Pitas

Pitas merupakan salah sebuah pekan atau daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di  sebelah Bahagian Kudat, Sabah iaitu lebih kurang 110 km dari Pusat Bandar Kudat.

PITAS



Kredit Gambar : Apeng Slowcuber

Pitas merupakan salah sebuah pekan ataupun daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Bahagian Kudat iaitu lebih kurang 110 km atau kira-kira 2 jam 10 minit perjalanan dari Bandar Kudat dan lebih kurang 195 km km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Pitas mempunyai keluasan kawasan sekitar 1,419 kilometer persegi dengan jumlah penduduk adalah sekitar lebih daripada 70 ribu orang dan majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini adalah dari suku kaum Rungus dan suku kaum Sungai. Pitas pada awalnya adalah dibawah pentadbiran dan pengurusan oleh Pejabat Daerah Kota Marudu sebelum diisytihar sebagai sebuah daerah penuh pada tahun 1975 dan kini mempunyai satu badan pentadbir iaitu Majlis Daerah Pitas.

Nama daerah Pitas dikatakan pada asalnya adalah Tupak, namuk kemudiannya telah ditukarkan kepada nama Pitas dan nama Pitas ini pula dikatakan diambil dari perkataan 'nopitas' dalam bahasa Momogun Rungus. Nama ini mula digunakan selepas Sungai Bengkoka yang selalu dilanda banjir besar apabila berlakunya hujan lebat, dan akibat daripada selalu dilanda banjir maka sungai tersebut telah terputus atau juga disebut 'nopitas' oleh suku kaum Momogun Rungus. Walaupun nama daerah ini telah ditukar kepada Pitas, masih terdapat juga segelintir penduduk tempatan masih masih menyebut nama daerah ini dengan sebutan Tupak. Kini Pitas menjadi salah sebuah daerah yang semakin membangun bersesuaian dengan peredaran masa dan telah banyak perubahan dan pembangunan yang telah dilakukan di daerah ini untuk meningkatkan lagi taraf hidup penduduk sekitarnya.


Pitas adalah sebuah pekan yang masih meningkat maju dan membangun, namun walaupun daerah ini adalah kecil terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan agar dapat memberikan keselesaan dan juga kemudahan kepada penduduk yang tinggal di sekitar daerah ini termasuklah para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. 
Antara kemudahan yang telah dibina adalah seperti :

01. Supermarket
02. 
Perbankan (bank)
03. Restoran
04. 
Pengangkutan Bas
05. Pasar sayur dan ikan
06. Tandas awam
07. Tamu mingguan (sabtu)
08. Perpustakaan awam
09. Dewan serbaguna
10. Hospital / klinik
11. Rumah anak yatim

Terdapat juga kemudahan penginapan seperti hotel, resort, chalet yang dibina dan disediakan di sekitar daerah atau pekan Pitas ini untuk memberi kemudahan kepada para pelancong sama ada dari dalam atau luar negara yang datang melancong ke daerah ini dan antara penginapan yang ada ialah :
 
01. Indah Chalet Pitas (Dataran Bengkoka)
02. Rest House Pitas (Pekan Pitas)
03. Kak Nur Homestay Pitas 
04. Orkid Lodge Pitas (Pekan Pitas)
05. Adila Homestay Pitas
06. Ayangan Homestay Pitas

Dengan adanya kemudahan penginapan di daerah ini, ianya akan dapat menarik lebih ramai lagi para pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang melancong ke daerah ini kerana adanya kemudahan penginapan terutamanya bagi mereka yang datang dari luar daerah Pitas. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di daerah ini ialah : 

01. Pulau Pasir Timbul
02. Pulau Batu Supirak
03. Dataran Bengkoka Pitas
04. Floating Coral Bar
05. Bukit Kinobuntung
06. Pitas Bay View
07. Bukit Piniapat
08. Bagang View Hill
09. Batu Talam / Dulang

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan