Langkau ke kandungan utama

Porohon Garden & Lodge

Porohon Garden & Lodge merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk anda kunjungi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hari biasa mahu pun ketika ada cuti seperti hujung minggu atau cuti umum untuk beriadah sambil melakukan beberapa aktiviti menarik yang ada ditawarkan di tempat ini dan di sini anda boleh pilih sama ada untuk lawatan harian atau bermalam. Tempat ini terletak di dalam Kampung Sayap, Kota Belud iaitu lebih kurang 27 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud, manakala bagi mereka yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalananya adalah lebih kurang 99 km yang mana akan memakan masa sekitar 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke tempat ini.

POROHON GARDEN & LODGE


Kredit gambar : Porohon


Kredit gambar : Porohon


Kredit gambar : Porohon


Kredit gambar : Porohon

Porohon Garden & Lodge merupakan salah satu lagi tempat yang menarik di Kota Belud untuk sesiapa yang ingin mencari tempat bercuti terutama sekali pada hujung minggu atau cuti umum yang mana di sini datang bercuti untuk lawatan sehari saja atau boleh juga kalau mahu bermalam, terpulang kepada anda sendiri. Anda pasti akan berpuas hati bila dapat ke tempat ini khususnya bagi mereka yang ke sini bermalam sebab suasana tempat ini tenang dan udaranya yang bersih serta segar kerana dikelilingi oleh hutan yang asli serta pelbagai jenis tumbuhan lain termasuklah bunga yang ditanam disekitar tempat ini oleh itu jika anda bercadang mencari tempat bercuti disekitar daerah Kota Belud atau Kota Kinabalu bolehlah mempertimbangkan untuk menjadikan Porohon Garden & Lodge sebagai lokasi tempat anda bercuti pada masa akan datang. Dengan bercuti di tempat ini anda berpeluang merasai sendiri keunikan tempat ini sambil itu kalau berminat bolehlah turut serta dalam melakukan beberapa aktiviti menarik dan lasak terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti berjalan meredah hutan ke kawasan air terjun serta mendaki ke beberapa gunung yang berhampiran tempat seperti Gunung Nopungguk. Tempat ini terletak di Kampung Sayap, Kota Belud yang mempunyai jarak lebih kurang 27 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud, manakala bagi mereka yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalananya agak jauh iaitu adalah lebih kurang 99 km yang mana akan memakan masa sekitar 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke tempat ini. Tempat ini diselenggara dengan baik dan anda boleh melihat sekitar kawasan tempat ini termasuklah juga tempat penginapan yang mana semuakan dijaga dengan kemas, cantik dan bersih menjadikannya sangat berbaloi untuk datang bercuti ke sini tidak kira bermalam atau tidak, jadi tidak hairanlah bila ke sini anda akan lihat tempat ini dipenuhi pengunjung terutama sekali yang datang dari sekitar daerah ini.
 
Selain daripada suasana tempat ini yang bersih dan cantik, di sini juga kadar bayaran yang dikenakan untuk penginapan, sewa peralatan dan aktiviti sememangnya sangatlah murah dan yang penting ialah di sini pemilik tempat ini termasuk kakitangan mereka sangat peramah, anda tidak perlu risau atau segan jika ada sebarang pertanyaan boleh terus sahaja bertanya dan sudah pasti mereka akan membantu anda dengan sebaik mungkin. Bagi anda yang mahu datang berkunjung ke tempat ini disarankan hubungilah terlebih pihak pengurusan tempat ini untuk memastikan mereka buka pada tarikh dan masa yang anda mahu datang dan seterusnya buatlah tempahan awal sekiranya ingin bermalam di tempat ini atau jika ingin melakukan aktiviti lasak seperti berjalan meredah hutan ke air terjun dan juga mendaki ke gunung berhampiran. Dengan membuat tempahan lebih awal dapatlah memudahkan pihak pengurusan tempat ini untuk menyediakan segala keperluan yang akan diperlukan untuk kumpulan anda apabila datang ke sini nanti sekaligus ianya akan turut memudahkan segala urusan anda, lagi pun jika anda mahu ke sini dan melakukan aktiviti lasak tersebut ianya memerlukan permit sebab lokasi aktiviti yang berada dalam kawasan Taman Negara Kinabalu yang berada donawah jagaan Pihak Taman Sabah, tapi bila anda buat tempahan awal bolehlah pihak pengurusan sini mengatur semua urusan tersebut dan anda hanya perlu datang sahaja tanpa perlu risau mengenainya. Di sini pun banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang telah disediakan buat para pengunjung tidak kira yang datang menginap dan bermalam atau tidak dan bila ada kemudahan yang banyak ni sudah pastilah akan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke sini sebab dengan adanya kemudahan tersebut maka akan dapatlah memudahkan pengunjung apabila ingin menggunakan kemudahan yang ada, selain itu ianya juga akan memberikan keselesaan kepada para pengujung sepanjang berada di tempat ini tidak kira siang atau malam. Bila anda gunakan kemudahan yang disediakan pastikan jagalah dengan baik dan jangan rosakkan atau mengotorkannya agar kemudahan tersebut sentiasa kelihatan cantik dan bersih.


Antara kemudaha yang ada tersedia di sini ialah rumah penginapan yang mana anda boleh sewa bilik di rumah penginapan tersebut yang mampu memuatkan 4 orang dalam satu masa dan rumah penginapan ini ada 3 bilik kesemuanya, selain itu ada juga 2 buah bilik disediakan di sini bagi mereka yang datang berpasangan dan ada juga 2 buah bilik yang disediakan bagi mereka yang mahu sewa dengan katil jenis bertingkat. Setiap bilik ni semua dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti katil, tilam, bantal, selimut, kipas angin, dan beberapa lagi kemudahan lain, selain itu oleh kerana penginapan ini adalah jenis rumah penginapan maka sudah tentulah ada bilik mandi, tandas, ruang tamu, dapur memasak dan termasuklah juga peralatan untuk masak dan makan. Sekiranya anda ingin bermalam dan menginap di penginapan yang ada di sini pastikanlah membuat tempahan lebih awal terutamanya jika anda cadang ke sini pada musim cuti tidak kira hujung minggu atau cuti umum sebab biasanya waktu ini akan ada ramai orang yang datang berkunjung ke tempat ini sama ada dari sekitar daerah ini juga atau daripada luar daerah dan mungkin jumlah bilik penginapan ini agak terhad jika terlalu ramai orang oleh itu bila anda sudah buat tempahan awal maka dapatlah pihak di sini menyimpankan penginapan ini untuk anda. Bagi yang ingin bermalam di tempat ini anda juga mempunyai pilihan lain untuk bermalam di sini iaitu dengan berkhemah di tapak perkhemahan yang ada disediakan, dan tapak berkhemah ada dua jenis iaitu tapak kecil dan tapak besar yang berbeza kadar sewanya dan kalau mahu sewa sekali khemah pun boleh juga dan khemah pun ada 2 jenis iaitu yang kecil dan besar, oleh itu sekiranya anda sewa tapak untuk perkhemahan yang besar maka sesuailah juga untuk menyewa khemah yang bersaiz besar, begitulah sebaliknya jika anda sewa tapak berkhemah yang kecil. Sama seperti penginapan, jika anda mahu sewa tapak untuk berkhemah di sini pun haruslah membuat tempahan lebih awal sebab kawasan tapak adalah terhad oleh itu sebaiknya anda menempah lebih awal agar tidak ada sebarang masalah apabila datang ke sini untuk melakukan aktiviti perkhemah.

Terdapat juga kemudahan dewan untuk anda memasak bbq yang boleh disewa termasuklah dapur gas dan peralatan untuk memasak sekiranya anda ingin memasak sendiri ketika berada di sini khususnya bagi yang bermalam di sini, kalau yang datang dan tidak bermalam tetapi mahu masak bbq pun boleh juga tidak menjadi masalah yang penting sewa sahaja tempat memasak di dewan tersebut dan jangan lupa untuk membawa bahan masakan sendiri. Sekiranya anda tidak membawa bahan masak sendiri atau mungkin terkurang dan terlupa bolehlah beli sahaja dari sini sebab pihak pengurusan di tempat ini pun ada juga menjual bahan mentah atau makanan basah untuk anda memasak dan memanggang di sini tapi yang penting pastikan anda ada membawa duit poket untuk memudahkan anda membuat pembayaran. Sekiranya anda malas atau tidak mahu memasak, boleh cuba untuk membuat permintaan dengan pihak di sini agar mereka yang menyediakan makanan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam dengan kadar bayaran yang akan rasanya tidak mahal dan sangat berpatutan, lagi pun memang sedap juga masakan yang dihidangkan oleh pihak Porohon Garden & Lodge. Terdapat juga beberapa lagi kemudahan asas diluar yang disediakan untuk semua para pengunjung iaitu seperti 3 buah tandas, 2 buah bilik persalinan dan bilik persalinan ni boleh juga mandi di situ, kolam mandi untuk orang dewasa dan juga untuk kanak-kanak, pondok untuk anda duduk sambil menonton tv dan juga menderngar radio, meja, kerusi, peti sejuk serta beberapa lagi kemudahan asas yang lain. Sesiapa yang ke sini tapi tidak bermalam boleh juga jika mahu menyewa bilik untuk berehat pada waktu siang sahaja atau kalau mahu berehat boleh juga menyewa pondok terbuka saja sebab boleh juga baring di situ tapi lebih seronoklah rasanya sebab pondoknya terbuka sudah pasti udara pun lebih sejuk. Kalau anda mahu buat majlis atau acara seperti perkahwinan, harijadi dan lain-lain lagi anda sewa dewan terbuka dengan harga murah dan dan disediakan sekali beberapa kemudahan lain sepeti kerusi dan meja.

Ada makanan ikan dan makanan burung yang dijual di sini sekiranya anda berminat untuk memberikan makan kepada haiwan tersebut dan harga makanan tu pun sangatlah murah. Untuk memberikan makan kepada ikan dan burung anda tidak dibenarkan menggunakan makanan daripada luar sebaliknya harus membeli makanan tu dari sini sahaja. Banyak lagi sebenarnya kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini kepada para pengunjung mereka yang datang berkunjung dan antara kemudahan ialah seperti :

Kemudahan :

01. Penginapan
02. Tapak khemah
03. Sewa khemah
04. Tilam
05. Selimut
06. Dapur
07. Tandas
08. Katil
09. Tempat bbq
10. Tempat letak kereta
11. Pondok rehat
12. Bilik rehat
13. Dewan terbuka
14. Air bersih
15. Elektrik
16. Televisyen
17. Radio
18. Kolam renang
19. Kerusi dan meja
20. Kipas angin
21. Bilik persalinan
22. Basikal
23. Peti sejuk
24. Meja dan kerusi
25. Makanan ikan
26. Makanan burung
27. Set karaoke
28. Bilik mandi
29. Khidmat makanan

Walaupun banyak kemudahan yang telah disediakan di sini anda juga boleh membawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk dibawa bagi memudahkan anda sepanjang berada di sini dan juga dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan. Barangan keperluan yang boleh anda bawa ni terpulang pada anda sendiri mahu bawa apa sebab ianya ikut dari keperluan anda ketika berada di tempat ini tidak kira sama ada bermalam atau tidak dan juga keperluan sama ada anda menginap di penginapan mahu pun memilih untuk berkhemah. Macam khemah tu memang ada juga boleh disewa di sini tapi kalau anda ada khemah sendiri maka adalah lebih baik bawa saja khemah tu dari rumah agar lebih menjimatkan kos perbelanjaan anda begitu juga dengan barangan lain yang boleh dan dibenarkan untuk anda bawa sendiri. Senarai di bawah ni anda boleh ikut yang mana sesuai untuk anda, itu pun kalau mahu bawalah, kalau tidak pun tidak menjadi masalah yang penting anda membawa sedikit duit poket untuk mudah menyewa kemudahan atau perkhidmatan yang ada disediakan pihak pengurusan di sini untuk kegunaan anda sekeluarga nanti :

Barang di bawa :

01. Pakaian lebih

02. Pakaian mandi
03. Makanan basah
04. Bekas simpan makanan
05. Peralatan makan
06. Lampu suluh
07. Kamera
08. Pisau lipat
09. Bantal
10. Khemah
11. Selimut
12. Beg tidur
13. Penghalau nyamuk
14. Sejadah
15. Telekung solat
16. Kerusi berkhemah
17. Piring, gelas, sudu
18. Pemetik api
19. Powerbank
20. Duit poket
21. Ubat peribadi
22. Lampu usb
23. Kipas usb
24. Beg phone kalis air
25. Lain-lain lagi

Untuk aktiviti pula terdapat beberapa yang boleh anda lakukan di sini iaitu seperti mandi kolam renang yang mana terdapat kolam renang untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak, kolam untuk dewasa ini paras airnya adalah dalam sikit berbanding kanak-kanak jadi pastikan anda tidak mandikan anak anda di kolam renang untuk orang dewasa tersebut untuk elakkan daripada perkara tidak diingini berlaku bila mereka mandi di kolam tersebut. Walaupun anak anda mandi di kolam yang memang khas untuk anak kecil atau kanak-kanak tetapi ibu bapa atau penjaga mestilah juga sentiasa memerhatikan mereka, kalau boleh jangan biarkan mereka mandi atau bermain bersendirian di kolam ini untuk sebab keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri. Selain itu pastikan anda memakai pakaian mandi yang sopan dan juga menutup aurat bagi yang muslim sebab kolam ni berada di kawasan yang terbuka oleh itu sudah pasti akan ada ramai orang yang mandi atau berada disekitar kolam tersebut. Bagi kanak-kanak kalau ada pelampung disediakan untuk disewa bolehlah menyewa pelampung tersebut jika perlu.agar ia lebih menjamin keselamatan anak anda. Aktiviti lain yang boleh dibuat apabila berada di sini ialah dengan melakukan aktiviti perkhemahan yang mana anda boleh menyewa tapak perkhemahan yang ada disedia oleh pihak pengurusan tempat ini sama ada anda mahu sewa tapak untuk khemah yang kecil atau pun tapak yang muat untuk khemah bersaiz besar, khemah pula terpulang dari anda jika ingin bawa khemah sendiri dari rumah atau sewa dari pihak tempat ni, tapi kalau memang mahu berjimat sebaiknya bawa khemah sendiri saja dari rumah. Seronok bila dapat berkhemah di sini sebab suasananya yang tenang terutamanya pada waktu malam, selain itu lokasi tempat itu sendiri yang berhampiran dengan kawasan hutan yang masih asli serta pelbagai tumbuhan lain termasuk bunga yang ada ditanam sekitar tempat ini pasti akan memudahkan anda buat aktiviti perkhemahan di sini sebab udaranya adalah lebih segar dan bersih serta cuacanya pun tidaklah panas.

Selain daripada itu anda juga boleh melakukan aktiviti memberi makan pada ikan dan juga burung di sini iaitu seperti burung merpati dengan menggunakan makanan haiwan tersebut yang ada dijual di tempat ini juga, pastikanlah anda tidak memberi makan ikan dan burung tersebut dengan makanan lain sebab takut akan menyebabkan ikan dan burung itu mengalami masalah apabila makan makanan dari luar atau makanan yang tidak sepatutnya. Antara aktiviti menarik lain yang ada adalah pergi memetik sayur dan buah-buahan mengikut pihak pengurusan tempat ini dan anda boleh buat aktiviti ini apabila hampir waktu ingin balik semula ke tempat masing-masing jadi bolehlah di makan dan memasak sayur tu dengan rasa yang lebih segar sebab batu sahaja dipetik, harga sayur dan buah-buahan ni pun adalah sangat murah dan berpatutan hampir sama dengan harga pasaran tapi ianya sudah pasti lebih lagi segar. Aktiviti mendaki Gunung Nopungguk juga boleh anda buat melalui pihak pengurusan di sini, kalau mahu buat semua aktiviti ni termasuk mendaki gunung tidak sesmestinya anda perlu menginap dan juga bermalam di sini tetapi bagi mereka yang datang dari jauh memang sangat digalakkan untuk menyewa penginapan Porohon Garden & Lodge, sekiranya anda bercadang untuk mendaki Gunung Nopungguk yang berketinggian 1263 meter dari paras laut sebaiknya membuat tempahan awal sedikit sebab untuk mendaki perlu mendapatkan permit dahulu daripada Pihak Taman Sabah, tapi anda boleh menempah dengan pihak pengurusan di sini dan nanti mereka akan mengaturkan semua urusan permit tersebut untuk anda, dengan buat tempahan awal dapatlah juga anda dapat giliran mendaki lebih awal sebabnya mendaki ke gunung ini hanya terhad untuk 20 orang sahaja dalam sehari, jadi kalau ramai yang mohon permit untuk mendaki mungkin akan menyebabkan anda akan dapat giliran yang agak lama. Apabila dalam perjalan mendaki gunung ini pun anda berpeluang singgah dibeberapa tempat menarik seperti Taman Rafflesia serta dapat singgah di kawasan air terjun dan di sini kalau mahu mandi pun boleh juga tapi pastikan anda membawa pakaian lebih atau tuala untuk elakkan dari kesejukan apabila balik nanti.


Waktu operasi :
Setiap hari
Tidak bermalam
7 pagi - 5 malam

Bayaran masuk :
RM1.00 : orang kg sini
RM2.00 : dari luar kg

Mandi kolam :
RM1.00 : 1 jam
Menginap tidak perlu bayar

Makan ikan & Burung :
RM1.00 : 1 pek

Sewa tapak khemah :
RM10.00 : tapak kecil
RM15.00 : tapak besar

Sewa khemah :
RM10.00 : khemah kecil
RM15.00 : khemah besar

Sewa karaoke :
RM5.00 : 1 jam

Permintaan Makan :
Makan tengahari
RM7.00 : seorang
Makan malam
RM7.00 : seorang
Sarapan pagi
RM5.00 : seorang

Bayaran masuk serta bayaran aktiviti dan juga bayaran sewa mungkin boleh berubah mengikut masa, keadaan dan keperluan pihak pengurusan tempat ini dari masa ke semasa. Oleh itu jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai harga terkini atau ingin membuat tempahan
bolehlah menghubungi terus pihak pengurusan Porohon Garden & Lodge seperti alamat di bawah ini

Hubungi :
Porohon Garden & Lodge
Kampung Sayap,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6014 878 4873
Website FB : Porohongarden


Ulasan