Langkau ke kandungan utama

Puncak Pengimpaan Pamalan

Puncak Pengimpaan Pamalan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk aktiviti mendaki  atau aktiviti perkhemahan di kawasan tanah tinggi yang menyajikan pemandangan yang cukup indah dan cantik. Anda boleh memilih ke sini untuk lawatan harian sahaja atau boleh juga jika mahu tinggal bermalam dengan melakukan aktiviti perkhemahan bersama keluarga atau rakan dan tempat ini terletak di daerah Keningau iaitu lebih kurang 16 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau atau dengan jarak 121 km iaitu mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

PUNCAK PENGIMPAAN PAMALAN


Kredit gambar : Dayang Sabrina


Kredit gambar : PPP


Kredit gambar : PPP


Kredit gambar : PPP


Kredit gambar : PPP

Puncak Pengimpaan Pamalan merupakan merupakan salah satu lagi tempat menarik di Keningau yang sesuai untuk mereka minat dengan aktiviti mendaki dan berkhemah disebuah kawasan tanah tinggi atau bukit dengan pemandangan yang cantik dan indah serta udara yang bersih dan segar. Sebenarnya kalau anda mahu ke sini boleh juga naik kereta tapi jenis pacuan empat roda sebab jalannya yang tidak berapa baik untuk kenderaan kecil atau rendah, tapi anda boleh juga untuk memilih untuk berjalan kaki atau mendaki ke puncak ini. Tempat ini juga merupakan sebuah lagi lokasi perkhemahan yang semakin naik atau dikenali ramai walaupun boleh dikira masih lagi baru dibuka, ini kerana tempat ini menyajikan satu pemandangan sememangnya cukup mengagumkan dan dengan lokasi tempat ini yang berada jauh dari bandar menjadikan suasana di sini lebih nyaman dan tenang tanpa sebarang bunyi bising kenderaan yang biasa didengar di bandar, dengan suasana yang tenang ini akan membuatkan anda dapat berehat di sini dengan tenang tanpa gangguan. Kalau mahu ke sini sebaiknyalah bawa keluarga atau rakan agar ia lebih menyeronokkan ada kawan untuk berbual sambil melihat keindahan alam semulajadi yang ada di hadapan anda dan terbentang luas. Tempat ini terletak di Keningau iaitu jaraknya lebih kurang 16 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya datang dari Pusat Bandar Keningau atau lebih kurang jaraknya 121 km iaitu mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kalau anda mencari tempat berkhemah di Sabah khususnya di Keningau boleh pertimbangkan untuk ke sini tidak kira anda penduduk tempatan negeri ni atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang bercuti ke daerah ini dan anda boleh ke sini pada bila-bila masa tidak kira hari biasa mahu pun bila ada cuti seperti cuti umum dan juga cuti hujung minggu, tapi adalah lebih baik hubungi pemilik tempat ini sebelum datang untuk pastikan mereka buka pada waktu atau tarikh yang anda bercadang untuk datang.

Sangat menyeronokkan apabila dapat datang ke sini untuk lawatan harian sahaja mahu pun berkhemah bersama ahli keluarga atau rakan anda dengan suasana tenang dan pemandangan yang indah dan cantik seperti pemandangan alam semulajadi yang terbentang luas, pemandangan Bandar Kenigau pada waktu siang dan malam, tetapi kalau malam lagilah nampak lebih cantik akan dapat kelihatan cahaya lampu yang bersinar mengelilingi sekitar bandar ini. Pada waktu pagi dan dalam keadaan cuaca tertentu seperti hujan anda akan dapat melihat kabus tebal yang meliputi kawasan sekeliling yang begitu mengagumkan apabila anda melihatnya. Terdapat juga beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemilik tempat ini untuk para pengunjung yang datang dan antara kemudahan tersebut ialah kawasan tapak perkhemahan buat mereka yang mahu ke sini bermalam dengan mendirikan khemah dan tapak ini kadar sewanya adalah RM5.00 untuk satu khemah, oleh itu sekiranya anda bercadang untuk datang ke sini dan berkhemah tapi dalam jumlah yang ramai maka adalah lebih baik untuk membuat tempahan terlebih dahulu agar dapatlah pihak pemilik di sini mengatur kawasan tapak untuk kumpulan anda yang ramai, ia juga untuk memastikan adanya kekosongan tapak pada hari tersebut terutama jika anda cadang datang pada hari bercuti yang mungkin ada ramai pengunjung pada masa itu. Selain itu ada kemudahan khemah untuk disewa juga yang disediakan di sini dan buat masa ini khemah yang boleh disewa di sini adalah yang dapat memuatkan 2 orang dan 4 orang, terpulang pada anda mahu pilih mana satu tetapi sama juga seperti tapak perkhemahan untuk khemah pun anda sebaiknya membuat tempahan lebih awal untuk memastikan anda dapat sewa yang akan digunakan nanti, sebab takut juga kalau jumlah khemah terhad ramai pengunjung yang datang untuk berkhemah pada waktu itu, apa pun kalau anda mempunyai khemah sendiri rasanya lebih baik bawa khemah sendiri sebab ianya akan lebih memudahkan urusan apabila datang berkunjung ke tempat ini nanti tanpa perlu risau tentang khemah lagi
.


Kemudahan lain yang ada ialah kanopi untuk disewa yang bersaiz 10'x10' dan kabar bayaran sewa bagi kanopi ini termasuklah sekali dengan 4 buah kerusi dan 1 meja, jadi anda boleh sewa kanopi ini agar dapat lindungi daripada panas matahari pada waktu siang, embun pada waktu malam dan dapatlah juga lindungi anda jika ada hujan turun pada waktu tersebut
, memang digalakkan untuk anda sewa kanopi terutama sekali bagi mereka yang ingin bermalam dan berkhemah di sini sebab ia banyak kegunaannya. Selain itu anda juga boleh menyewa tempat masak bbq, tetapi barangan masakan dan peralatan untuk memasak tu anda haruslah membawa sendiri dari rumah, manakala bagi peralatan untuk makan seperti sudu, gelas dan pinggan pula anda boleh bertanya dengan pihak di sini jika merek ada menyediakannya, kalau tidak ada anda boleh bawa dari rumah ataupun beli sahaja yang jenis pakai buang agar tidak perlu lagi penat mencuci. Ada juga kemudahan ATV sekiranya anda ingin sewa, tetapi pastikan anda boleh memandunya dengan baik sebab jalan disekitar tempat ini mungkin tidak berapa baik dan memerlukan pengawan ATV yang baik agar tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi, dan patuhi segala peraturan bila anda memandu ATV tersebut. Sekiranya anda mahu menyewa PA Sistem pun ada juga disediakan di sini dan anda boleh sewa sekiranya ada keperluan untuk menggunakannya yang penting tidak terlalu kuat agar tidak mengganggu orang lain berehat pada waktu tersebut terutama sekali pada waktu malam. Kemudahan asas lain turut ada disediakan di tempat ini iaitu seperti tandas, bilik mandi, air bersih dan lampu solar serta beberapa lagi kemudahan lain, pastikanlah anda menggunakan kemudahan ini dengan baik terutama sekali seperti singki dan tandas yang mana kalau boleh jangan buang sisa makanan dalam lubang singki tersebut dan jangan buang sampah dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkan singki dan tandas tu tersumbat seterusnya menyukarkan anda dan pengunjung lain mengggunakannya.

Terdapat lagi beberapa kemudahan lain yang ada disediakan di sini iaitu seperti platfom tempat orang ramai duduk santai sambil melihat pemandangan yang indah dengan lebih jelas lagi dan di platform ini juga adalah tempat yang cantik untuk bergambar termasuklah beberapa binaan atau arca yang dibina untuk kegunaan pengunjung sebagai tempat untuk bergambar agar kelihatan lebih menarik. Selain dari itu terdapat banyak lagi kemudahan lain telah pun disediakan di sini untuk keselesaan para pengunjung sepanjang mereka berada di sini tidak kira bermalam atau tidak bermalam dan semua kemudahan ini haruslah digunakan dengan baik dan bijak oleh pengunjung serta tidak merosakkannya agar ia boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama. Sebelum terlupa ada juga tong sampah yang telah pun disediakan di sini jadi pastikan anda membuang sampah ke dalam tong sampah tersebut agar tempat ini sentiasa kelihatan bersih, cantik dan udaranya akan pun tetap segar. Di bawah ini adalah senarai ringkas kemudahan yang ada :

Kemudahan :

01. Tapak berkhemah
02. Khemah sewa
03. Platform kayu
04. Binaan arca
05. Lampu solar
06. Kerusi dan meja
07. Air bersih
08. Tandas
09. Bilik mandi
10. Singki
11. Dapur memasak
12. Tempat masak bbq
13. Kanopi
14. ATV
15. Tempat unggun api
13. PA sistem

Walaupun di sini telah disediakan beberapa kemudahan yang diperlukan tetapi anda boleh juga bawa beberapa barangan keperluan yang mungkin akan diperlukan apabila anda sudah berada di sini nanti tidak kira anda bermalam atau tidak, tetapi terutama sekali kepada mereka yang mahu bermalam dan berkhemah di Puncak Pengimpaan Pamalan ini sebab memang akan memerlukan beberapa barangan keperluan untuk digunakan. Dengan adanya barangan keperluan yang anda bawa sendiri maka ianya akan dapat memudahkan segala urusan anda sepanjang berada di sini bercuti, contohnya tidak perlu lagi keluar dari sini untuk mencari barangan keperluan dan dengan adanya barangan yang anda bawa sendiri juga maka akan dapat menjimatkan kos peberlanjaan anda. Berikut di bawah ini adalah antara barangan keperluan yang rasanya boleh anda bawa sekiranya ingin ke sini, tetapi ini cuma cadangan sahaja sebab ia terpulang kepada keperluan anda sendiri sama ada ke sini bermalam atau pun tidak, yang mana anda rasa sesuai boleh bawa seperti senarai di bawah :

Barang dibawa :

01. Pakaian lebih

02. Khemah sendiri

03. Makanan basah

04. Minuman

05. Barang masakan

06. Beg tidur

07. Selimut

08. Baju tebal

09.
Bantal
10. Lampu suluh
11. Kamera

12. Duit poket
13. Kerusi khemah
14. Beg kalis air
15.
Sejadah
16. Telekung
17. Duit poket
18. Powerbank
19. Kipas usb
20. Lampu usb
21. Ubat peribadi
22. Tempat makanan basah
23. Peralatan masak
24. Peralatan makan


Terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda buat apabila berada di sini untuk mengisi masa lapang yang ada dan antara aktivit tersebut adalah melakukan aktiviti perkhemahan sama ada bersama ahli keluarga atau rakan-rakan tapi kalau ramai lagilah menyeronokkan sebab ada kawan untuk bercerita dan berbual sambil melihat keindahan alam semulajadi dan tidak akan rasa kesunyian bila ada orang yang ikut sama ke sini bersama anda. Jangan lupa membuat tempahan awal untuk tapak perkhemahan dan jangan lupa untuk membawa peralatan perkhemahan seperti khemah sendiri jika ada, kerusi berkhemah dan barang lain  yang biasa digunakan untuk berkhemah. Selain itu di sini anda boleh buat aktiviti memandu ATV yang mana anda boleh menyewa kenderaan ATV tersebut dari tempat ini tetapi ketika memandunya pastikan anda pandu di kawasan atau jalan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan di sini supaya tidak ada perkara yang tidak diingini terjadi. Untuk aktiviti memandu ATV ni anda akan diberikan masa dalam 20 minit dengan kadar bayaran tertentu, lepas itu kalau mahu sambung bolehlah tambah bayaran tapi kalau ramai orang waktu tu sebaiknya bertimbang rasa dengan memberi kesempatan juga kepada pengunjung lain untuk mencubanya. Kalau mahu cuba aktiviti memanah pun boleh juga sekiranya anda berminat dengan bayaran sebanyak RM5 untuk 12 anak panah, sekiranya tidak puas bolehlah tambah lagi bayaran untuk tambah anak panah. Antara aktiviti menarik yang ada di tempat ini ialah memasak bbq, seronok rasanya bila dapat bersama keluarga atau rakan-rakan memasak bersama kemudian makan bersama beramai-ramai sambil menghadap ke arah pemandangan yang indah dan jangan lupa bawa apa yang perlu untuk aktiviti bbq ni seperti barang makanan yang perlu untuk di masak, tempat makanan basah agar tidak mudah rosak, peralatan makan dan lain-lain lagi yang diperlukan. Selepas masak bbq dan menjamu selera, bolehlah duduk di platform atau buat unggun api dan duduk beramai-ramai sambil bercerita kenangan masing-masing yang sudah pasti akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau tali persahabatan antara sesama anda.

Bayaran masuk :
RM5.00 : seorang
Percuma : bawah 12 thn
Percuma : atas 70 thn

Tapak khemah :
RM5.00 : 1 khemah

Sewa khemah :
RM10.00 : muat 2 orang
RM15.00 : muat 4 orang

Sewa kanopi :
RM25.00 : 10'x10'
Termasuk 4 kerusi 1 meja

Tempat bbq :
RM15.00 : tempat saja

Sewa ATV :
RM35.00 : 20 minit

Bayaran di atas mungkin akan berubah mengikut masa, keadaan dan keperluan pemilik tempat ini, oleh jika anda ada sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut anda bolehlah terus menghubungi pihak Puncak Pengimpaan Pamalan dan boleh buat pertanyaan terus melalui telefon atau laman sosial mereka seperti alamat di bawah ini :

Alamat :
Puncak Pengimpaan Pamalan

Jalan Pamalan,
89000, Keningau,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6011 1529 3831
Tel : +6016 7544 579
Web Fb : Puncak Pengimpaan


Ulasan