Pasar Umum Sandakan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Pasar Umum ini terletak di dalam daerah Sandakan, iaitu berada di Pusat Bandar Sandakan, Sabah.
PASAR UMUM SANDAKAN
Tingkat bawah dalam Pasar Umum ini adalah dikhaskan untuk peniaga-peniaga yang menjual barang jualan mereka iaitu seperti makanan kering, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, kerepek dan lain-lain lagi. Oleh kerana pasar ni bergabung dengan pasar ikan di bahagian tingkat bawah juga, jadi anda boleh ke pasar ikan jika ingin membeli ikan. Antara beberapa jenis barangan yang ada terdapat atau dijual di tingkat bawah Pasar Umum Sandakan ialah seperti :
PASAR UMUM SANDAKAN
Pasar Umum Sandakan merupakan salah satu tempat menarik di Sandakan yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan dan pelancong dari dalam mahupun luar neagra yang datang melancong ke Sabah terutama sekali ke daerah Sandakan. Pasar ini terletak di tepi laut dalam Bandar Sandakan dan pasar ini juga berada dibawah pengurusan dan pengawasan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) oleh itu segala peraturan yang dikenakan sama ada untuk peniaga atau orang ramai sini adalah di keluarkan oleh MPS. Pasar Umum ini sering menjadi pilihan orang ramai tidak kira sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan juga luar yang datang ke daerah Sandakan untuk membeli barang cenderahati atau barang makanan laut dan makanan kering sebelum di bawa pulang ke tempat atau negeri masing-masing (bagi mereka yang datang dari negeri lain).
Pasar Umum Sandakan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2006 dan merupakan pasar harian bagi peniaga-peniaga sekitar daerah Sandakan untuk menjual pelbagai jualan mereka seperti cenderahati, sayur, buah-buahan, makanan kering, makanan basah, pakaian, gerai makan dan bermacam lagi aktiviti jualan yang ada di sini. Pasar Umum ini ada tiga tingkat semuanya dan setiap tingkat akan dibahagikan jenis jualan yang boleh dijual pada setiap tingkat tersebut, jadi tidak boleh sembarangan menjual lagi pun gerai-gerai yang ada di sini sudah ditetapkan siapa yang menyewanya dan tidak boleh beri dengan orang lain dengan sesuka hati tanpa kebenaran daripada pihak MPS Sendiri. Selain daripada menjadi tempat menjual, pasar ini antara tempat yang sesuai untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam pada waktu petang sambil berehat di jeti yang terletak diluar pasar ini.
Pasar Umum Sandakan telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2006 dan merupakan pasar harian bagi peniaga-peniaga sekitar daerah Sandakan untuk menjual pelbagai jualan mereka seperti cenderahati, sayur, buah-buahan, makanan kering, makanan basah, pakaian, gerai makan dan bermacam lagi aktiviti jualan yang ada di sini. Pasar Umum ini ada tiga tingkat semuanya dan setiap tingkat akan dibahagikan jenis jualan yang boleh dijual pada setiap tingkat tersebut, jadi tidak boleh sembarangan menjual lagi pun gerai-gerai yang ada di sini sudah ditetapkan siapa yang menyewanya dan tidak boleh beri dengan orang lain dengan sesuka hati tanpa kebenaran daripada pihak MPS Sendiri. Selain daripada menjadi tempat menjual, pasar ini antara tempat yang sesuai untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam pada waktu petang sambil berehat di jeti yang terletak diluar pasar ini.
Tingkat bawah dalam Pasar Umum ini adalah dikhaskan untuk peniaga-peniaga yang menjual barang jualan mereka iaitu seperti makanan kering, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, kerepek dan lain-lain lagi. Oleh kerana pasar ni bergabung dengan pasar ikan di bahagian tingkat bawah juga, jadi anda boleh ke pasar ikan jika ingin membeli ikan. Antara beberapa jenis barangan yang ada terdapat atau dijual di tingkat bawah Pasar Umum Sandakan ialah seperti :
Jualan tingkat bawah :
01. Ikan masin kering
02. Ikan bilis kering
03. Udang kering
03. Udang kering
04. Sotong kering
05. Ikan basah
06. Sotong
07. Udang
08. Ketam
09. Sayuran
10. Keropok amplang
11. Daging sapi
12. Daging ayam
13. Kuih cincin
14. Buah-buahan
15. Ubi (bermacam jenis)
Senarai di atas ini adalah antara barangan yang boleh anda beli ditingkat bawah pasar ini, banyak lagi yang ada dijual di sini, anda boleh lihat sendiri apabila datang ke sini. Untuk barang makanan seperti ikan, sotong, udang, ketam dan sayur-sayuran biasanya akan dijual seawal jam 3 pagi, jadi anda boleh datang pada jam 3 pagi sekiranya ingin mendapatkan barang makanan ini yang lebih segar dan juga harganya lebih murah. Biasanya pada waktu ini ramai pemborong-pemborong yang datang di pasar ini untuk membeli barang makanan tersebut (kalau jam 3 pagi biasanya penjual barang basah ini hanya jual di luar pasar sahaja iaitu di kawasan letak kereta yang ada di tepi pasar ini).
Di tingkat satu pula terdapat barang-barang jualan seperti barang perhiasan untuk wanita, kain batik, pakaian sekolah, kasut, beg, kosmetik dan lain-lain lagi. Biasanya orang akan ke sini untuk membeli barang perhiasan seperti mutiara, kosmetik dan juga barang-barang cenderahati untuk di bawa ke negeri asal mereka. Memang banyak jualan-jualan di sini yang boleh anda pilih, yang penting anda pandailah juga untuk tawar menawar agar boleh dapat yang lebih murah. Selain itu anda juga boleh membanding harga antara satu kedai dengan kedai yang lain sebab banyak juga kedai yang hampir sama apa yang di jual mereka, jadi bolehlah anda cuba buat tawar menawar yang mana satu kedai bagi harga lebih murah. Tapi barang di sini memang murah juga, cuma untuk lebih jimat lebih baik buat tawar menawar.
Jika sudah penat berjalan-jalan di pasar ini bolehlah ke tingkat seterusnya untuk menjamu selera sebab di tingkat seterusnya adalah tempat orang buka gerai makan yang boleh anda pilih jenis makanan yang ada dan harganya pun adalah murah. Masakan di sini biasanya adalah masakan rumah atau masakan tradisional mengikut suku kaum yang menjual di gerai tersebut, jadi anda pilih sahaja yang mana satu berkenan dihati. Dengan lokasi pasar ini yang terletak ditepi laut juga bolehlah menjamu selera sambil melihat pemandangan laut yang terbentang luas. Lepas makan bolehlah ke jeti untuk menunggu petang agar dapat melihat keindahan matahari terbenam yang sungguh cantik.
Untuk ke Pasar Umum Sandakan, anda yang dari luar daerah Sandakan bolehlah menaiki kapal terbang atau naik bas yang menuju ke daerah Sandakan. Selepas sampai di Sandakan bolehlah menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan menuju ke Bandar Sandakan. Selain itu menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (yang penting anda adalah lesen memandu), ini adalah agar lebih memudahkan anda pergi dan balik dari tempat ini dan boleh bersiar-siar dan melawat tempat menarik lain di sekitar daerah Sandakan yang sememangnya banyak tempat menarik.
Waktu operasi :
Setiap hari : 3 pagi - 7.30 malam
Biasanya cuma tingkat bawah dan tingkat jualan pakaian yang akan ditutup mengikut masa yang telah ditetapkan (3am-7.30pm), dan bagi gerai makan ditingkat atas pula biasanya dibuka 24 jam dengan berganti-ganti penjual makanan. Tetapi tidak pasti lagi sekarang tingkat makan sekiranya masih sama buka seperti dahulu atau sebaliknya selepas dari PKP.
Bayaran masuk :
Percuma
Nota :
1. Tidak boleh merokok di dalam pasar ini
2. Jaga beg duit baik-baik jika terlalu ramai orang
3. Sedia bajet lebih jika mahu beli banyak barang
1. Tidak boleh merokok di dalam pasar ini
2. Jaga beg duit baik-baik jika terlalu ramai orang
3. Sedia bajet lebih jika mahu beli banyak barang
Ulasan
Catat Ulasan