Pulau Timba-Timba merupakan salah sebuah pulau yang terdapat di negeri Sabah. Pulau pelancongan yang cantik dan menarik ini terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah.
PULAU TIMBA-TIMBA
Pulau Timba-Timba adalah sebuah pulau yang terdapat di Negeri Sabah dan pula ini terletak di Pantai Timur Sabah iaitu di Daerah Semporna. Pulau ini terletak lebih kurang 35 km atau kira-kira 45 hingga 50 minit perjalanan dengan menaiki bot laju dari jeti umum di yang terletak berhampiran dengan Bandar Semporna. Pulau ini juga antara pulau yang mempunyai pantai yang panjang iaitu kira-kira 1 km dan putih bersih. Bentuk landskap pantainya juga amat sesuai untuk sesi bergambar termasuklah gambar perkahwinan. Pulau ini sememangnya pilihan yang terbaik untuk anda bercuti dihujung minggu atau ketika musim cuti sekolah.
Laut di persisir pantai pulau ini juga cukup jernih sehinggakan anda boleh melihat dari atas permukaan air ikan-ikan yang berenang di sekitar pulau ini. Jadi kalau anda mahu mengambil gambar atau video hidupan laut yang ada di sini untuk dijadikan kenagan sebaiknya anda membawa kamera yang lebih baik seperti GoPro dan lain-lain lagi. Walaupun di sini tidak ada resort atau penginapan tetapi terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan agar ia dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini seperti tandas, pondok rehat dan juga buaian. Selain itu pulau ini juga merupakan salah satu tempat penyu bertelur oleh itu terdapat kawasan khas yang telah disediakan untuk proses penetasan telur penyu berkenaan yang kemudian akan dilepaskan semula ke laut.
Terdapat pelbagai aktiviti laut yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke sini iaitu seperti menyelam, berenang, snorkeling dan pelbagai lagi aktiviti lain. Mandi dan berenang di pulau ini sememangnya menyeronokkan lebih-lebih lagi dengan airnya yang begitu jernih pasti akan membuatkan anda lebih tertarik untuk mandi lebih lebih lama. Tapi kalau mandi atau berenang di laut pastikan guna pelampung terutamanya bagi kanak-kanak sebab biasanya walaupun di tepi pantai tapi airnya tetap dalam juga iaitu sekitar 2 meter. Dan bagi yang mahu bersiar-siar disekitar pulau ini pun boleh, cuma yang penting anda beritahu terlebih dahulu dengan pemandu bot atau guide anda sekiranya mereka membenarkan sebab takut nanti mereka akan tercar-cari.
Biasanya guide yang membawa anda ke sini akan ada dua orang iaitu seorang pemandu bot dan seorang lagi adalah pembantu. Semasa anda buat aktiviti snorkeling guide pembantu ini akan turut sama turun ke laut untuk pastikan keselamatan anda sepanjang anda membuat snorkeling, jadi memang berbaloi jika anda ke sini dan pasti akan membuatkan anda lebih teruja untuk datang semula ke sini bila ada masa cuti atau kelapangan.
Tapi sebaiknya kalau anda mahu ke sini buatlah tempahan lebih awal melalui pengurusan pihak pulau ini ataupun melalui ejen pelancongan yang lain (yang penting pastikan kalau buat tempahan cari yang betul-betul berdaftar dan sah), jadi pihak yang akan membawa anda akan dapat membuat persiapan lebih awal dan jika anda membawa kereta boleh juga simpan kereta anda di tempat yang telah di sediakan sebab ia biasanya percuma letak kereta di situ.
Untuk ke sini, pengunjung yang datang dari luar dari daerah Semporna boleh menaiki bas yang menuju ke Semporna atau menaiki kenderaan sendiri dan seterusnya ke jeti umum di Kampung Bangau-Bangau untuk menempah bot. Pastikan pengunjung telah membuat temu janji atau tempahan terlebih dahulu dengan agar memudahkan segala urusan perjalanan ke pulau ini.
Nota :

01. Sentiasa pastikan keselamatan anda, keluarga atau rakan-rakan semasa di bot atau ketika melakukan aktiviti laut terutamanya jika ada anak-anak seperti sentiasa pakai jaket keselamatan.
02. Buat tempahan awal agar memudahkan perjalanan anda ke Pulau Timba-Timba dan paling penting pastikan anda menempah dengan pihak yang berdaftar dan sah.
Ulasan
Catat Ulasan