Penampang

Penampang merupakan salah sebuah pekan atau daerah yang terdapat di Negeri Sabah. Penampang terletak di Pantai Barat, Sabah dan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

PENAMPANG

Kredit Gambar : Wikimedia

Penampang merupakan salah satu bandar atau daerah yang terletak di Sabah. Ia terletak di Bahagian Pantai Barat dan berada tidak jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu iaitu 40 km atau lebih kurang 50 minit perjalanan menaiki kenderaan. Daerah ini juga merupakan tempat pusat kebudayaan bagi suku kaum Kadazan-Dusun dalam penganjuran majlis atau pesta kebudayaan iaitu seperti kemuncak sambutan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun dan pelbagai lagi acara kebudayaan suku kaum tersebut.  

Asal usul nama Penampang dikatakan berasal dari perkataan Kadazan-Dusun 'Pampang' yang bermaksud 'Batu Besar' kerana pada masa itu terdapat sebiji batu besar yang terletak di salah sebuah kampung di daerah ini. Penggunaan perkataan pampang yang kerap digunakan oleh penduduk kampung setelah sekian lama akhirnya bertukar sebutan menjadi 'Penampang' yang seterusnya mereka memberikan nama tersebut dengan nama Kampung Penampang yang terletak berhampiran dengan Sungai Moyog. Daerah ini ditadbir oleh sebuah majlis perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Penampang dan terletak dalam seliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).


Daerah ini mempunyai keluasan kira-kira 17,895 batu persegi dengan jumlah bilangan penduduknya 100 ribu lebih orang dan majoriti penduduk di daerah ini adalah dari suku kaum Kadazan-Dusu iaitu lebih dari 60%. Pekerjaan penduduk daerah ini meliputi pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan, berniaga sendiri, perindustrian dan lain-lain lagi. Terdapat juga pekan atau daerah kecil yang berada di bawah kendalian Majlis Perbandaran Penampang iaitu seperti :

01. Kepayan
02. Inobong
03. Moyog
04. Penampang Baru

Terdapat banyak tempat menarik di sekitar daerah Penampang yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamanya ke Bahagian Pantai Barat iaitu seperti :

01. Monsopiad Cultural Village
02. Pusat Rekreasi Tinukadan
03. Tagal Tinopikon
04. Aku Sarupung Camping Site
05. KDCA Cultural Village
06. Dan lain-lain lagi

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan