Langkau ke kandungan utama

Pulau Mamutik

Pulau Mamutik merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Pulau ini adalah pulau peranginan yang terletak di dalam Taman Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah.

PULAU MAMUTIK



Pulau Mamutik merupakan salah sebuah pulau tempat menarik di Kota Kinabalu yang terletak dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman Taman iaitu kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari pusat bandar Kota Kinabalu. Pulau ini adalah pulau yang terkecil antara pulau-pulau yang terdapat dalam Taman Negara ini.

Pulau Mamutik mempunyai beberapa tapak menyelam yang sesuai untuk pengunjung yang gemar aktiviti menyelam. Selain menyelam pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling dan aktiviti pantai yang bersih,  cantik dan mempunyai terumbu karang yang pasti menarik perhatian kepada para penyelam. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti naik banana boat, snorkeling, naik skuter air dan lain-lain lagi.


Terdapat juga kemudahan yang telah disediakan di pulau ini seperti rumah rehat untuk di sewa, bilik salin pakaian, bilik air, dan juga gerai makan. Di pulau ini juga signal line telefon (biasanya celcom) lebih mudah diperolehi berbanding pulau-pulau lain dalam Taman Negara ini. 

Pulau Mamutik amat sesuai untuk aktiviti perkelahan seisi keluarga ketika cuti umum atau cuti dihujung minggu. Pulau ini juga merupakan satu-satunya pulau dalam Taman Negara ini yang dibenarkan untuk membina khemah sambil beristirehat, tetapi anda perlu mendapatkan dulu kebenaran daripada pihak Taman-Taman Sabah.

Pengunjung yang ingin ke sini boleh menempah bot di Terminal Feri yang terletak di dalam kawasan Jesselton Point Waterfront Kota Kinabalu iaitu bersebelahan dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Waktu operasi pulau :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang

Waktu operasi kaunter bot :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang

Oleh kerana Pulau Mamutik terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang mempunyai 4 pulau kesemuanya, maka harga tiket bot adalah mengikut bilangan pulau yang ingin dilawati iaitu :
Lawat 1 pulau : RM35.00 (dewasa), RM30.00 (kanak-kanak)
Lawat 2 pulau : RM45.00 (dewasa), RM40.00 (kanak-kanak)
Lawat 3 pulau : RM55.00 (dewasa), RM50.00 (kanak-kanak)
Lawat 4 pulau : RM65.00 (dewasa), RM60.00 (kanak-kanak)

Bayaran masuk ke pulau :
Warganegara (dewasa) : RM5.00
Warganegara (kanak-kanak) : RM3.00
Bukan warganegara (dewasa) : RM20.00
Bukan warganegara (kanak-kanak) : RM15.00

Harga-harga di atas ni tidak termasuk harga jika anda melalukan aktiviti laut seperti menyelam, snorkeling, parasailing, seawalking dan lain-lain lagi.



Ulasan