Pulau Pasir Timbul merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di negeri Sabah. Pulau yang cantik dan menarik ini terletak di dalam daerah Kecil Pitas, Kota Marudu, Sabah.
PULAU PASIR TIMBUL
Pulau Pasir Timbul merupakan 'Hidden Gem' yang menarik di Pitas, Sabah. Pulau ini sangat menarik kerana landskapnya yang cukup unik dan sesuai dikunjungi oleh orang ramai tidak kira mereka adalah penduduk tempatan atau pun pelancong yang daang ke daerah Pitas. Pulau ini terletak di kg. Malubang Pitas, iaitu lebih kurang 186 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu ke Pitas. Pulau ini juga dikenali sebagai pulau terapung kerana ia terhasil daripada timbunan batu karang telah sudah mati dan timbul secara semulajadi sejak beberapa ratus tahun dahulu. Pulau ini sememangnya amat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian pada musim cuti seperti ketika cuti sekolah dan cuti hujung minggu.
Pulau ini mempunyai pasir yang cantik dan berada dibawah permukaan air laut, jadi anda akan berjalan di atas pasir yang ada air laut. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti mandi, berennang dan juga snorkeling. Tapi yang penting anda sediakan atau bawa set snorkeling jika ingin buat aktiviti tersebut. Ramai yang ke sini bukan semata-mata untuk mandi atau snorkeling saja, tapi yang paling menjadi tarikan utama adalah tempat makannya kerana di sini anda akan duduk makan di kawasan air laut yang terbentang luas sambil menghirup udara segar. Menu makanan yang di hidangkan juga adalah dari makanan laut (seafood) dan juga beberapa jenis sayuran. Memang ini akan menjadi percutian paling bermakna dalam hidup anda yang sukar untuk dilupakan sekiranya ke sini.
Dengan keindahan pemandangan pulau ini sudah pasti akan menarik minat anda untuk mengambil gambar bersama keluarga atau kawan-kawan untuk dij jadikan kenangan. Jadi pastikan kalau anda mahu ke sini bateri kamera dan telefon atau sentiasa penuh agar dapat mengambil gambar lebih banyak. Lagi satu pastikan anda bawa kamera yang mempunyai resolusi tinggi sebab rugi rasanya kalau ke sini tidak membawa kamera yang berkualiti tinggi untuk mengambil gambar kenangan. Peralatan atau keperluan seperti pelampung tu kalau anda atau anak-anak anda mahu mandi di pulau ini, tapi pastikan bertanya terlebih dahulu kepada pengurusan pulau ini sekiranya dibenarkan anak-anak kecil mandi. Ia adalah untuk lebih menjaga keselamatan anda sekeluarga ketika datang ke sini.
Bagi yang ingin ke pulau ini, jumlah orang adalah dihadkan sekitar 40 hingga 50 orang sahaja yang dibenarkan dalam satu-satu masa. Oleh itu kalau pada masa tersebut ada ramai pengunjung atau pelancong anda akan pergi ikut giliran, kalau belum sampai giliran anda kenalah bersabar dan tunggu. Jumlah orang dihadkan adalah bagi menjaga ekosistem dan hidupan marin yang terdapat di pulau ini. Tapi jangan risau sebab kalau belum sampai giliran anda, bolehlah pergi ke Pulau Supirak jalan-jalan melihat keindahan pulau tersebut sambil menantikan giliran anda ke Pulau Pasir Timbul.
Kalau mahu ke sini, orang yang datang dari jauh tidak perlu risau sebab pulau ini tidak jauh juga dari daratan Kampung Malubang, iaitu kira-kira 10 minit perjalanan saja menaiki bot. Dan di Kampung Malubang juga ada chalet yang berbentuk seperti rumah panjang yang boleh anda sewa jika ingin bermalam dan melihat keindahan matahari terbenam, matahari muncul pada keesokan harinya, memancing dan melawat ke pulau lagenda iaitu Pulau Supirak. Tapi kalau anda ke sini dan ingin bermalam di chalet sebaiknya anda menempah chalet tersebut lebih awal sebab kadang kala chalet cepat penuh terutamanya ketika musim cuti seperti cuti sekolah.
Untuk ke sini, kalau naik kereta sendiri bolehlah memandu terus ke Kampung Malubang yang sejauh 186 km atau lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, kemudian pergi ke jeti Kampung Malubang untuk menempah atau menyewa bot untuk pergi ke Pulau Supirak. Kalau mahu dari kudat pun boleh juga cuma mungkin jauh sikit perjalanannya iaitu 3 jam dari Kota Kinabalu ke Kudat, kemudian dari jeti Marina ke Pulau Supirak memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Jadi terpulang pada anda mahu ikut laluan yang mana.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Pulau Pasir Timbul ini seperti alamat di bawah :
Alamat :
Archangel Borneo Holidays Sdn. Bhd
Telefon : 010-308 7331
Email : archangelborneoholidays@gmail.com
Untuk membuat tempahan chalet sekiranya anda ingin bermalam boleh hubungi pihak pengurusan Indah Chalet Pitas di alamat seperti di bawah :
Alamat chalet :
Indah Chalet Pitas
Telefon : 014-953 9109
Website : facebook.com/IndahChaletPitas/
Nota :

01. Sentiasa pastikan keselamatan anda, keluarga atau rakan-rakan semasa di bot untuk ke Pulau Pasit Timbul atau ketika melakukan aktiviti di air terutamanya jika membawa anak-anak pastikan sentiasa pakai jaket keselamatan.
02. Jangan buang sampah anda ke laut bila berada di Pulau Pasir Timbul ini. Jadi kawasan laut di pulau ini akan sentiasa terjaga dan hidupan laut juga lebih selamat.
03. Sebaiknya anda membuat tempahan awal chalet tersebut sekiranya ingin bermalam di Indah Chalet Pitas agar memudahkan perjalanan anda ke sini.
04. Kalau di chalet anda tidak dibenarkan memasak, tapi kelangkapan buat air panas, mandian semua ada jadi jangan risau. Anda boleh beli siap-siap maggi dalam cup sebab boleh bancuh air panas yang disediakan dibilik.
05. Yang paling penting bila anda mahu menginap di chalet ini adalah jangan membawa haiwan peliharaan sebab di di chalet ini haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
Ulasan
Catat Ulasan