Langkau ke kandungan utama

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pasar ini terletak di daerah Kota Kinabalu, lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

PASAR KRAFTANGAN KOTA KINABALU

Kredit Gambar : Anasuhana

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar neagra yang datang melancong ke Sabah terutama sekali ke daerah Kota Kinabalu. Pasar ini terletak di dalam kawasan Bandar Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 5 minit berjalan kaki sahaja dari Pusat Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Tun Fuad Stephens. Pasar ini adalah pasar awam yang berada dibawah pengurusan dan kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu oleh itu segala peraturan untuk peniaga di sini adalah dibawah pengawasan DBKK. Pasar ini sememangnya menjadi pilihan orang ramai tidak kira samaada penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar yang datang ke Kota Kinabalu untuk membeli cenderahati sebelum di bawa pulang ke tempat atau negara masing-masing.

Pasar ini merupakan antara tempat yang pasti akan dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong bila datang ke Kota Kinabalu sebab terdapat banyak pilihan untuk membeli barangan seperti kraftangan dan barang perhiasan terutama sekali perhiasan untuk diri wanita dan yang menjadi tarikan utama orang ramai ke sini adalah untuk membeli mutiara sama ada mutiara air tawar atau pun mutiara air masin. Ini adalah kerana mutiara yang dijual di sini biasanya adalah berkualiti dan lebih murah berbanding tempat lain atau negeri lain jadi inilah peluang para pengunjung untuk memilih mutiara yang mereka inginkan. Tetapi 
sekiranya anda baru pertama kali ke sini, contohnya pelancong dari negeri lain atau dari luar negara sebaiknya anda membawa kawan dari kalangan penduduk tempatan atau pemandu pelancong yang ada pengetahuan tentang mutiara jadi senang untuk anda membuat pilihan atau tawar menawar harga serta untuk memastikan keasliannya.


Selain daripada mutiara, terdapat juga barangan lain yang dijual dipasar ini iaitu barang perhiasan yang berasaskan manik dan manik tersebut mempunyai banyak jenis yang boleh anda pilih. Barangan atau kraftangan tradisioanl Sabah iaitu seperti alat muzik Sompoton, Sumpit, T-shirt, bakul, beg tangan, tikar anyaman, sundatang dan bermacam-macam lagi kraftangan hasil daripada ciptaan penduduk tempatan. juga banyak dijual di sini. Jadi kalau memang teringin sangat ke sini pastikan bawa duit lebih sikit agar dapat membeli apa yang anda inginkan, cuma dinasihat sentiasa pegang baik-baik beg duit anda untuk keselamatan sebab kadang kala tempat ini terlalu ramai dikunjungi orang ramai terutama ketika hujung minggu. Secara ringkasnya antara barang yang boleh anda beli sekiranya datang berkunjung ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu ini ialah seperti :

Jualan :

01. Mutiara air tawar/masin
02. Baju T-shirt
03. Alat muzik Sompoton
04. Alat muzik Sundatang
05. Manik-manik
06. Sumpitan
07. Bakul
08. Tikar anyaman
09. Beg tangan
10. Kain tenunan
11. Hiasan kulit siput
12. Kain batik
13. Ukiran kayu
14. Rantai kunci (keychain)
15. Perhiasan rumah
16. Rantai/cintin/subang
17. Gelang/keronsang
18. Butang Baju Melayu Asli
19. Keropok Amplang
20. Kerepek pisang

Senarai di atas ini adalah antara barangan yang boleh anda beli apabila datang ke pasar ini, rasanya banyak lagi termasuklah makanan ringan dan anda akan dapat lihat semuanya apabila datang ke sini. Pastikan juga anda buat tawar menawar sebelum membeli barangan di sini untuk dapatkan harga lebih murah dan boleh juga bandingkan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain, yang penting anda berpuas hati bila membelinya dengan harga yang diinginakan. Jika anda sudah selesai membeli barang di sini boleh juga kalau mahu singgah membeli ikan basah, sotong atau udang dipasar yang terletak di sebelah Pasar Kraftangan ini untuk di bawa pulang ke rumah. Kalau yang datang dari negeri lain boleh beli polistrin untuk letak ikan, sotong atau udang tersebut sebelum di bawa pulang ke negeri anda sebab harga di sini biasanya adalah murah dan berbaloi. 

Di kawasan pasar ini juga terdapat beberapa kemudahan yang boleh digunakan oleh para pengunjung yang datang iaitu seperti tempat duduk yang banyak disediakan untuk siapa yang tidak kuat atau malas untuk berjalan mengikut keluarga atau mengikut kawan-kawan masuk ke pasar ini, jadi bolehlah duduk diluar sambil melihat pemandangan bandar. Kemudahan lain ialah di luar pasar ini biasanya terdapat banyak tukang jahit untuk siapa-siapa yang mahu menjahit baju dan pakaian yang kotak atau betulkan pakai seperti menyambung dan memotong mengikut saiz yang diinginakan. Harga menjahit juga adalah jauh lebih murah dan jika mahu cepat siap boleh cari yang tidak banyak jahitannya. Selain itu terdapat juga tandas yang terletak berhampiran pasar ini bagi yang mahu menggunakan tandas.

Untuk ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu boleh naik bas bagi yang tinggal di Sabah, bagi yang datang dari negeri lain atau luar negara bolehlah naik kapal terbang ke sini. Kalau yang memang di Sabah atau di Sarawak boleh juga memandau kenderaan sendiri menuju ke sini atau kalau tiada kenderaan sendiri bolehlah sewa kereta yang penting anda anda lesen memandu sahaja.

Nota :
1. Tidak boleh merokok di dalam pasar ini
2. Jaga beg duit baik-baik bila terlalu ramai orang
3. Boleh ke pasar ikan bersebelahan pasar ini
4. Sedia bajet lebih jika mahu beli banyak barang

Ulasan