Peter Rajah merupakan salah seorang lagenda bola sepak Sabah. Peter Rajah adalah bekas pemain bola sepak Sabah FA dan juga bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia sebagai penjaga gol.
PETER RAJAH
Peter Rajah adalah salah seorang lagenda pemain bola sepak Sabah FA serta merupakan salah seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan bagi Malaysia dan bermain di posisi penjaga gol. Beliau berasal dari Sabah dan lahir pada tahun 1951 di Sandakan. Beliau telah mulakan karier bola sepak professional pada tahun 1972, dan sebelum bermain bola sepak, beliau pernah mewakili Sabah, Selangor dan juga mewakili negara Malaysia dalam kejohanan sukan Bola Keranjang.
Beliau merupakan antara penjaga gol negara yang telah sama-sama membantu kemenangan Malaysia seterusnya melayakkan pasukan negara bertanding di Sukan Olimpik dalam sukan bola sepak. Beliau turun bermain secara berganti ganti dengan 2 lagi penjaga gol negara iaitu R Arumugam dan Ong Yu Tiang.
Dalam aksi kelayakan ke Sukan Olimpik tersebut, pasukan negara telah dapat mengalahkan Brunei 3-1 pada 27 Mac 1980, seri dengan Jepun 1-1 pada 30 Mac 1980, kemudian pasukan negara mengalahkan Korea Selatan 2-1 pada 6 April 1980 sekaligus dapat melayakkan pasukan negara ke Sukan Olimpik Moscow. Walaubagaimanapun Malaysia telah menarik diri daripada Sukan Olimpik tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Moscow yang menyerang Afghanistan pada masa itu.
Peter Rajah juga merupakan antara pemain yang disegani semasa penglibatan beliau dalam bola sepak, dan beliau juga dikenali sebagai penjaga gol kebal kerana ketangkatan beliau menyebabkan pasukan pihak lawan terlalu sukar untuk menjaringkan gol. Selain itu beliau merupakan antara penjaga gol yang berkemampuan untuk menangkap bola dengan sebelah tangan saja iaitu ketika Sabah FA menentang Negeri Sembilan pada tahun 1979.
Trio Sabah iaitu Peter Rajah, Hassan Sani dan James Wong merupakan antara trio yang amat di segani bermula awal tahun 1980an. Ini dapat dilihat pada tahun 1979 apabila ketiga-tiga mereka berjaya membantu Sabah menamatkan musim tersebut ditangga kedua walaupun pada awal musim pasukan Sabah bermula dengan perlahan.
Peter Rajah bersara dari dunia Bola Sepak pada tahun 1995 selepas menjadi jurulatih penjaga gol Sabah Fa dan selepas bersara beliau pernah menjadi pengurus di beberapa pusat sukan atau kompleks Sukan di negeri Sabah iaitu seperti di Likas, Keningau, Penampang, Tawau, dan Sandakan.
Mendiang Peter Rajah meninggal dunia pada tanggal 14 November 2014 iaitu ketika berusia 63 tahun. Pada tanggal 3 Oktober 2020 mendiang Peter Rajah telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di-Petua Negeri Sabah.

Ulasan
Catat Ulasan