Langkau ke kandungan utama

Promenade Hotel Kota Kinabalu

Promenade Hotel Kota Kinabalu merupakan salah sebuah hotel yang terletak di Sabah. Hotel ini adalah bertaraf 4 bintang dan terletak cuma 1 km saja dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

PROMENADE HOTEL KK


Kredit Gambar : Promenade Hotel

Promenade Hotel merupakan salah sebuah hotel yang terdapat di daerah Kota Kinabalu, hotel ini bertaraf 4 bintang dan ia terletak di Pusat Bandar Kota Kinabalu, kalau jalan kaki dari tengah bandar mengambil masa dalam 5 minit saja. Hotel ini juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta dan hotel ini sangat terkenal serta popular di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu yang mana ia adalah menjadi pilihan kepada pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah.

Hotel ini telah dibina sejak tahun 1998 dan mempunyai hampir 450 bilik yang boleh anda pilih sekiranya ingin menginap di sini. Sesuai dengan taraf yang diberikan iaitu 4 bintang hotel ini sememangnya 
menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang cukup mewah dan menarik yang mana ianya sudah pasti akan memberikan anda suatu pengalaman yang indah dan juga keselesaan yang pasti sukar untuk anda lupakan. Lebih-lebih lagi dengan lokasinya yang berada di tengah pusat bandar, akan memudahkan anda untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti tempat membeli belah, ke bank, tempat makan, pengangkutan awam dan lain-lain lagi.


Dengan hotel yang bertaraf 4 bintang sudah pasti banyak perkhidmatan dan kemudahan yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan hotel ini kepada para pengunjung yang datang menginap ke sini. Antara beberapa perkhidmatan atau pun kemudahan yang ada disediakan oleh pihak Promenade Hotel Kota Kinabalu adalah seperti :

Kemudahan :

01. Sarapan pagi
02. Tapak letak kereta percuma
03. Internet percuma
04. Air mineral percuma 
05. Khidmat menghantar makanan
06. Restoran
07. Dewan untuk acara
08. Seterika disediakan
09. Peti sejuk 
10. Peralatan buat kopi (tidak semua bilik ada)

Banyak lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, kalau mahu taip semua rasanya tidak cukup lagi. Kalau anda merancang untuk menginap dalam tempoh yang lebih lama di sini, anda boleh gunakan perkhidmatan dobi yang disediakan untuk cuci pakaian anda dan bagi orang yang merokok, anda tidak dibenarkan untuk merokok di dalam bilik, jadi kalau mahu merokok silakan tanya kakitangan hotel di mana kawasan yang dikhaskan untuk anda boleh merokok.

Kalau anda tiada bawa peralatan mandi tidak perlu risau sebab di sini pihak hotel ada menyediakan semua peralatan untuk mandi agar lebih memudahkan anda iaitu seperti sabun, tuala dan lain-lain lagi. Lepas mandi kalau mahu keringkan rambut pun boleh sebab di sini ada juga disediakan alat pengering rambut terutamanya wanita yang biasanya akan keringkan rambut. Di bilik ada disediakan telefon untuk anda membuat panggilan seperti minta hantar makanan dan sebagainya. 

Hotel ini juga sentiasa mengutamakan kebersihan dan juga keselamatan pada setiap pelawat yang datang menginap di sini. Oleh itu semua bilik, peralatan dan juga perkakasan yang digunakan akan sentiasa dipastikan bersih, ini bagi memastikan mereka yang datang dan menginap di sini sentiasa merasa lebih selesa dan selamat. Dan bagi yang ke sini untuk buat acara atau program pun boleh sebab di sini ada dewan untuk buat acara seperti majlis perkahwinan, mesyuarat, seminar dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa tempat yang berhampiran dengan hotel ini yang boleh anda kunjungi dengan mudah jika memilih untuk menginap di hotel ini. Antara tempat menarik yang berhampiran dengan hotel ini ialah anda boleh pergi ke beberapa pulau cantik yang banyak terletak berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu, contohnya Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Tiga, Pulau Gaya dan Pulau Sapi.

Kalau tidak biasa naik bot untuk ke pulau-pulau ini tidak perlu risau sebab ada banyak lagi tempat menarik disekitar Bandar Kota Kinabalu, iaitu seperti ana boleh ke Muzium Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu atau disebut juga 'Masjid Terapung', boleh ke Taman Perdana dan lain-lain lagi. Bagi yang berminat untuk melihat keindahan matahati terbenam bolehlah ke  Taman Awam Teluk Likas, Pantai Tanjung Aru dan Jesselton Waterfront. 

Untuk anda yang mahu ke hotel ini, yang dari luar Kota Kinabalu boleh naik bas atau kapal terbang yang menuju ke Bandar Kota Kinabalu, lepas itu boleh naik teksi atau perkhidmatan e-hailing lain dan beritahu pemandu tersebut yang anda mahu ke Promenade Hotel. Boleh juga naik bas yang menuju ke Bandar Kota Kinabalu tapi kadang kena menunggu lagi.

Waktu mendaftar :
Daftar masuk : 2 petang
Daftar keluar : 12 tengahari
(kaunter pendaftaran buka sampai jam 12 malam)

Nota :
1. Dilarang merokok di bilik hotel
2. Tidak boleh bawa haiwan peliharaan

Sekiranya anda ingin membuat tempahan bilik atau pun membuat pertanyaan bolehlah hubungi pihak Promenade Hotel di alamat seperti di bawah :

Alamat :
Promenade Hotel
No. 4, Lorong Api-Api
Api-Api Centre ,
88000, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088-265 555
Faks : +088-246 666
Website : www.promenade.com.my