Langkau ke kandungan utama

Perpustakaan Cawangan Ranau

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Ranau merupakan salah sebuah perpustakaan yang terdapat di Sabah. Perpustakaan ini dibina untuk penduduk-penduduk di sekitar daerah Ranau, Sabah.

PERPUSTAKAAN RANAU

Credit Gambar : Pnsranau

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Ranau merupakan salah sebuah satu perpustakaan yang terletak di Pantai Barat Negeri Sabah iaitu di daerah Ranau lebih kurang 1.4 km atau 3 minit saja perjalanan dari Bandar Ranau. Perpustakaan Cawangan Ranau ini dibina adalah bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk yang tinggal di sekitar daerah Ranau dan kawasan sekitarnya.

Perpustakaan ini menyediakan beberapa perkhidmata untuk kemudahan orang ramai atau pengunjung yang datang ke perpustakaan ini iaitu antaranya adalah :


Perkhidmatan :

1. Bahan rujukan
2. Bahan bacaan
3. Bahan akhbar
4. Perkhidmatan internet


Oleh itu jangan lupa untuk datang ke perpustakaan ini untuk cari maklumat atau menimba ilmu pengetahuan dengan bahan bacaan yang telah disediakan di sini. Boleh datang ke sini dengan kawan-kawan membaca atau membuat kerja seperti kerja sekolah dan lain-lain lagi.

Siapa pun boleh datang ke perpustakaan ini, tidak kira tua atau pun muda sebab perpustakaan adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menimba ilmu kerana terdapat banyak bahan bacaan. Macam orang selalu cakap banyakkan membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu. 

Nota :

1. Jangan terlalu bising ketika berada di perpustakaan
2. Jangan buang sampah di dalam atau luar perpustakaan

Waktu operasi :
Isnin :
10.00 pagi - 5.00 petang

Selasa - Jumaat :
9.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu :
9.00 pagi - 2.00 petang


Ahad & Cuti Umum :
Tutup

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Perpustakaan Cawangan Ranau di alamat seperti berikut :

Alamat :
Perpustakaan Cawangan Ranau

P.O.Box 98,
Poskod 89308, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Tel :+6088-875 419
Website :
Library Ranau

Ulasan