiviti mendaki bolehlah ke bukit ini dahulu sebelum singgah di Pantai Telinting.
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung apabila datang ke Pantai Telinting ini iaitu seperti berjalan atau bersiar-siar di tepi pantai, mandi-mana di laut, berkelah, berbasikal, berkayak, beriadah, mengambil gambar (selfie) dan lain-lain lagi. Pantai ini tidak masih tidak terlalu ramai orang yang datang terutama sekali ketika hari-hari biasa, mungkin disebabkan masih ramai yang tidak tahu akan adanya pantai ini. Walaupun tidak ramai yang tahu, namun apabila musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu pantai ini selalunya akan dipenuhi oleh orang ramai yang sudah mengetahui tentang pantai ini khususnya yang tinggal berhampiran daerah ini. Sekiranya anda melakukan aktiviti di pantai atau pun di laut seperti mandi, berkayak dan lain-lain lagi sentiasalah menjaga keselamatan terutama jika ada bersama anak kecil.
Sebelum merancang perjalanan ke Pantai Telinting untuk beriadah dan juga melakukan aktiviti mendaki sebelum ke pantai, sebaiknya anda buat beberapa persiapan awal iaitu seperti barang apa yang perlu di bawa untuk digunakan semasa berada di pantai atau semasa mendaki. Cuma sebaiknya jangan bawa barang yang berat-berat kalau mahu mendaki bukit dahulu sebab tentu ia akan menyukarkan pendakian anda nanti. Antara barang keperluan yang mungkin boleh anda bawa jika ingin datang ke Pantai Pimping ini ialah seperti pakaian mandi yang tutup aurat, makanan serta minuman dan juga jangan lupa untuk bawa tikar untuk makan.
Bagi yang mahu ke pantai ini yang terletak di papar, anda boleh menaiki bas atau pengangkutan awam yang lain seperti teksi atau e-hailing yang lain yang bertolak dari Pusat Bandar Kota Kinabalu menuju ke daerah Papar. Tapi jika anda mahu di sini sampai ke petang adalah lebih baik jika ada kereta sendiri supayai boleh memudahkan anda pergi dan balik pada waktu petang.
Ulasan
Catat Ulasan