Langkau ke kandungan utama

Paramat Garden

Paramat Garden adalah salah satu lagi tempat menarik di Sabah yang juga merupakan sebuah kawasan tapak perkhemahan yang sangat sesuai buat mereka yang berminat dengan aktiviti berkhemah tidak kira bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Tempat ini terletak di dalam daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 31 km atau 40 minit perjalanan menaiki kenderaan, manakala bagi yang datang dari Kota Kinabalu pula jaraknya sekitar 83 km ataupun lebih kurang 1 jam 50 minit perjalanan menaiki kenderaan.

PARAMAT GARDEN


Kredit gambar : Paramat


Kredit gambar : Paramat

Kredit gambar : Paramat

Paramat Garden adalah salah satu tempat menarik di Kota Belud yang juga merupakan sebuah kawasan tapak perkhemahan yang popular di daerah ini, oleh itu tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai tidak kira mereka yang datang sekeluarga mahupun yang datang bersama rakan-rakan terutama sekali bila hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah. Dengan lokasinya yang strategik dan suasananya seperti dalam sebuah taman, keadaan kawasan yang bersih, udaranya yang segar serta pemandangan yang cantik dan indah maka bolehlah kiranya memilih tempat ini untuk dijadikan salah satu daripada lokasi pilihan percutian anda seterusnya, tidak kira anda adalah penduduk tempatan negeri ini ataupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke negeri ini khususnya ke Kota Kinabalu. Tempat ini terletak di daerah kecil Kota Belud Sabah iaitu lebih kurang 31 km atau kira-kira 40 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud, dan kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu dengan jarak perjalanan sekitar 83 km. Bagi anda yang datang bercuti ke negeri ini bolehlah datang berkunjung ke sini sekiranya ada kesempatan, terutamanya yang suka aktiviti berkhemah di tempat yang tenang dan jauh dari kesibukan bandar dan yang lebih menarik adalah dari tapak perkhemahan ini juga anda dapat melihat pemandangan yang cukup indah iaitu pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri tersergam indah lebih-lebih lagi kalau cuaca cerah dan tidak diliputi oleh awan tebal. Apa pun sekiranya anda datang dari jauh adalah lebih baik untuk menghubungi pemilik atau pihak pengurusan tempat ini terlebih terlebih dahulu untuk membuat tempahan tapak perkhemahan ini agar mereka dapat memastikan waktu dan tarikh yang anda pilih itu ada kekosongan sebab kadang kala tempat ini sangat ramai orang ketika musim cuti, tidak perlu segan untuk menghubungi pemilik di sini sebab mereka sangat mesra dan membantu apa yang anda perlukan.

Untuk memberikan keselesaan kepada para pangunjung yang datang ke sini, pihak pengurusan ataupun pemilik tempat ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang boleh digunakan sama ada ianya percuma ataupun untuk disewa. Dengan adanya kemudahan ini maka para pangunjung tidak perlulah risau apabila datang ke sini dan mungkin akan dapat mengurangkan barang yang perlu di bawa dari rumah, tapi jangan lupa bawa duit untuk menyewa apa-apa yang diperlukan nanti. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah tapak perkhemahan yang bersih serta mempunyai rumput yang tebal khas untuk mereka yang datang ke sini untuk membuat aktiviti perkhemahan bersama rakan mahupun keluarga tidak kiralah anda mahu berkhemah untuk sehari ataupun beberapa hari. Tapi seperti yang sudah dinyatakan diatas tadi adalah sebaiknya anda membuat tempahan terlebih dahulu jika ingin ke sini berkhemah lebih-lebih lagi jika anda datang dalam satu kumpulan yang ramai, ini adalah bagi memastikan adanya kekosongan tapak untuk kumpulan anda nanti sebab di sini memang selalu ramai apabila musim cuti. Kemudahan seterusnya yang ada di sini ialah tempat letak kereta, oleh itu bagi anda yang datang ke sini dengan memandu kereta sendiri tidak perlulah risau sebab sebab tempat letak kereta ni memang dekat sahaja dengan kawasan tapak perkhemahan. Kemudahan lain yang ada ialah khemah tapi untuk kemudahan khemah ni anda perlulah sewa dari pemilik dengan harga yang berpatutan dan sebaiknya juga anda membuat tempahan terlebih dahulu agar pemilik tempat ini dapat menyediaknnya untuk anda nanti, serta pastikan beritahu jumlah khemah yang ingin disewa terutamanya kalau datang beramai-ramai anda, tapi kalau ada khemah sendiri rasanya lebih baik bawa sendiri dari rumah sebab kalau datang dalam satu kumpulan yang ramai mungkin khemah yang ada tidak mencukupi, jadi untuk elakkan sebarang masalah maka sebaiknya bawa khemah sendiri lagi pun kalau ada khemah sendiri ianya akan dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda.


Terdapat juga kemudahan set bbq yang boleh anda gunakan apabila datang berkhemah atau beriadah di tempat ini, tapi bahan mentah untuk dimasak tu anda kena sediakan sendiri dengan membawanya dari rumah atau membeli terlebih dahulu sebelum datang ke tempat ini agar lebih memudahkan anda dan tidak perlu lagi keluar untuk membelinya apabila sudah sampai di sini. Bagi yang berkhemah serta bermalam tu bolehlah bawa tempat-tempat untuk menyimpan bahan makanan tersebut atau mungkin boleh juga bertanya pemilik tempat ini sekiranya mereka ada menyediakan peti sejuk untuk menyimpan makanan atau bahan mentah anda tu seperti ayam atau daging, kalau tiada maka anda perlulah bawa sendiri tempat yang dirasakan sesuai boleh menyimpan bahan mentah tersebut. Peralatan untuk makan sebaiknya juga anda bawa sendiri dari rumah seperti piring, sudu dan gela, peralatan ni boleh beli saja yang jenis pakai buang tu agar lebih memudahkan anda tanpa perlu mencucinya. Di tempat ini juga ada menyediakan kemudahan gazebo yang diperbuat daripada buluh, jadi bolehlah anda pilih sekiranya mahu gunakan khemah atau gazebo ni, terpulang kepada keselesaan masing-masing dan di pondok atau gazebo tersebut ada disediakan kemudahan plug elektrik yang boleh anda gunakan sekiranya ingin mengecas telefon, pasang kipas dan sebagainya, kalau anda berjalan keluar seperti pergi mandi di sungai atau memasak di luar pastikan tutup terlebih dahulu elektrik yang digunakan supaya tidaklah membazir. Antara kemudahan yang penting bagi kawasan tapak perkhemahan adalah bekalan air yang bersih, dan anda tidak perlu risau sebab di sini sememangnya ada paip air yang disediakan untuk anda gunakan termasuklah paip air ke setiap gazebo yang ada. Jadi ini akan dapat memberikan kesenangan atau memudahkan lagi para pengujung untuk kegunaan seperti minum, memasak atau mencuci dengan air yang lebih bersih.
Selain itu tandas juga ada disediakan di tempat ini kerana kemudahan ini adalah antara yang begitu penting kepada para pengunjung ketika melawat sesuatu tempat bercuti, oleh itu bersamalah jaga kebersihan tandas tersebut dan jangan sesekali membuang sampah di dalam tandas tersebut terutama sekali ke dalam lubang tandas kerana ianya akan menyebabkan tersumbat sekaligus menyukarkan anda dan juga pengunjung lain untuk menggunakannya.

Tidak pasti sekiranya di sini ada menyediakan ruangan solat untuk mereka yang mungkin datang ke sini untuk berkhemah sahaja tanpa menyewa gazebo atau pondok. Bagi yang sewa gazebo sudah pasti lebih mudah untuk menunaikan solat, jadi anda bolehlah bertanya dengan pemilik tempat ini nanti atau pun boleh sewa saja satu gazebo agar lebih memudahkan anda. Banyak lagi kemudahan lain yang ada disediakan di sini dan dan kalau ada kemudahan tersebut yang anda rasa mahu bawa sendiri dari rumah bolehlah bawa saja agar lebih menjimatkan kos perbelanjaan dan yang penting jangan lupa membawa makanan atau bahan untuk di masak apabila datang ke tempat ini agar tidak perlu lagi keluar semula untuk pergi mencari makanan. Sepanjang berada di tempat ini pastikanlah menjaga kebersihan dan buanglah sampah ke dalam kemudahan tong sampah yang disediakan serta jangan membuang sampah merata-rata tempat termasuklah ke dalam kawasan sungai berhampiran. Kemudahan yang disediakan juga haruslah di jaga dengan baik dan tidak merosakkannya.
Untuk lebih ringkas di bawah ini adalah beberapa kemudahan yang ada  :

Kemudahan :

01. Tapak Perkhemahan
02. Tandas
03. Tempat bbq
04. Khemah
05. Gazebo
06. Sinki
07. Plug Elektrik
08. Paip Air
09. Meja Konkrit
10. Tempat Duduk
11. Lampu Gazebo
12. Tempat Letak Kereta

Untuk memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini maka adalah baik sekiranya dapat membawa beberapa barang keperluan sendiri dari rumah atau membelinya terlebih dahulu sebelum datang ke sini sebab bukan sahaja dapat memudahkan tetapi juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan barang keperluan ni mungkin ada yang boleh dibahagi-bahagikan dengan rakan-rakan yang agar ianya lebih lagi memudahkan. Apa pun itu semua terpulang dari anda sendiri sama ada mahu bawa atau tidak ikut dari keperluan anda tidak kira ketika ke sini bersama keluarga atau bersama rakan-rakan, tapi apa yang penting bawa duit poket untuk menyewa apa-apa kemudahan yang diperlukan bila berada di tempat ini nanti. Antara barang keperulan yang rasanya boleh di bawa tersebut adalah seperti berikut :

Barang perlu bawa :

01. Pakaian lebih
02. Barang masakan
03. Minuman
04. Peralatan makan
05. Selimut
06. Kamera
07. Baju Sejuk
08. Bantal
09. Powerbank
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Lampu suluh
13. Pisau lipat
14. Duit poket
15. Ubat Peribadi
16. Pakaian mandi
17. Sejadah
18. Telekung solat
19.
Kerusi Berkhemah
20. Khemah
21. Kompas

Di tempat ini terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh anda sekeluarga atau bersama rakan-rakan lakukan dan yang pertama sudah pastilah aktiviti berkhemah di tapak perkhemahan yang telah tersedia dan memang kebanyakkan pengunjung yang ke sini adalah bertujuan untuk tujuan berkhemah, oleh itu pastikan anda membawa khemah sendiri atau membuat tempahan khemah lebih awal yang disediakan oleh pemilik tempat ini. Selain berkhemah di sini juga anda boleh beriadah bersama keluarga atau rakan anda tidak kiralah anda ke sini berkhemah dan bermalam atau pun yang datang untuk lawatan harian saja seperti datang pagi dan balik petang semata-mata untuk beriadah di tempat ini khusnya ketika ada kesempatan seperti cuti dihujung minggu. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti mandi di sungai yang ada berhampiran tapak perkhemaha, sungai di sini juga tidak terlalu dalam jadi memang sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak, tetapi anda haruslah sentiasa berhati-hati ketika mandi di sungai sebab kadang kala aliran sungai mungkin boleh jadi laju atau deras, ketika berjalan di kawasan sungai juga mestilah sentiasa berhati-hati sebab biasanya batuan sungai adalah licin oleh itu sentiasalah patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atau pemilik tempat ini agar keselamtan anda sekeluarga atau rakan-rakan sentiasa lebih terjamin lebih-lebih jika ada membawa kanak-kanak ke kawasan sungai, kalau ada kemudahan sewa jaket keselamatan rasanya lebih baik untuk anda menyewa jaket tersebut untuk lebih selamat. Untuk aktiviti mandi sungai sebaiknya anda memakai pakaian yang tutup aurat sebab ianya kawasan terbuka yang memang akan ada ramai pengunjung lain yang turut sama mandi di sungai tersebut, dan pastikan jangan buang sampah ke dalam sungai agar sungai ini akan sentiasa kelihatan bersih dan tidak mengganggu ekosistem yang ada di sungai tersebut. Bila sudah habis mandi tu bolehlah melakukan aktiviti masak bbq beramai-ramai yang mana ianya sudah pasti akan menyeronokkan sebab dapat bersama keluarga atau rakan-rakan memasak dan menjamu selera bersama dan ini sekaligus akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau persahabatan.

Terdapat juga aktiviti lain yang anda boleh dilakukan bila berada di sini iaitu seperti membuat aktiviti meredah hutan (jungle trekking) tapi untuk aktiviti ni tidak pasti sekiranya masih ada dan untuk lebih pasti bolehlah tanya pihak pengurusan atau pemilik tempat ini. Selain itu aktiviti bergambar di tempat ini juga sangatlah berbaloi kerana dapat bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah Gunung Kinabalu lebih-lebih lagi jika pada ketika itu cuaca lebih cerah dan tidak ada awan atau kabus tebal yang menutupinya. Sebelum ini ada juga terdapat sesetengah pengunjung yang membawa karaoke untuk mereka bernyanyi mengikut masa yang sesuai agar tidak mengganggu pengunjung yang lain jadi anda bolehlah bertanya pemilik tempat ini sekiranya sekarang ni masih boleh bawa karaoke dan menanyi di sini. Apa pun aktiviti yang anda lakukan sepanjang berada di tempat ini pastikan anda tidak membuang sampah merata tempat agar tapak perkhemahan ini sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke sini pada masa akan datang dam yang paling penting sentiasalah menjaga keselamatan diri anda dan keluarga atau rakan-rakan serta patuhi segala peraturan yang telah pun ditetapkan oleh pemilik tempat ini sepanjang anda berada di sini tidak kira siang atau malam.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut boleh terus menghungiParamat Garden seperti alamat bawah :

Hubungi :
Paramat Garden
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6016 846 3207
Web Fb : Paramat Garden


Ulasan