Langkau ke kandungan utama

Pulau Mabul

Pulau Mabul merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di negeri Sabah. Pulau Mabul terletak di daerah Semporna, Sabah iaitu lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki bot dari Bandar Semporna.

PULAU MABUL



Pulau Mabul merupakan sebuah pulau peranginan yang terletak di daerah Semporna Sabah. Pulau Mabul berada tidak jauh dari Pulau Sipadan iaitu hanya kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot.

Pada tahun 1970an, Pulau Mabul hanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil. Pulau Mabul kemudiannya dibangunkan dan dijadikan sebuah pulau peranginan pada tahun 1990an kerana kedudukannya yang amat hampir dengan Pulau Sipadan yang sudah terkenal di seluruh dunia.


Kini Pulau Mabul merupakan antara pulau popular di Sabah dan merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk aktiviti menyelam kerana airnya yang jernih dan bersih serta kedalamannya yang hanya kira-kira 25-30 meter. Dengan itu akan memudah memudahkan pengunjung untuk melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti Terumbu Karang, Sorong Biru dan pelbagai lagi spesis hidupan laut.

Keindahan Pulau Mabul seperti pantai yang bersih dan dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa menjadikannya antara tempat pilihan pasangan pengantin baru untuk berbulan madu dan mengambil gambar perkahwinan.

Pengunjung yang ingin ke sini dari luar daerah Semporna, boleh menaiki bas yang menuju ke Semporna atau menyewa kenderaan. Pastikan juga pengunjung telah membuat tempahan atau temujanji dengan pemandu bot yang beroperasi akan memudahkan perjalanan ke Pulau Mabul.

Ulasan