Langkau ke kandungan utama

Polumpung Melangkap View Campsite

Polumpung Melangkap View Campsite adalah salah satu tempat menarik di Sabah. Tapak Perkhemahan ini terletak di daerah Kota Belud, Sabah iaitu lebih kurang 77 km dari Bandar Kota Kinabalu

POLUMPUNG MELANGKAP VIEW CAMPSITE


Polumpung Melangkap View Campsite adalah salah satu tempat menarik di daerah Kota Belud yang juga antara tempat perkhemahan cantik yang terdapat di daerah ini, oleh itu penduduk tempatan atau pelancong yang datang ke daerah Kota Belud bolehlah datang ke sini. Tempat ini merupakan kawasan perkhemahan yang cantik dan ianya juga amat sesuai untuk anda sesisi keluarga atau bersama teman-teman bercuti sambil berkhemah dab beriadah di sini. Tempat ini terletak di dalam Daerah Kota Belud iaitu kira-kira 78 km atau lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu dan kira-kira 30 km atau 40 minit perjalanan dari Pekan Kota Belud. Bagi sesiapa yang suka dengan aktiviti perkhemahan, tempat ini adalah yang sesuai untuk anda yang pasti akan membuat anda lebih teruja bila berada di sini.

Kawasan perkhemahan ini adalah salah satu tapak perkhemahan yang terdapat di Sabah dan menyajikan satu pemandangan yang sangat cantik dan menakjubkan lebih-lebih lagi dengan pemandangan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu berdiri megah dan dihiasi dengan kepulan awan sehingga anda mungkin akan merasakan sedang berada di satu kawasan cantik di luar negara. Dengan air sungai yang mengalir jernih, sejuk dan segar dan terletak berhampiran kawasan perkhemahan, sudah pasti akan dapat memberikan peluang kepada anda untuk bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan dengan suasana keindahan alam semulajadi yang begitu menawan dan ianya sudah pasti akan memberikan anda satu kepuasan dan percutian anda ke sini juga sudah lebih berbaloi, sebab di sini anda akan dapat menikmati satu pemandangan yang cukup indah dan tenang sambil melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dengan harga yang sangat murah.


Sekiranya anda datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan, pastikan anda membawa barang atau bahan makanan untuk di masak sebab di sini tidak ada kedai jualan makanan, jadi anda boleh siapkan awal barang makanan untuk dimasak sama ada menggunakan dapur ataupun boleh juga jika mahu masak BBQ sebab di sini sudah disediakan peralatannya dan tapak pun banyak juga disediakan untuk BBQ berhampiran dengan kawasan perkhemahan. Jadi selepas penat melakukan pelbagai aktiviti pada waktu siang dan mandi di air sungai yang mengalir jernih dan segar, bolehlah masak barbeque bersama keluarga atau kawan-kawan pada sebelah malam dan selepas siap memasak bolehlah menjamu selera beramai-ramai di tepi sungai sambil sambil menghirup udara yang segar dan melihat pemandangan keindahan waktu malam yang cukup cantik lebih-lebih lagi apabila cuaca pada ketika itu terang dengan diterangi sinaran bulan dan juga bintang yang berkelipan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah seperti :

Aktiviti :

01. Berkhemah
02. Berkelah
03. Mandi di sungai
04. Naik jambatan gantung
05. Masak Barbeque
06. Melihat bulan dan bintang
07. Senaman/bersukan
08. Mencari harta karun
09. Memasang unggun api
10. Tiub Sungai

Bagi yang tidak mempunyai peralatan perkhemahan atau peralatan tidur, tidak perlu risau sebab di sini perlatan khemah dan tidur semua ada disediakan untuk disewa dan kalau tidak pandai pasang khemah boleh minta petugas di sini untuk tolong pasangkan tetapi akan dikenakan sedikit bayaran sekiranya mereka yang tolong pasangkan khemah. Kalau tidak biasa tidur di khemah boleh cuba sewa penginapan yang ada di sini tetapi harganya adalah lebih tinggi berbanding dengan berkhemah. Kalau anda datang ke sini untuk sehari saja dan tidak bermalam pun boleh, tapi kalau anda datang dari jauh adalah lebih baik untuk bermalam di sini untuk menambahkan lagi penglaman anda berkhemah pada waktu malam.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati untuk datang berkhemah di Pomlumpun Melangkap View Campsire ini yang pasti akan memberikan satu pemandangan alam semulajadi yang begitu indah dan sebaiknya kalau datang beramai-ramai berkhemah serta lakukan aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan anda sambil mengambil gambar untuk dijadikan kenangan yang indah. Kemudahan di sini pun lengkap jadi anda boleh datang ke sini dengan mudah tanpa perlu bawa banyak barang. Antara kemudahan percuma, beli dan sewa yang ada di sini ialah seperti 
:

Kemudahan :

01. Tapak perkhemahan
02. Bantal
03. Alat BBQ 
04. Tandas
05. Bilik mandi
06. Beg tidur
07. Tilam (angin)
08. Kerusi
09. Dapur gas
10. Elektrik
11. Dan lain-lain lagi

Untuk ke sini anda yang beasal dari luar Daerah Kota Kinabalu bolehlah naik bas yang menuju ke Kota Kinabalu, selepas itu naik teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan menuju ke sini yang harganya tinggi sikit sebab jauh. Tapi adalah lebih baik kalau memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kenderaan sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu) kemudian terus ke sini. Ini adalah bagi mudahkan pergerakan pergi dan balik anda dari sini dan membeli barang keperluan untuk ke sini seperti makanan dan lain-lain lagi

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 5 petang

Daftar masuk (bermalam) :
Setiap hari : 2 petang - 5 petang (daftar masuk)
Setiap hari : 12 tengahari (daftar keluar)
(Daftar masuk mungkin boleh sampai jam 7 ikut keadaan)

Bayaran masuk :
Warganegara : RM3.00
Warga asing : RM6.00

Bayaran berkhemah (seorang) :
Warganegara : RM6.00
Warga asing : RM12.00
(Bayaran pasang khemah RM3.00 / khemah)

Bayaran berkhemah (lebih seorang) :
Untuk 2 orang : RM10.00
Untuk 4 orang : RM20.00
Untuk 6 orang : RM30.00
Untuk 8 orang : RM40.00
(Bayaran pasang khemah RM3.00 / khemah)

Harga di atas mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa dan harga ini juga tidak termasuk peralatan lain yang anda ingin sewa. 
Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan hubungi pihak pengurusan Polumpung Melangkap View Campsite seperti alamat di bawah :

Alamat :
Polumpung Melangkap View Campsite
Kampung Melangkap Baru,
89158, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.

Telefon : 011-3624 4723
Website : facebook.com/pmvcs/


Nota :

01. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tapak perkhemahan Polumpung Melangkap View Campsite untuk kebaikan dan keselamatan anda.

02. Kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun mesti mempunyai ibu bapa atau penjaga bersama dan keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

03. Jangan lupa bawa makanan untuk dimakan bila anda ingin ke sini, terutamanya bagi mereka yang mahu ingin berkhemah dan bermalam di sini.

04. Buat masa ini orang tua yang sudah berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan untuk ke sini atas faktor keselamatan dan kesihatan (ikut keadaan semasa).

05. Sekiranya membawa anak-anak sentiasa perhatikan mereka ketika bermain ditepi sungai terutamanya anak-anak kecil sebab keselamatan mereka adalah tanggungjawab anda.

06. Jangan buang sampah merata-rata terutamanya ke dalam sungai, ini adalah bagi menjamin kebersihan kawasan ini termasuk sungai agar tempat ini terus menjadi tumpuan dan kunjungan orang ramai pada masa akan datang.

Ulasan