Pesta Damas merupakan salah satu pesta yang terdapat di negeri Sabah. Pesta Damas ini merupakan pesta tradisi bagi suku kaum Sungai terutamanya yang tinggal di sebelah Pantai Timur Sabah.
PESTA DAMAS
Kredit Gambar : sabasofficial
Pesta Damas merupakan pesta tradisi bagi suku kaum atau etnik Sungai di Sabah terutama sekali di Beluran dan Kinabatangan. Damas adalah perahu tradisional bagi etnik Sungai yang menjadi salah satu pengangkutan utama untuk mereka mencari rezeki sejak turun temurun. Pesta ini mula dijadikan pesta tahunan sejak tahun 2015 dan biasanya dibuat dalam bulan 9. Sambutan kali pertama pesta ini telah diadakan bertempat di Kinabatangan dan ianya adalah sambutan yang amat bermakna bagi suku kaum Sungai.
Pesta ini selalunya akan dibuat atau dianjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) dan ianya adalah bertujuan agar dapat memperkenalkan dan lagi kebudayaan etnik Sungai kepada masyarakat tempatan terutama sekali kepada golongan muda dari etnik tersebut. Selain itu dengan ada penganjuran pesta ini akan dapat memperkenalkan lagi kebudayaan etnik Sungai kepada pelancong dari dalam atau luar negara yang datang ke negeri Sabah.
Terdapat banyak acara yang biasanya dibuat dan dijalankan ketika berlangsungnya Pesta Damas ini, antara acara tersebut adalah seperti :
01. Pertandingan Damas berhias
02. Pertandingan mewarna (kanak-kanak)
03. Pertandingan tarian tradisi
04. Pertandingan pakaian tradisi
05. Pertandingan masakan tradisi
06. Pertandingan nyanyian
07. Pertandingan sukan tradisi
08. Perlumbaan basikal
09. Motor Show
10. Persembahan muzik tradisi
11. Pameran rumah, pakaian dan kraftangan tradisi
12. Pameran pelamin perkahwinan tradisi
13. Pertandingan Mengera Alali
Selain acara di atas terdapat lagi beberapa acara lain yang ada dibuat untuk memeriahkan lagi pesta ini sekaligus dapat menguatkan lagi semangat kepada masyarakat etnik Sungai untuk terus memperkasakan lagi kebudayaan mereka dan dapat memupuk semangat perpaduan dan keharmonian antara mereka.
Oleh kerana pesta ini biasanya dianjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) maka sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pesta ini atau ingin pergi melihat pesta ini bolehlah cuba bertanya dengan persatuan ini untuk mendapatkan maklumat mengenai bila dan di mana pesta ini akan dibuat pada tahun-tahun tersebut.

Ulasan
Catat Ulasan