Langkau ke kandungan utama

Pitas Bay View

Pitas Bay View merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak dalam daerah Pitas iaitu termasuk dalam Bahagian Kudat lebih kurang 130 km Bandar Kudat, Sabah.

PITAS BAY VIEW


Kredit gambar : xploresabah

Pitas Bay View merupakan salah satu tempat menarik di Sabah dan juga tempat menarik yang baru di bina di Pitas dalam Bahagian Kudat iatu lebih kurang 130 km atau kira-kira 2 jam 10 minit perjalanan dari Bandar Kudat dan lebih kurang 180 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Tempat ini dahulunya adalah kawasan biasa sahaja dengan rumput yang panjang dan terdapat jeti yang telah usang, namun ia kemudiannya telah dimajukan untuk agar dapat menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini. Pitas Bay View ini telah dirasmikan pembukaannya pada 21 Ogor 2020 yang mana ianya akan memberi peluang kepada penduduk Sabah khususnya penduduk sekitar daerah Pitas untuk datang ke lokasi pelancongan yang baru dibina ini. Tempat ini masih baharu jadi mungkin berapa ramai lagi orang yang tahu akan adanya tempat ini, tapi bagi penduduk daerah pitas mereka tidak melepaskan peluang untuk selalu berkunjung ke sini terutamanya ketika hujung minggu atau cuti umum.

Kawasan pelancongan sememangnya ini dihias dengan begitu cantik sekali, dengan beberapa batang pokok termasuk bunga yang ditanam disekitar tepi laut, tapak kawasannya juga yang diwarna dengan berwarna-warni dan terdapat beberapa binaan seperti menara, jambatan dan lain-lain lagi termasuklah juga replika iaitu replika ikan todak. Oleh itu anda bolehlah melakukan beberapa aktiviti di sini seperti menaiki menara, berjalan ke jambatan yang terletak dilaut, bergambar dan sebagainya. Pemandangan dari sini juga sangat mengagumkan lebih-lebih lagi bila anda berada di atas menara atau di jambatan sudah sudah pasti akan menyajikan satu pemandangan yang cukup indah ke arah laut yang terbentang luas dan membiru, sambil menghirup udara segar dari arah laut, tetapi yang penting pastikan bateri kamera mencukupi untuk mengambil gambar di sini.


Walaupun tidak begitu banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini, namun dengan mengambil atau bergambar di kawasan ini saja pun sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan. Aktiviti lain yang mungkin boleh anda lakukan di sini ialah seperti naik basikal, beriadah, berjoging dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya antara aktiviti yang boleh anda buat atau lakukan apabila berada di sini ialah seperti :

Aktiviti :

01. Bergambar
02. Naik menara
03. Jalan ke jambatan laut
04. Beriadah
05. Berjoging
06. Berbasikal
07. Ambil gambar pemandangan
08. Bersiar-siar1

Selain itu terdapat juga beberapa kemudahan yang telah dibina dan disediakan berhampiran tempat ini agar ianya dapat lebih memudahkan para pengunjung sepanjang mereka berada di tempat ini, antara kemudahan yang ada ialah seperti :

Kemudahan :

01. Tempat makan (seafood)
02. Tempat letak kereta
03. Tandas
04. Kedai runcit
05. Tempat duduk
06. Tong sampah
07. Laluan berjalan
08. Menara
09. Lokasi bergambar

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan untuk melihat keindahan pemandangan Pitas Bay View dan keindahan pemandangan ke laut yang terbentang luas. Kalau sebelah petang boleh juga melihat keindahan pemandangan matahari terbenam sama ada melalui atas menara atau dari jambatan di laut yang pasti memukau anda. Bawa kamera yang resolusi tinggi jadi boleh ambil gambar atau video dengan cantik untuk dijadikan kenangan. Sebab kalau sudah jalan jauh ke sini rugi terutamanya pengunjung yang datang dari luar daerah Pitas, rasanya rugi kalau tidak ambil gambar atau video yang berkualiti untuk kenangan anda.   

Untuk ke sini lebih baik kalau ada kereta sendiri, atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah sewa dengan orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Ini adalah agar lebih memudahkan perjalanan ke sini dan pulang semula ke tempat anda, dan kalau ada kereta boleh juga pergi ke tempat menarik lain di sekitar daerah Pitas yang juga mempunyai banyak tempat menarik. 

Nota :

01. Kalau mahu naik menara, pastikan tidak terlalu ramai orang di atas menara tersebut dalam satu-satu masa agar dapat mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

02. Kalau berjalan ke jambatan yang terletak dilaut dan membawa kanak-kanak, sentiasalah berhati-hati terutamanya ketika berjalan di atas batu di laut yang selalunya licin. 

03. Boleh bawa duit lebih sikit jika tidak membawa makanan, jadi bolehlah menjamu selera di restoran makanan laut yang ada berhampiran kawasan ini.



Ulasan