Pasar Tanjung Tawau adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Pasar yang besar ini terletak di daerah Tawau, Sabah dan merupakan pasar tertutup yang paling besar sekali di Malaysia.
PASAR TAWAU TANJUNG
Pasar Tanjung adalah salah satu tempat menarik di Bandar Tawau yang sudah semestinya anda ke sini untuk mencari buah tangan atau ole-oleh dari Tawau untuk di bawa pulang ke tempat anda sekiranya anda datang ke daerah ini. Pasar yang dimiliki oleh Majlis Perbandaran Tawau ini telah mula dijalankan pembinaanya pada tahun 1995 dan kemudiannya siap sepenuhnya 4 tahun selepas itu iaitu pada bulan Jun 1999 yang mana pembinaan peasar ini menelan kos sebanyak RM25 juta. Pasar ini terletak di Bandar Tawau iaitu di kawasan Sri Tanjung dan nama pasar ini juga telah diambil bersempena nama kawasan pembinaanya.
Pasar ini sememangnya merupakan antara tempat pilihan paling utama para pelancong atau pengunjung dari dalam dan luar negara yang datang ke Tawau tidak kira sama ada melancong atau pun melakukan urusan kerja. Dan boleh dikatakan perjalanan atau percutian ke Daerah Tawau tidak lengkap sekiranya anda tidak datang ke pasar tertutup yang paling besar di Malaysia ini. Dengar saja perkataan pasar paling besar di Malaysia sudah pastilah pasar ini adalah tempat menjual pelbagai jenis jualan. Tidak hanya sebagai tempat untuk jual barang, di tingkat atas pasar ini juga adalah merupakan tempat perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan kerana di sini terletaknya UTC Tawau.
Di pasar ini terdapat pelbagai jenis jualan dari barang peralatan dapur hingga ke barang makanan termasuk makanan kering. Dianggarkan pasar ini mampu untuk menampung sehingga 6000 tapak perniagaan atau pun gerai, namun buat masa ini masih mempunyai ada beberapa lagi tapak gerai yang masih kosong atau belum ada penjual. Oleh kerana kedudukan Daerah Tawau yang sangat hampir dengan beberapa pulau dari negara jiran Indonesia seperti Pulau Nyamuk dan Tarakan, maka tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak peralatan dapur atau makanan ringan yang berasal dari sana iaitu seperti periuk-periuk, kuali, keropok kering dan lain-lain lagi.
Walaupun terdapat beberapa jenis jualan yang datangnya dari negara jiran, namun jualan barangan tempatan tetap menjadi tarikan utama pelancong dan juga pengunjung yang datang ke sini seperti hasil kraftangan dari penduduk tempatan iaitu bakul dan lain-lain lagi. Di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan dan keropok yang dibuat oleh penduduk tempatan terutama sekali keropok ampang, semua pasti tahu keropok ini adalah sangat sinonim dengan Daerah Tawau, jadi kalau mahu borong keropok ampang dengan harga yang lebih murah di sinilah tempatnya. Selain itu terdapat juga beberapa jenis kuih yang dijualn didalam terutamanya kuih dari suku kaum Bugis di Tawau iaitu seperti kuih bangkek dan lain-lain lagi.
Barang makanan lain yang menjadi tarikan di sini adalah makanan kering yang begitu banyak dijual di sini seperti udang kering dan ikan bilis kering. Ikan bilis ini ada yang sudah dibersihkan dan ada yang masih macam biasa, tetapi yang selalu dicari sudah semestinya ikan bilis mata biru yang sangat popular di Malaysia kerana rasanya yang sedap dan rangup. Udang kering dan ikan kering ini juga dijual dengan harga yang lebih murah atau lebih senang orang cakap harga mampu milik, Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke pasar ini sekiranya anda datang ke Tawau.
Untuk ke Tawau anda boleh saja naik bas, kapal terbang atau memandu kereta sendiri dan kalau tiada kereta sendiri boleh juga pilih untuk sewa kenderaan yang penting anda ada lesen. Lepas sampai di Tawau anda boleh jalan terus ke pasar ini. Tapi jangan lupa bawa bajet lebih sikit supaya senang berbelanja dengan memilih barang-barang yang ada di sini.
Oleh kerana pasar ini berada dibawah seliaan dan kendalian Majlis Perbandaran Tawau (MPT), jadi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh menghubungi pihak MPT di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Majlis Perbandaran Tawau
Peti Surat No. 412,
Poskod 91007, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089-701 601
Telefon : +6089-701 604
Nota :
1. Tidak boleh merokok di dalam pasar ini
2. Jaga beg duit baik-baik (jika terlalu ramai orang)
3. Boleh ke pasar ikan yang terletak bersebelah pasar ini
4. Sedia bajet lebih jika mahu borong makana kering

Ulasan
Catat Ulasan