Pulau Sapi juga merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Pulau ini terletak di dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman iaitu 10 minit perjalanan menaiki bot dari Bandar Kota Kinabalu Sabah
PULAU SAPI
Pulau Sapi merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Pulau ini terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman iaitu kira-kira 10 minit perjalanan menaik bot bandar Kota Kinabalu. Pulau ini juga bersebelah saja dengan Pulau Gaya. Keluasan pulau ini adalah 25 ekar. Dengan warna laut yang cantik dan jernih dan dipenuhi dengan hidupan laut seperti ikan menjadikan pulau ini antara pulau pilihan para pelancong.
Walaupun saiz Pulau Sapi ini lebih kecil berbanding pulau lain seperti Pulau Manukan, namun pulau ini cukup popular dikalangan pelancong dari negara luar dan boleh dikatakan pulau ini merupakan pulau paling sibuk di Taman Negara ini bermula dari mula waktu operasi hingga tamat waktu operasi.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh pengunjung lakukan di sini seperti snorkeling, menyelam, hiking, kalau bermalam bolehberkemah di tepi pantai sambil memasang unggun api (perlu minta kebenaran daripada pengurusan taman). Dan untuk aktiviti seperti menyelam pengunjung juga dikehendaki untuk membuat pemberitahuan kepada pihak pengurusan Pulau Sapi terlebih dahulu untuk pendaftaran.
Selain itu aktiviti lain yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke pulau ini ialah akviti menaiki coral flyer yang merentasi antara Pulau Sapi dan Pulau Gaya sejauh kira-kira 250 meter. Pengunjung yang ingin menaiki coral flyer ini tidak perlu risau kerana coral flyer yang dibina di sini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.
Kalau mahu ke sini sebaiknya datang awal sebab pulau ini selalu penuh dengan pelancong, lebih-lebih lagi ketika hujung minggu atau cuti sekolah. Antara kemudahan yang terdapat di pulau ini adalah seperti meja, kerusi, tempat memanggang, bilik persalinan dan bilik air.

Waktu operasi pulau :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang
Waktu operasi kaunter bot :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang
Oleh kerana Pulau Sapi terletak dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang mempunyai 4 pulau kesemuanya, maka harga tiket bot adalah mengikut bilangan pulau yang ingin pengunjung lawati iaitu :
Lawat 1 pulau : RM35.00 (dewasa), RM30.00 (kanak-kanak)
Lawat 2 pulau : RM45.00 (dewasa), RM40.00 (kanak-kanak)
Lawat 3 pulau : RM55.00 (dewasa), RM50.00 (kanak-kanak)
Lawat 4 pulau : RM65.00 (dewasa), RM60.00 (kanak-kanak)
Bayaran masuk ke pulau :
Warganegara (dewasa) : RM5.00
Warganegara (kanak-kanak) : RM3.00
Bukan warganegara (dewasa) : RM20.00
Bukan warganegara (kanak-kanak) : RM15.00
Harga-harga di atas ni tidak termasuk harga jika anda melalukan aktiviti seperti menyelam, snorkeling, parasailing, seawalking dan lain-lain lagi.

Ulasan
Catat Ulasan