Pekan Nabalu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Pekan Nabalu terletak di Pantai Barat dalam daerah Kota Belud, iaitu lebih kurang 46.9 km dari Pekan Kota Belud, Sabah.
PEKAN NABALU
Kredit Gambar : Kotakinabalu info
Walaupun pekan ini terletak tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu yang terletak di Kundasang Ranau iaitu lebih kurang 12 km sahaja, namun pekan ini sebenarnya masih terletak dalam daerah Kota Belud dan pekan ini juga berada dibawah pengurusan dan pentadbiran Majlis Daerah kota Belud. Pekan ini sememangnya menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke daerah lain seperti Kundasang, Ranau dan lain-lain lagi dan boleh dilihat tempat ini sering dipenuhi oleh orang ramai terutama sekali ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pada hujung minggu, terdapat juga banyak kereta dari ejen pelancongan tempatan yang membawa ramai pelancong dari luar negara turut sama singgah berehat sambil menjamu selera dan boleh melihat pelbagai jualan yang terdapat di Pekan Nabalu.
Pekan Nabalu juga terkenal dengan jualan barangan kraftangan dan cenderahati yang dihasilkan oleh penduduk tempatan dan tidak hairanlah kebanyakkan pelancong suka membeli barangan kraftangan dan cenderhati dari Pekan Nabalu untuk di bawa pulang ke negara mereka sebagai kenangan percutian ke negeri ini. Selain daripada jualan barangan kraftangan dan cenderhati terdapat juga banyak kedai makan atau restoran untuk pengunjung menjamu selera sambil menghirup udara sejuk dan segar. Anda juga boleh singgah untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang banyak dijual di pekan ini dan kebanyakkan semua sayur dan buahan yang dijual di sini adalah hasil pertanian oleh penduduk tempatan yang tinggal disekitar pekan ini dan yang menariknya mereka biasanya akan menjual dengan harga yang lebih murah, jadi anda bolehlah beli banyak sikit untuk bawa pulang ke rumah.
Walaupun kebanyakkan orang ramai akan singgah atau berhenti di Pekan Nabalu untuk berehat dan makan tetapi yang paling menjadi tumpuan sebenarnya adalah lokasi tempat bergambar yang telah disediakan khas untuk para pengunjung penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara. Tempat atau lokasi bergambar ini sememangnya mempunyai pemandangan yang cukup menakjubkan dan mengagumkan, dari lokasi bergambar ini anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri teguh dan megah dengan begitu jelas, terutama sekali apabila cuaca pada waktu itu adalah cerah. Boleh dikatakan setiap pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah pasti tidak akan melepaskan peluang datang ke sini bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah Gunung Kinabalu untuk dijadikan kenangan apabila kembali ke tempat asal mereka.
Pekan Nabalu merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud yang juga antara tempat paling popular untuk bergambar atau mengambil gambar pemandangan di negeri Sabah ini. Pekan Nabalu ni terletak dalam daerah Kota Belud iaitu lebih kurang 46.9 km atau kira-kira 57 minit perjalanan dari Pekan Belud dan lebih kurang 74 km atau kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Pekan Nabalu dahulunya lebih dikenali dengan nama 'Perhentian Nabalu' yang mana tempat ini tempat perhentian utama para pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin menuju ke Taman Negara Kinabalu (Kinabalu Park). Sehingga ke hari ini tempat ini masih lagi menjadi persinggahan atau perhentian utama penduduk tempatan dan pelancong luar.
Walaupun pekan ini terletak tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu yang terletak di Kundasang Ranau iaitu lebih kurang 12 km sahaja, namun pekan ini sebenarnya masih terletak dalam daerah Kota Belud dan pekan ini juga berada dibawah pengurusan dan pentadbiran Majlis Daerah kota Belud. Pekan ini sememangnya menjadi pilihan utama penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke daerah lain seperti Kundasang, Ranau dan lain-lain lagi dan boleh dilihat tempat ini sering dipenuhi oleh orang ramai terutama sekali ketika musim cuti seperti cuti sekolah atau pada hujung minggu, terdapat juga banyak kereta dari ejen pelancongan tempatan yang membawa ramai pelancong dari luar negara turut sama singgah berehat sambil menjamu selera dan boleh melihat pelbagai jualan yang terdapat di Pekan Nabalu.
Pekan Nabalu juga terkenal dengan jualan barangan kraftangan dan cenderahati yang dihasilkan oleh penduduk tempatan dan tidak hairanlah kebanyakkan pelancong suka membeli barangan kraftangan dan cenderhati dari Pekan Nabalu untuk di bawa pulang ke negara mereka sebagai kenangan percutian ke negeri ini. Selain daripada jualan barangan kraftangan dan cenderhati terdapat juga banyak kedai makan atau restoran untuk pengunjung menjamu selera sambil menghirup udara sejuk dan segar. Anda juga boleh singgah untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang banyak dijual di pekan ini dan kebanyakkan semua sayur dan buahan yang dijual di sini adalah hasil pertanian oleh penduduk tempatan yang tinggal disekitar pekan ini dan yang menariknya mereka biasanya akan menjual dengan harga yang lebih murah, jadi anda bolehlah beli banyak sikit untuk bawa pulang ke rumah.
Walaupun kebanyakkan orang ramai akan singgah atau berhenti di Pekan Nabalu untuk berehat dan makan tetapi yang paling menjadi tumpuan sebenarnya adalah lokasi tempat bergambar yang telah disediakan khas untuk para pengunjung penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara. Tempat atau lokasi bergambar ini sememangnya mempunyai pemandangan yang cukup menakjubkan dan mengagumkan, dari lokasi bergambar ini anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri teguh dan megah dengan begitu jelas, terutama sekali apabila cuaca pada waktu itu adalah cerah. Boleh dikatakan setiap pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah pasti tidak akan melepaskan peluang datang ke sini bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah Gunung Kinabalu untuk dijadikan kenangan apabila kembali ke tempat asal mereka.
Walaupun tidak banyak aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan di sini, namun dengan bergambar di sini dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, ianya sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan yang tidak terhingga. Yang penting anda atur masa yang sesuai sekiranya ke tempat ini agar dapat melihat pemandangan gunung ini dengan jelas, ketika hujan mungkin sukar sedikit untuk melihat gunung tersebut disebabkan oleh kabus yang tebal. Antara beberapa aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan di Pekan Nabalu ialah :
Aktiviti :
01. Berehat
02. Menjamu selera
03. Membeli sayur dan buahan
04. Membeli kraftangan
05. Jalan di pasar
06. Bersiar-siar
07. bergambar
08. Membeli cenderahati
Terdapat juga beberapa kemudahan yang terdapat di Pekan Nabalu ini untuk kegunaan para pengunjung yang datang ke tempat ini agar dapat memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di sini. Antara kemudahan yang terdapat di Pekan Nabalu ialah :
Kemudahan :
01. Restoran
02. Tempat letak kereta
03. Tempat bergambar
04. Gerai sayur
05. Gerai buahan
06. Pasar kraftangan
07. Gerai cenderahati
08. Gong sembilan Murut
09. Pondok rehat
10. Tempat duduk
11. Tandas awam
Kemudahan-kemudahan ini akan dapat memudahkan lagi pengunjung yang datang ke sini tanpa perlu membawa banyak barang. Boleh jugalah jika mahu bawa barang keperluan yang utama saja, contohnya seperti membawa makanan bungkus, air minuman, topi atau payung dan yang paling penting ialah bawa kamera sebab pemandangan di sini memang sangat cantik terutamanya ketika waktu cerah.
Untuk ke sini anda bolehlah menaiki bas contohnya dari Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau yang menuju ke daerah Kundasang atau Ranau, dan beritahu pemandu untuk menurunkan anda di Pekan Nabalu. Tetapi kalau ada kereta sendiri adalah lebih baik, anda boleh singgah di tempat ini berapa lama pun yang anda suka sambil melawat tempat-tempat yang lain lagi
Waktu operasi (pasar) :
Setiap hari : 8 pagi - 8 malam
Tempat begambar :
Sentiasa buka
Bayaran masuk :
Percuma
Ulasan
Catat Ulasan