Langkau ke kandungan utama

Pesta Kubis

Pesta Kubis merupakan salah satu pesta tradisi yang terdapat di negeri Sabah. Pesta ini adalah pesta  bertujuan untuk mempromosi tanaman atau sayur tempatan sabah terutama sekali kubis.

PESTA KUBIS


Kredit Gambar : Tesistebal

Pesta Kubis adalah salah satu pesta yang terdapat di negeri Sabah. Pesta ini adalah pesta yang diadakan bagi tujuan untuk mempromosikan lagi sayur-sayuran tempatan negeri Sabah terutamanya Sayur Kubis yang begitu banyak tumbuh dengan suburnya di Sabah terutamanya di Kundasang, ia juga adala sebagai tanda panghargaan kepada para petani khususnya di Ranau. Pesta ini telah pun diadakan lebih daripada 20 tahun di Sabah yang bermula sejak pada tahun 1997.

Pesta Kubis biasanya dianjurkan di Pekan Kundasang, Ranau kerana tempat atau daerah ini merupakan antara tempat dimana pelbagai jenis sayuran dapat tumbuh dengan subur dan kebanyakkan penduduk di daerah ini juga adalah bekerja sebagai petani terutamanya menanam sayur kerana tanah dan cuaca di Kundasang yang sangat sesuai untuk aktiviti pertanian dan menanam pelbagai macam jenis sayuran termasuklah Kubis. Pesta ini biasanya diadakan setiap tahun iaitu pada penghujung tahun iaitu pada penghubung bulan November dan juga awal bulan Disember.


Apabila pesta ini diadakan, ramai petani dari daerah Kundasang, Ranau dan daerah-daerah luar yang datang ke sini untuk menjual dan memperomosikan hasil tanaman sayur mereka. Ada juga sesetengah penduduk yang menjual bukan setakat sayur saja tetapi bermacam lagi jenis jualan lain hasil daripada tanaman pertanian mereka untuk mereka promosikan di sini. Ketika pesta ini berlangsung memang akan terlalu ramai orang yang akan datang, jadi anda mungkin akan sukar untuk dapatkan tempat letak kereta, tapi kalau awal ke sini memang tiada masalah untuk dapatkan tempat letak kereta.

Terdapat banyak acara yang akan diadakan sepanjang berlangsungnya Pesta Kubis ini yang mana pesta ini biasanya berlangsung dalam beberapa hari mengikut keadaan. Antara acara yang biasanya diadakan di daerah Kundasang ini apabila Pesta Kubis diadakan adalah :

Pertandingan :

01. Pertandingan nyanyian dan tarian
02. Pertandingan lagu 60an
03. Pertandingan sayuran-sayuran
04. Persembahan tarik tali
05. Pertandingan kereta 4x4
06. Persembahan artis jemputan
07. Pameran Agensi Kerajaan
08. Anugerah Khas

Terdapat banyak lagi acara lain yang boleh dijalankan ketika berlangsung pesta ini yang mana kebanyakkannya adalah acara bagi mempromosikan lagi daerah Kundasang, Ranau agar menjadikan daerah ini sebagai antara lokasi utama kepada para pelancong yang datang melancong ke Negeri Sabah.

Dengan adanya pesta ini juga ianya akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk kampung-kampung sekitar daerah Kundasang, Ranau kerana dengan adanya pertandingan seperti pertandingan nyanyian dan tarian antara kampung maka penduduk kampung-kampung tersebut akan duduk bersama untuk memberikan sokongan kepada peserta mereka sekaligus dapat kenalan dari penduduk kampung lain.

Pesta ini juga adalah sangat sesuai diadakan kerana dengan adanya pesta ini maka penduduk negeri ini terutamanya dari golongan petani dapat menjual dan mempromosikan lagi hasil pertanian mereka. Ini akan dapat membantu mereka dari segi pendapatan dan dapat meningkatkan lagi ekonomi mereka termasuklah ekonomi Negeri Sabah

Nota :
1. Datang awal ketika pesta ini diadakan supaya dapat tempat letak kereta
2. Sedia bajet lebih sebab banyak sayuran yang murah
3. Sokong hasil pertanian negeri kita

Ulasan