Politeknik Kota Kinabalu adalah salah satu Institusi Pendidikan yang terdapat di Sabah. Politeknik Kota Kinabalu terletak di dalam daerah Kota Kinabalu.
POLITEKNIK KOTA KINABALU

Sumber Gambar : Wikimedia
Sumber Gambar : Wikimedia
Politeknik Kota Kinabalu merupakan sebuah Institusi Pendidikan Awam berada dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Politeknik Kota Kinabalu mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 1996 di kampus sementara iaitu di Sekolah Menengah Teknik Likas dan pengambilan pelajar pertama telah dilakukan pada bulan Jun 1996 yang mana seramai kira-kira 25 orang pelajar telah memulakan pengajian mereka di peringkat Diploma Akuantansi.
Pada tahun 2003, Kampus Tetap Politeknik Kota Kinabalu yang terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) telah siap dibina dan pada 1 September 2003 Politeknik Kota Kinabalu telah berpindah ke kampus tetap mereka di KKIP.
Politeknik Kota Kinabalu menawarkan kursus kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk pengajian di peringkat sijil yang mengambil masa selama 2 tahun manakala bagi peringkat diploma pula ianya mengambil masa selama 3 tahun.
Terdapat beberapa jabatan akademik yang diwujudkan di Politeknik Kota Kinabalu, dan antara jabatan akademik yang diwujudkan di sini adalah seperti :
1. Jabatan Kejuruteraan Awam
2. Jabatan Mekanikal
3. Jabatan Kejuruteraan Elektrik
4. Jabatan Perdagangan
5. Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
6. Jabatan Pengajian Am
7. Jabatan Sains dan Komputer
Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah hubungi pihak pengurusan Politeknik Kota Kinabalu di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Politeknik Kota Kinabalu
No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat
Kota Kinabalu Industrial Park
88460, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-401 800
Website : https://polikk.mypolycc.edu.my/
Politeknik Kota Kinabalu
No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat
Kota Kinabalu Industrial Park
88460, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-401 800
Website : https://polikk.mypolycc.edu.my/
Ulasan
Catat Ulasan