Langkau ke kandungan utama

Politeknik Sandakan

Politeknik Sandakan adalah salah satu Politeknik yang terdapat di negeri Sabah. Politeknik Sandakan juga merupakan salah satu Institusi Pendidikan yang ada di Sandakan.

POLITEKNIK SANDAKAN



Politeknik Sandakan terletak di batu 10, Jalan Sungai Batang, Sandakan. Ia mula dibuka pada bulan Julai 2009 di kampus sementara yang terletak di Bandar Labuk Jaya Sandakan. Pada awal pembukaan, Politeknik Sandakan telah menerima pendaftaran pelajar pertama seramai lebih kurang 16 orang dalam Program Pengurusan Pelancongan.

Walaupun pada awal pembukaannya hanya menunpang di kampus sementara namun pelbagai aktiviti turut dapat dilaksanakan dengan berkat usaha dan kesungguhan para petugas dan juga pelajar di sini.


Selepas 3 tahun hanya beroperasi di kampus sementara, akhirnya pada tahun 2012, Kampus Tetap Politeknik Sandakan telah siap dan mula berpindah ke kampus tetap Serta memulakan operasi pada tahun tersebut. Kampus tetap Politeknik yang baru ini terletak di Batu 10, Jalan Sungai Batang, iaitu lebih kurang 22 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Sandakan.

Di Kampus Politeknik Sandakan yang baru ini terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan tidak seperti semasa di kampus sementara. Antara kemudahan di kampus tetap yang baru ini adalah seperti berikut :
1. Dewan kuliah
2. Surau
3. Kantin
4. Asrama
5. Padan bola
6. Dewan makan
7. Kantin

Terdapat banyak lagi kemudahan lain yang mana ianya akan dapat memberi lebih keselesaan kepada para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka di Politeknik Sandakan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Politeknik Sandakan di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Politeknik Sandakan
Education Hub,
Batu 10, Jalan Sungai Batang
Poskod 90000, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Tel : 089-228351
Website : https://pss.mypolycc.edu.my/

Ulasan