Pusat Kraftangan Sabah, Keningau merupakan salah satu tempat menarik
di Sabah yang boleh anda kunjungi untuk melihat pelbagai hasil kraftangan dan kesenian yang dihasilkan oleh penduduk tempatan negeri ini. Pusat Kraftangan ini dibuka setiap hari, oleh itu orang ramai bolehlah datang bila ada masa lapang, guru-guru pun boleh membawa murid mereka ke sini untuk buat lawatan sambil belajar yang sudah pasti akan memberikan lagi pengetahuan kepada murid tersebut. Tempat ini terletak di Keningau, iaitu lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit sahaja perjalananan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kenigau dan lebih kurang 117 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Pusat Kraftangan Sabah (PKS) merupakan salah satu tempat menarik di Keningau yang semestinya dikunjungi orang ramai terutamanya bagi mereka yang mencintai hasil kraftangan atau kesenian negeri ini yang begitu unik. Pusat kraftangan ini diwujudkan untuk memelihara sekaligus mempromosikan lagi hasil kraftangan dan kesenian penduduk tempatan khususnya masyarakat pribumi negeri ini seperti suku kaum Kadazan Dusun, Murut, Bajau, Sungai dan lain-lain lagi. Pusat Kraftangan Sabah, Keningau ini telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan sejak itu ianya telah banyak memberikan impak yang besar dan positif kepada hasil kraftangan tempatan seterusnya memperkasa serta memperkukuhkan identiti kebudayaan Negeri Sabah, dan juga dapat meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan. PKS ini juga merupakan bertindak sebagai hab pusat untuk melatih dan mengembangkan tradisi kraftangan yang ada di Sabah dengan matlamat ianya akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan kreativiti penduduk di negeri ini dalam membuat kraftangan tempatan dan memastikan penghasilan kraftangan tersebut dapat terus berkembang seiring arus kemodenan dan sentiasa kekal releven di dalam pasaran. Oleh itu jika anda ada kelapangan masa tidak kira bila pun bolehlah datang melawat ke tempat ini yang sentiasa di buka dari pagi hingga petang dan terletak di daerah Keningau iaitu lebih kurang 5 km atau kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kenderaan jika dari Pusat Bandar Keningau, dan kira-kira 117 km atau lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan sekiranya anda datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, walaupun kira agak jauh dari bandar besar seperti Kota Kinabalu tetapi tempat ini memang sering di kunjungi pelawat terutamanya dari kalangan penduduk tempatan seperti orang perseorangan, badan kerajaan, persatuan dan lain-lain lagi yang mana kebanyakkan datang dalam satu kumpulan yang ramai. Tempat ini menerima kunjungan dari orang ramai tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu ke sini untuk melihat, belajar dan mencari hasil kraftangan yang unik daripada penduduk tempatan negeri ini.
Di Pusat Kraftangan ini anda akan dapat melihat dengan jelas cara-cara penghasil sesebuah kraftangan yang akan ditunjukkan kepada anda semasa lawatan ke sini, jika berkesempatan anda juga mungkin dapat mencuba sendiri untuk hasilkan pelbagai jenis kraftangan seperti anyaman, manik, ukiran kayu, batik, membuat tembikar dan bermacam lagi hasil kraftangan lain. Memang seronok bila datang ke sini lebih-lebih lagi kalau datang beramai-ramai sebab dapatlah juga bersama rakan yang lain melihat dan belajar sendiri dan antara yang popular ialah mewarna Batik Sabah. Tetapi adalah lebih baik jika anda hubungi pihak pengurusan PKS ini terlebih dahulu jika mahu ke sini dalam satu kumpulan yang ramai seperti persatuan, guru dan murid dan lain-lain lagi agar pihak PKS dapat menyediakan atau membuat persiapan segala keperluan yang anda perlukan agar kunjungan kumpulan anda ke sini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Lagi pun kalau anda buat temujanji awal sebelum datang ke ianya akan dapat memudahkan pihak pengurusan PKS memastikan tidak ada kumpulan lain yang datang pada masa dan tarikh yang anda pilih. Selain daripada datang melawat dan melihat kraftangan dihasilkan, serta mungkin dapat belajar sendiri cara membuatnya anda juga boleh membeli hasil kraftangan yang ada di jual di sini dengan harga yang murah sahaja, jadi pastikan anda membawa duit poket bila datang ke sini sebab rugi jika tidak membeli hasil kraftangan yang ada di sini yang cantik, unik serta berkualiti tinggi seperti batik dan bakul. Selain daripada kraftangan seperti tenunan batik, sutera, bakul, kraf kayu manik dan sulatan, di sini juga anda dapat melihat bagaimana penghasilan produk gentian kaca seperti rantai kunci, pelekat magnet peti sejuk dan lain-lain lagi. Selepas selesai melakukan semua aktiviti di atas anda mungkin boleh mengambil sedikit masa untuk melawat sekitar kawasan PKS ini yang dihias cantik dan bersih sambil mengambil gambar kenangan sebelum pulang ke tempat asal masing-masing.
Oleh kerana tempat ini adalah Pusat Kraftangan jadi kebanyakkan aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah berasaskan kraftangan sahaja, untuk aktiviti lain anda mungkin boleh melawat beberapa tempat menarik disekitar Keningau khususnya yang dekat dengan tempat ini seperti melawat Muzium Keningau, melawat Batu Sumpah dan lain-lain lagi. Untuk kemudahan pula Pusat Kraftangan Sabah menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung mereka iaitu seperti peralatan untuk aktiviti kraftangan sebab di sini kemudahan itu memang disediakan semuanya untuk anda mencuba hasilkan kraftangan sendiri, jadi tidak perlu bawa apa-apa bila ke sini. Kemudahan lain ialah kedai cenderamata yang menjual pelbagai hasil kraftangan yang dihasilkan di sini yang boleh anda beli dan bawa balik tidak kira anda adalah penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara harga yang diberi adalah sama sahaja dan yang penting harganya adalah lebih murah berbanding tempat lain. Walaupun mungkin ada sesetengah barang yang agak mahal sikit tetapi ianya adalah mengikut kualiti hasil kraftangan tersebut. Selain itu, kemudahan tempat letak kereta yang luas memberikan peluang kepada para pengunjung meletakkan kereta mereka dengan lebih mudah, kalau datang ramai-ramai dengan memandu kereta sendiri pun tidak jadi masalah untuk mencari tempat meletakkan kereta. Terdapat juga restoran yang disediakan di PKS ini sekiranya anda ingin menjamu selera setelah penat melakukan aktiviti dan restoran di sini hanya menyediakan makanan yang halal sahaja, oleh itu bagi yang muslim tidak perlu risau sekiranya mahu makan di sini tapi ia buka sehingga jam 4 petang sahaja. Kalau anda mahu santai-santai makan di luar pun boleh juga sebab tempat ini pun tidak jauh dari Pusat Bandar Keningau, jadi terpulang pada anda. Tandas juga ada di sini untuk para pengunjung termasuklah bilik persalinan pakaian untuk bayi sekiranya ada yang membawa bayi mereka melawat tempat ini.
Pusat Kraftangan Sabah ini juga ada menawarkan Program Latihan Kraftangan kepada penduduk orang ramai khususnya kepada warganegara Malaysia yang mana terdapat beberapa kursus yang ditawarkan kepada mereka yang berminat menyertainya dan tempoh kursus ada yang berlainan antara satu sama lain mengikut keperluan. Di bawah ni adalah antara beberapa kursus yang ditawarkan, mungkin ada lagi kursus atau program lain yang ditawarkan, oleh itu sekiranya berminat untuk mengikut program latihan yang telah ditawarkan di sini bolehlah menghubungi pihak Pusat Kraftangan Sabah, Keningau untuk keterangan lebih lanjut lagi :
Kursus ditawar :
01. Seni Kraft Rotan
02. Seni Kraf Gentian Kaca
03. Seni Batik Digital
04. Seni Batik Canting
05. Seni Kraft Jahitan
06. Seni Kraf Tenunan
07. Seni Kraf Anyaman Buluh
08. Seni Kraf Ukiran Kayu
09. Seni Kraf Seramik
10. Seni Kraf Anyaman Ribu2
Kelayakan :
01. Warganegara Malaysia
02. Umur 18 - 45 tahun
03. Mempunyai PMR/SPM
04. Lulus Bahasa Melayu
05. Lulus Temuduga
03. Mempunyai PMR/SPM
04. Lulus Bahasa Melayu
05. Lulus Temuduga
Untuk
anda yang mahu melawat ke sini, membuat tempahan dan jika ada pertanyaan atau maklumat lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan boleh
menghungi Pusat Kraftangan Sabah, Keningau seperti alamat bawah :
Hubungi :
Hubungi :
Pusat Kraftangan Sabah
KM5, Jalan Apin-Apin
Peti Surat 104,
89007, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : 087 332186
Web Fb : PKS Keningau
KM5, Jalan Apin-Apin
Peti Surat 104,
89007, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : 087 332186
Web Fb : PKS Keningau



Ulasan
Catat Ulasan