Pulau Dinawan merupakan salah sebuah pulau cantik yang terdapat di negeri Sabah. Pulau ini adalah pulau pelancongan yang popular terletak di dalam daerah Papar, Kota Kinabalu, Sabah.
PULAU DINAWAN
Kredit Gambar : Booking
Pulau Dinawan adalah sebuah pulau yang terdapat di Negeri Sabah dan ia terletak di Kinarut, Papar, Kota Kinabalu. Pulau ini terletak lebih kurang 25 km atau kira-kira 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinarut, Papar, kemudian menaiki bot laju dari jeti di Kinarut ke Pulau Dinawan mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Selain daripada jeti di Kinarut anda juga boleh menaiki bot dari jeti yang terletak di Marina Sutera Resort. Pulau ini adalah milik persendirian dan ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Dinawan Kecil dan juga Dinawan Besar. Pulau ini juga adalah pulau yang sememangnya antara menjadi tempat pilihan percutian kepada orang ramai dan amat sesuai untuk anda seisi keluarga atau bersama rakan-rakan.
Pulau ini mempunyai persisir pantai cukup cantik dan putih bersih, air lautnya juga kelihatan sangat jernih dan anda boleh melihat dari atas permukaan air ikan-ikan yang berenang di laut pulau ini. Oleh itu sebaiknya anda membawa kamera yang yang lebih baik seperti GoPro dan sebagainya untuk mengambil gambar hidupan laut yang ada di sini untuk dijadikan kenangan yang cukup bermakna buat anda sekeluarga. Selain itu pemandangan dari pulau ini yang cukup indah akan membuatkan anda lebih teruja untuk ke sini lebih-lebih lagi dengan pemandangan matahari terbenam dan matahari timbul. Jadi pastikan kalau ke sini bateri kamera atau telefon anda sentiasa penuh agar lebih mudah untuk mengambil banyak gambar. Di sini terdapat pelbagai aktiviti laut yang boleh anda lakukan, dan banyak juga aktiviti atau permainan yang sesuai bagi anak-anak kecil.
Antara pelbagai aktiviti laut yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke sini iaitu seperti menyelam, berenang, snorkeling, menyelam skuba, jalan di dalam air, berkayak dan pelbagai lagi aktiviti lain. Aktiviti laut yang anda lakukan di pulau ini sememangnya amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dengan keadaan air lautnya yang begitu bersih dan jernih sudah pasti akan membuatkan anda lebih tertarik untuk lakukan aktiviti laut. Tapi kalau mandi atau berenang di laut pastikan guna pelampung terutamanya untuk kanak-kanak sebab biasanya walaupun di tepi pantai tapi airnya boleh jadi tetap dalam juga, jadi lebih baik buat persiapan untuk membawa barang keperluan yang patut di bawah jika mahu ke sini. Selain daripada aktiviti di laut anda juga berpeluang untuk melalukan aktiviti lain seperti meredah hutan, bermain di buaian dan sebagainya.
Di pulau ini terdapat banyak kemudahan yang disediakan iaitu seperti tandas, bilik persalinan, jeti, tempat duduk, tempat baring di tepi pantai, dan lain-lain lagi peralatan yang disediakan untuk aktiviti laut. Di pulau ini juga terdapat dua resort iaitu Sunborneo Island Resort dan Borneo Dinawan Island Resort yang dibina bagi memudahkan pengunjung yang berminat dan mahu untuk bermalam dan menginap sambil melihat keindahan pulau terutamanya seperti keindahan matahari terbenam dan matahari timbul. Selain itu anda juga boleh buat aktiviti memancing pada malam hari jika bermalam di pulau ini. Jangan risau tentang makanan kalau bermalam di resort sebab ada juga restoran di sini dan chalet di resort ini juga dilengkapi dengan kelengkapan lain seperti untuk mandi, tapi kalau anda tidak biasa guna bolehlah bawa tuala dan alat mandian sendiri.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti ke pulau yang candik dan indah ini bersama keluarga. Untuk ke sini pengunjung boleh menaiki bas atau perkhidmatan e-hailing ke Kinarut, Papar, kemudian dari jeti kinarut naik bot ke pulau ini. Selain itu boleh juga dari jeti Marina Sutera Resort yang tidak jauh dari Bandar Kota Kinabalu. Jadi terpulang pada anda mahu ikut yang mana. Tapi kalau anda ada bawa kereta sendiri dan mahu ke pulau ini untuk bermalam pastikan tempat anda letak kereta adalah selamat.
Nota :

01. Sentiasa pastikan keselamatan anda, keluarga atau rakan-rakan semasa di bot atau ketika melakukan aktiviti laut di Pulau Dinawan terutamanya jika ada anak-anak kecil.
02. Buat tempahan awal resort sekirany anda berniat untuk menginap atau bermalam di pulau ini sebab kadang kala resort boleh penuh terutama sekali jika musim cuti sekolah.
03. Untuk keselamatan sentiasa pakai jaket keselamatan sepanjang menaiki bot ke Pulau Dinawan ini dan pakaikan pelampung kepada anak-anak sekiranya mereka mandi di laut atau di kolam.
Ulasan
Catat Ulasan