Langkau ke kandungan utama

Peak Of Hope Tuaran

Peak Of Hope Tuaran merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam daerah Tuaran, Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 40 km dari Bandar Kota Kinabalu Sabah.

PEAK OF HOPE TUARAN


Kredit gambar : Peakofhope

Peak Of Hope Tuaran ialah salah satu tempat menarik di Tuaran, Kota Kinabalu yang juga merupakan satu kawasan tanah tinggi dan menyajikan satu pemandangan cantik untuk aktiviti bergambar. Tempat ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak tahun 2018 di sebuah kawasan tanah tinggi atau bukit dengan ketinggian 2,050 meter dari aras laut yang terletak di Kampung Mosung Tuaran. Tempat ini tidak jauh dari Pekan Tuaran dan Bandar Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang 7.5 km atau kira-kira 13 minit perjalanan dari Pekan Tuaran dan lebih kurang 40 km atau kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Peak Of Hope juga adalah antara tempat yang menjadi pilihan orang ramai terutama sekali penduduk sekitar daerah Tuaran dan Kota Kinabalu untuk meluangkan masa bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan sambil bersantai, beriadah dan mengambil gambar. 

Dengan suasana yang tenang dan pemandangan alam semulajadi yang cukup mengagumkan maka tidak hairanlah tempat ini sering menjadi pilihan orang ramai untuk datang ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau cuti dihujung minggu. Pemandangan di sini sememangnya menarik lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu ketika matahari terbenam yang sudah pasti akan membuatkan anda teruja melihatnya dan sudah semestinya menarik minat anda untuk mengambil gambar dengan suasana pemangan yang cukup cantik. Bagi mereka yang minat dan suka memuat naik gambar-gambar cantik di media sosial seperti instagram, tempat ini adalah yangs sesuai buat anda tidak kira sama ada anda datang pada waktu awal pagi, tengahari atau pun petang pemandangan di sini tetap menarik dan mempersonakan, Tetapi pastikan bateri kamera anda mencukupi untuk mengambil gambar dengan banyak.


Selain daripada aktiviti bersantai dan beriadah sambil mengambil gambar pemandangan yang cantik di tempat ini, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan apabila berkunjung ke sini iaitu seperti memasak barbeque yang dibenarkan buat di sini, anda juga boleh bermain layang-layang di atas bukit ini kerana sesuai dengan angin yang bertiup untuk menerbangkan layang-layang tersebut dan anda juga boleh bermain belon air yang disediakan di sini. Aktiviti-aktiviti ini biasanya akan di kawal atau di pantau oleh para petugas tempat ini agar dapat menjamin keselamatan anda semasa melakukan setiap aktiviti tersebut. Terdapat juga aktiviti yang lebih mencabar iaitu menaiki Quad Bike (ATV) selama 40 minit dengan dipandu oleh seorang jurupandu dan aktiviti paragliding yang juga akan dikendalikan oleh seorang jurupandu daripada kalangan petugas di tempat ini. Tempat ini juga sangat sesuai untuk aktiviti melihat bintang pada waktu malam kerana kedudukannya yang tinggi di atas bukit. Ringkasnya antara aktivit yang boleh dilakukan di sini ialah seperti : 

Aktiviti :

01. Bergambar
02. Santai
03. Beriadah
04. Barbeque
05. Layang-layang
06. Main belon air
07. Naik ATV
08. Paragliding
09. Zipline
10. Melihat bintang

Selain tempat-tempat aktiviti, terdapat juga kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Peak Of Hope agar dapat memudahkan para pangunjung sepanjang mereka beada di tempat ini. Kemudahan yang disediakan ni tidak semua percuma contohnya macam tempat makan dan kantin jualan tu anda kena bayarlah kalau makan. Dengan adanya kemudahan yang disediakan ini, maka ianya akan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung yang datang ke sini kerana apa yang diperlukan ada juga di tempat ini. Bila ada sudah kemudahan yang disediakan ini, pengunjung haruslah menggunakannya dengan lebih baik dan jangan pula sampai dirosakkan atau mengambil kemudahan tersebut tanpa meminta kebenaran dari pihak pengurusan di sini terlebih dahulu. Antara beberapa kemudahan yang ada di sediakan oleh pihak Peak Of Hope adalah seperti berikut :

Kemudahan :

01. Lokasi bergambar
02. Meja/kerusi
03. Kantin jualan
04. Quad Bike (ATV)
05. Pengankutan naik
06. Tandas
07. Taman tema
08. Payung paragliding
09. Tempat barbeque
10. Belon air
11. Tiang lampu
12. Tong sampah
13. Laluan jalan kaki
14. Replika kapal terbang

Jika anda berminat dengan aktiviti-aktiviti seperti senarai di satas tadi, anda perlulah sediakan barang atau peralatan yang perlu di bawa bila ke sini,  pakailah pakaian yang lebih sesuai untuk aktiviti yang anda rancang ingin dilakukan, sebagai contoh pakai seluar panjang dan kasut sekiranya anda ingin melakukan aktiviti paragliding, sebab kalau tidak pakai seluar yang panjang dan berkasut, anda tidak akan dibenarkan ikut aktiviti tersebut. Anda juga boleh bawa makanan basah untuk dan juga peralatan yang digunakan untuk memasak bbq, jadi dapatlah juga menjimatkan kos anda nanti, sekiranya tidak ada barulah sewa saja peralatan yang ada disediakan di sini. Kalau memasak bbq pastikan juga bawa piring dan gelas, boleh beli saja yang jenis plastik pakai buang tu, jadi tidak perlulah bawa balik atau di cuci selepas sudah menggunakannya.

Untuk ke sini anda yang datang dari luar daerah Kota Kinabalu bolehlah naik bas menuju ke Kota Kinabalu, kemudian naik bas mini di Terminal Bas Bandaran yang menuju ke daerah Tuaran. Selepas sampai di Tuaran boleh sewa teksi atau e-hailing untuk ke tempat ini. Selain itu anda juga boleh terus sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing dari Kota Kinabalu ke tempat ini jika ingin lebih cepat, pastikan beritahu pemandu bas atau teksi dan e-hailing dimana anda mahu diturunkan. Tapi kalau ada kereta sendiri adalah lagi baik, dan sekiranya tidak ada kereta sendiri bolehlah sewa dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen memandu).

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 7 malam

Bayaran masuk :
Dewasa 13 tahun ke atas : RM20.00
Kanak-kanak 8-12 tahun : RM10.00
Kanak-kanak 0-7 tahun : Percuma
Orang kurang upaya : Percuma
(Bayaran termasuk pengangkutan ke bukit)

Bayaran masuk di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Oleh itu pertanyaan seperti bayaran aktiviti, sewa tapak bbq dan lain-lain lagi bolehlah menghubungi pihak pengurusan Peak Of Hope seperti alamat di bawah :

Alamat :
Peak Of Hope
89150, Tuaran, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-846 1881
Webiste : facebook.com/peakofhope/


Ulasan