Langkau ke kandungan utama

Pasar Sim-Sim Sandakan

Pasar Sim-Sim Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pasar ini terletak di Kampung Sim-Sim dalam daerah Sandakan iaitu lebih kurang 2.7 km dari Bandar Sandakan, Sabah.

PASAR SIM-SIM SANDAKAN


Pasar Sim-Sim Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang terletak di Kampung Sim-Sim iaitu lebih kurang 2.7 km atau kira-kira 5 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan. Tempat ini adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan di Sabah atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke daerah Sandakan terutama sekali bagi mereka yang suka makan ikan bakar atau makanan laut seperti udang dan sotong. Pasar ini sudah cukup terkenal di Sabah terutama sekali kepada penduduk di daerah Sandakan sebab tempat ini menawarkan pelbagai jenis ikan bakar dengan harga yang berpatutan. Jadi tidak hairanlah pasar ini menjadi pilihan utama penduduk sekitar daerah ini untuk menjamu selera pada waktu siang atau malam.   

Pasar ini dibuka dari pagi sehingga malam, dan biasanya waktu paling ramai orang datang ke pasar ini adalah pada waktu makan tengah hari antara jam 11 hingga jam 2 petang dan makan malam iaitu sekitar jam 7 malam hingga jam 8 malam. Pada waktu makan tengahari memang akan dapat dilihat pasar ini di penuhi dengan orang ramai sehinggakan penjual di pasar ini terpaksa menambah stok ikan mereka agar dapat memenuhi permintaan pelanggan yang datang pada sebelah petang petang dan malam. Jika anda datang pada waktu malam sebaiknya seawal jam 7 atau boleh juga selepas selesai solat isyak (bagi yang muslim). Walaupun pasar ini terletak di luar bandar, namun ia cukup mudah untuk dilawati kerana kemudahan awam juga melalui tempat ini seperti bas mini dan teksi.


Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang menariknya pasar ini sebab pasar ini lebih kurang juga dengan pasar lain yang menjual ikan bakar. Yang menariknya pasar ini adalah di sini pelbagai jenis ikan laut dan ikan air tawar yang dibakar yang membolehkan pelanggan memilih ikan mana yang mereka mahu dan yang paling menariknya di pasar ini ialah anda hanyar perlu membayar untuk harga ikan sahaja manakala nasi putih, air putih, sayur, timun dan sambal diberikan secara percuma dan anda boleh juga meminta untuk menambah nasi putih sekiranya tidak cukup. Inilah salah satunya menjadi tarikan orang ramai untuk datang ke pasar ini, lebih-lebih lagi harga ikan yang ditawarkan juga adalah lebih murah berbanding tempat lain, kalau tempat lain ikan tersebut harganya sekitar RM15.00, di sini mungkin ia adalah dalam RM7.00 hingga RM8.00 sahaja iaitu separuh harga dari tempat lain.

Harga ikan yang ditawarkan di sini adalah mengikut jenis dan saiz ikan tersebut, tapi jangan risau sebab harganya memang sangat berpatutan, jadi tidak hairanlah sekiranya anda melihat pasar ini dipenhui dengan orang ramai. Walaupun terdapat juga segelintir peniaga di sini yang telah membuka cawangan mereka di tempat lain dengan membuka kedai atau restoran, namun orang ramai lebih berminat untuk makan di pasar ini kerana kawasannya yang lebih terbuka. Selain itu walaupun tempat makan ini adalah sebuah pasar pelanggan yang datang bukan sahaja terdiri dari pekerja buruh biasa, namun terdapat juga pelanggan yang terdiri dari doktor, jururawat, pegawai-pegawai kerajaan, peguam dan ini termasuklah juga orang-orang kenamaan yang datang ke sini untuk menjamu selera.   

Untuk ke sini kalau yang datang dari luar daerah Sandakan boleh naik bas ekspress atau kapal terbang, selepas itu bolehlah naik perkhidmatan teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain untuk ke pasar ini, anda juga boleh menyewa kenderaan untuk anda pandu sendiri bila sudah sampai di Sandakan, yang penting anda ada lesen memandu. Bagi yang datang ke Sandakan dengan menaiki kereta sendiri bolelah terus sahaja ke pasar ini yang terletak di Kampung Sim-Sim.

Waktu operasi :
Isnin - Selasa : 9 pagi - 10 malam
Khamis - Ahad : 9 pagi - 10 malam
Rabu : Tutup

Bayaran makanan :
Ikan : Ikut jenis dan saiz
Nasi putih : Percuma
Air putih : Percuma
Sayur-sayuran : Percuma
Sambal : Percuma

Nota :

02. Pada kebiasaannya waktu makan tengahari pasar ini akan dipenuhi ramai orang yang datang makan, jadi jika anda betul-betul mahu ke sini pastikan datang awal.


Ulasan