Persisiran Traulsen Tawau merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Persisiran Traulsen terletak di dalam daerah Tawau iaitu cuma 3 minit berjalan kaki dari Pusat Bandar Tawau Sabah.
PERSISIRAN TRAULSEN TAWAU
Kredit gambar : Melancong
Persisiran Traulsen Tawau adalah salah satu tempat menarik di Tawau terletak di daerah Tawau iaitu cuma 3 minit berjalan kaki saja dari Pusat Bandar Tawau. Tempat ini adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai sama ada penduduk tempatan atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamnya ke daerah Tawau. Persisiran Traulsen Tawau adalah antara lokasi pilihan orang ramai terutama sekali penduduk tempatan yang tinggal di sekitar daerah Tawau untuk datang bersantai dan beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan dan boleh dilihat tempat ini akan dipenuhi oleh orang ramai termasuklah pelancong dari dalam atau luar negara terutamanya pada waktu petang di musim cuti seperti sekolah ataupun cuti dihujung minggu.
Dengan lokasinya yang berada di tepi laut Persisiran Traulsen Tawau atau juga dikenali dengan nama Traulsen Recreation Park sememangnya menyajikan satu pemandangan yang cukup indah ke arah laut yang biru dan terbentang luas. Tempat ini juga dihias cantik dengan pelbagai bentuk dan ukiran dan yang paling menariknya adalah terdapatnya beberapa pokok bunga sakura yang ditanam disepanjang tepi jalan persisiran ini dan apabila bunga sakura ini mekar dan berguguran ke bumi ianya akan dapat memberikan satu gambaran seolah-olah anda berada di luar negara seperti suasana musim bunga sakura di Jepun. Biasanya bunga sakura ini akan mekar dan berbunga sekitar penghujung bulan Mac hingga bulan April, ini akan memberikan peluang kepada para pengunjung yang datang ke persisiran ini untuk mengambil gambar yang berlatarbelakangkan bunga sakura.
Walaupun tempat ini di tepi laut tapi ia bukanlah tempat untuk anda mandi-manda, sebab Persisiran Traulsen Tawau ini adalah satu taman rekreasi untuk anda sekeluarga atau rakan-rakan untuk beriadah dengan duduk di tepi laut sambil bercerita atau mengambil gambar dan menghirup udara segar yang bertiup dari arah laut. Aktiviti yang mungkin boleh anda lakukan di sini adalah seperti berjalan kaki di tepi laut, berjoging, berbasikal dan lain-lain lagi. Tetapi berjogin atau berbasikal di laluan yang terdapat di persisiran ini mungkin agar sukar apabila pada musim cuti atau dihujung minggu sebab terdapat ramai orang yang akan berada di sini untuk beriadah. Sekiranya anda bercadang datang ke sini ketika hujung minggu adalah lebih baik untuk datang awal sedikit agar boleh cari tempat duduk yang telah di sediakan di sini, tapi kalau lambat bolehlah bawa tikar untuk duduk dibawah pokok bunga sakura

Kalau anda mahu ke sini sebaiknya datang pada waktu petang sebab cuaca pada waktu petang adalah lebih redup dan tidak terlalu panas, jadi bolehlah duduk beriadah dengan lebih selesa bersama keluarga dan rakan-rakan. Kalau mahu lagi menarik boleh tunggu sehingga matahari terbenam untuk mengambil gambar suasana pemandangan alam semulajadi pada waktu matarhari terbenam yang sudah pasti akan membuatkan anda merasa terpesona apabila melihatnya.
Kalau ada lagi yang tidak tersenarai di atas bolehlah bawa saja apa yang dirasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan perjalanan anda ke sini. Yang penting pastikan bateri kamera cukup untuk anda mengambil gambar yang lebih banyak apabila berada di sini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Persisiran Traulsen Tawau ini bersama keluarga atau kawan-kawan untuk mengambil gambar kenangan dan melihat keindahan pemandangan alam semulajadi yang sudah cukup mempesonakan dan mengagumkan. Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan di sini untuk para pengunjung yang datang iaitu antaranya :
Kemudahan :
01. Gerai jualan (makan/minum)
02. Tempat duduk tepi laut
03. Laluan berjalan kaki
04. Tempat letak kereta
05. Dan lain-lain lagi
Untuk ke sini lebih baik kalau ada kereta sendiri, atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah sewa dengan orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Ini adalah agar lebih memudahkan perjalanan ke sini dan pulang semula ke tempat anda dan boleh juga pergi ke tempat menarik lain di sekitar daerah Tawau yang mempunyai banyak tempat menarik. Pilihan lain dengan menaiki bas ekspress atau kapal terbang yang menuju ke Tawau, kemudian boleh berjalan kaki saja terus ke Persisiran Traulsen Tawau yang cuma memakan masa lebih kurang 3 minit saja.
Waktu operasi :
Setiap hari : Sentiasa buka
Bayaran masuk :
Percuma
Oleh kerana tempat ini adalah diurus dan dijaga oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT), jadi jika anda mahu buat sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak MPT seperti alamat yang tertera di bawah ini :
Alamat :
Majlis Perbandaran Tawau
Peti Surat 412,
91007, Tawau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 089-701 601
Telefon : 089-701 604
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang
Ulasan
Catat Ulasan