Pantai Tempurung Seaside Lodge merupalah salah sebuah pantai yang terdapat di Sabah. Pantai ini terletak di daerah Kuala Penyu, iaitu lebih kurang 110 km dari Bandar Kota Kinabalu.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang berkunjung ke Pantai Tempurung ini iaitu seperti berjalan di tepian pantai, berkelah, berenang, naik ATV, bergambar, dan bermacam lagi aktiviti tepi pantai dan laut yang boleh anda dilakukan di sini. Jika anda memang bercadang untuk ke sini buatlah beberapa persiapan barang keperluan yang perlu di bawa teruatamnya bagi merek yang datang dari luar daerah Kuala Penyu iaitu seperti makanan dan minuman tetapi kalau tidak bawa makanan pun boleh juga cuma pastikan anda membawa duit lebih untuk makan di restoran yang ada disediakan di sini.
PANTAI TEMPURUNG SEASIDE LODGE
Credit Gambar : Tempurungseaside
Pantai Tempurung Seaside Lodge merupakan salah sebuah pantai cantik yang terletak di dalam daerah Kuala Penyu iaitu lebih kurang 110 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Pantai ini salah satu pantai yang sememangnya menjadi pilihan penduduk tempatan terutamanya yang tinggal di sekitar daerah Kuala Penyu untuk datang beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Pantai ini juga merupakan antara yang menjadi pilihan kepada para pelancong sama ada dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah ini sama ada untuk tujuan melancong atau pun tujuan kerja. Pantai ini memang sangat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama pasangan suami isteri, keluarga ataupun rakan-rakan dan menjadikan percutian anda ke sini sebagi satu pengalaman yang cukup indah dan bermakna buat anda sekeluarga.
Pengunjung atau pelancong yang datang berkunjung ke Tempurung Seaside Lodge ini pasti tidak akan rasa rugi apabila melihat keindahan pemandangan pantai ini lebih-lebih lagi dengan pantainya di sini yang putih bersih dan pasirnya yang halus dengan kurangnya batu-batuan. Sambil itu terdapat juga deretan pokok kelapa di sepanjang pantai juga menjadikan pemandangan di pantai ini cukup indah dan keindahan ini di tambah lagi dengan pemandangan ke arah laut yang airnya sangat bersih jernih serta terbentang. Tapi apa yang paling menarik di pantai ini ialah keindahan pada waktu petang iaitu apabila tiba waktu matahari terbenam yang pasti akan membuatkan anda terpegun. Apa pun jika anda ke sini pastikan anda membawa kamera atau video kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi agar gambar yang anda ambil nanti jelas dan terang untuk dijadikan kenang-kenangan lebih-lebih lagi lokasi pantai ini yang jauh mungkin sukar untuk anda datang selalu ke sini.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung yang datang berkunjung ke Pantai Tempurung ini iaitu seperti berjalan di tepian pantai, berkelah, berenang, naik ATV, bergambar, dan bermacam lagi aktiviti tepi pantai dan laut yang boleh anda dilakukan di sini. Jika anda memang bercadang untuk ke sini buatlah beberapa persiapan barang keperluan yang perlu di bawa teruatamnya bagi merek yang datang dari luar daerah Kuala Penyu iaitu seperti makanan dan minuman tetapi kalau tidak bawa makanan pun boleh juga cuma pastikan anda membawa duit lebih untuk makan di restoran yang ada disediakan di sini.
Senarai di atas mungkin ada yang kurang, jadi jika anda rasa ada lagi yang perlu di bawa silakan bawa saja agar ianya dapat memudahkan sepanjang anda berada di pantai ini. Yang penting kalau ingin mandi bawalah pakaian mandi yang boleh menutup aurat (terutamanya bagi muslimah) sebab pantai ini adalah kawasan terbuka yang ramai orang awam selalu datang berkunjung ni dan sentiasalah jaga keselamatan anda dan keluarga anda ketika melakukan aktiviti di laut seperti mandi di air laut atau ketika berada di tepian pantai.
Pantai ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah penginapan kepada mereka yang ingin bermalam di penginapan yang disediakan terutamanya bagi yang datang jauh dari luar daerah Kuala Penyu. Antara kemudahan lain yang telah disediakan oleh Tempurung Seaside Lodge berhampiran dengan pantai agar dapat memberikan keselesaan kepada para pengunjung yang datang iaitu antaranya adalah seperti :
Kemudahan :
01. Tandas
02. Bilik salin pakaian
03. Pondok rehat
04. Kerusi
05. Restoran
06. Penginapan
07. Tempat letak kereta
08. ATV (sewa)
09. Peralatan BBQ
10. Penghantar makanan
11. Tempat bergambar
Di sini anda boleh memesan makanan dan terus ke pantai atau tempat bergambar untuk buat akviti yang anda mahu sambil menunggu makanan yang telah dipesan itu siap dimasak. Yang membuat pengunjung teruja dan merasa kagum adalah perkhidmatan yang diberikan iaitu apabila makanan yang anda pesan itu sudah siap dimasak, pekerja di sini sendiri yang akan hantar makanan tersebut kepada kepada anda. Jadi anda tidak perlu risau tentang makanan, yang penting sedia duit saja sekiranya bercadang untuk membeli makanan di sini. Selain itu tempat bergambar juga turut disediakan di sini yang lengkap diukir dan dihias dengan cantik untuk memberikan kepuasan kepada para pengunjung.
Untuk ke sini adalah sebaiknya jika anda memandu kereta sendiri terus ke sini dan sekiranya tidak ada kereta sendiri boleh juga menyewa kenderaan dari tempat anda untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen memandu), sebab kalau ada kereta akan lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini, sekaligus dapat melawat ke tempat menarik lain yang ada disekitar daerah Kuala Penyu.
Waktu operasi :
Setiap hari : Sentiasa buka
(boleh sewa penginapan di sini kalau mahu bermalam)
Bayaran masuk :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : RM3.00
Harga di atas ini tidak termasuk harga penginapan dan sewa peralatan lain di pantai seperti sewa ATV dan lain-lain lagi. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Tempurung Seaside Lodge di alamat seperti berikut :
Alamat :
Tempurung Seaside Lodge
Kampung Tempurung,
89740, Kuala Penyu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-881 999
Ulasan
Catat Ulasan